Followers

::: Aku Sayang Aisyah :::

Friday, May 8, 2009

Seingat ana, tika di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lelaki (MML), guru pendidikan syariah ana menceritakan tentang berita fitnah yang dilemparkan kepada Ummul Mukminin Aisyah ra. Kala itu, telinga ini hanya mendengar sahaja cerita itu. Tiada respon selain hanya memenuhi sukatan pelajaran untuk peperiksaan SPM sahaja.

Setelah ana melangkah ke dunia luar Malaysia, kaki terpasak di bumi Pakistan, ana mendapat dimensi baru hasil dari kisah tragis Aisyah ra. Syeikh Maulana Habibullah Assindi adalah guru dan sanad ana bagi kitab Sohih Bukhari . Beliau amat "ta'asub" dengan Aisyah r.a . Segala hadith atau apa saja hukum yang bercanggah dengan pendirian dan fatwa Aisyah, pasti beliau akan tolak dan menggunapakai pendapat Ummul Mukminin itu Tika menyampaikan pengajian kitab sohih Bukhari, dalam bab manaqib Aisyah, dibawah tajuk hadith ifki ( berita fitnah),beliau menangis,

Di sini ana khulasahkan apa yang beliau sampaikan dari kisah tersebut

1. Kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita

Aisyah r.a adalah isteri yang sentiasa bersama dengan Nabi SAW samada di Madinah atau Rasul SAW bermusafir. Ketika memuncaknya fitnah ini, Nabi hanya bertanyakan keadaan Aisyah kepada ibubapanya,tidak secara langsung kepadanya. Ini menyebabkan Aisyah berduka. Namun beliau hanya sematkan dihati,dan meminta ayahanda serta ibundanya menjawab pertanyaan Rasul, serta mengharap agar kedua ayahanda dan bondanya membela kesucian maruahnya

"تشهدت فحمدت الله عز وجل وأثنيت عليه بما هو أهله ثم قلت أما بعد فوالله لئن قلت لكم إني لم أفعل والله جل جلاله يشهد إني لصادقة ما ذاك بنافعي عندكم لقد تكلمتم به وأشربته قلوبكم ولئن قلت لكم إني قد فعلت والله عز وجل يعلم أني لم أفعل لتقولن قد ‏ ‏باءت ‏ ‏به على نفسها فإني والله ما أجد لي ولكم مثلا إلا أبا ‏ ‏يوسف ‏ ‏وما أحفظ اسمه فصبر جميل والله المستعان على ما تصفون ‏ "


Maksudnya : aku (Aisyah) mengucap syahadah,memuji Allah dengan pujian yang selayaknya,lalu aku berkata: Demi Allah jika aku katakana kepada kamu bahwa aku tidak melakukan (perbuatan yang difitnah),dan Allah menjadi saksi bahawa aku benar, namun itu tidak memberi manfaat pada kamu kerana kamu telah memperkatakan tentangnya (fitnah),hatimu juga sudah sebati dengannya. Jika aku katakan yang aku (mengaku melakukannya) sedang Allah tau bahawa aku tidak melakukannya, maka di kala itupasti kamu semua berkata: Dia (aisyah) telah mengaku. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak mampu ungkapkan apa-apa kecuali aku ingin katakana sebagaimana ungkapan ayah (nabi) Yusuf (aku kurang ingat namanya di kala itu) : Maka (pendirianku) hanyalah bersabar yang indah)
(riwayat Ahmad hadith no 23181)




2. sokongan keluarga terutama ibu bapa tika berdepan dengan fitnah

Ketika berlakunya fitnah, Aisyah meminta Nabi menghantar beliau ke rumah ibu bapanya, tatkala itulah, ibunya Ummu Ruman memujuk dan memberi semangat dan rangsangan dengan katanya :

" فقالت خفضي عليك الشأن فإنه والله لقلما كانت امرأة جميلة تكون عند رجل يحبها ولها ضرائر إلا حسدنها وقلن فيها..."

" Katanya (Ummu Ruman): Jangan dikisah sangat tentang perkara itu..Demi Allah, jika ada sedikit sahaja wanita yang cantik,berada disisi lelaki yang amat menyintainya, di samping madu-madu lain, pasti dia akan dicemburui dan akan mengada-adakan cerita…"
(Muslim hadith no 4974)


3. kejujuran mereka yang ada disekeliling tika memberi pandangan kepada suami dalam fitnah yang terjadi.

Nabi SAW tika berlakunya fitnah, meminta pandangan Ali bin Abi Talib r.a dan juga Usamah bin Zaid r.a :

قالت ودعا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏علي بن أبي طالب ‏ ‏وأسامة بن زيد ‏ ‏حين ‏ ‏استلبث ‏ ‏الوحي يسألهما ويستشيرهما في فراق أهله قالت فأما ‏ ‏أسامة ‏ ‏فأشار على رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بالذي يعلم من براءة أهله وبالذي يعلم لهم في نفسه فقال ‏ ‏أسامة ‏ ‏أهلك ولا نعلم إلا خيرا وأما ‏ ‏علي ‏ ‏فقال يا رسول الله لم يضيق الله عليك والنساء سواها كثير وسل الجارية تصدقك


Katanya (Aisyah r.a) :..Dan RasuluLLAH SAW memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid apabila wahyu tergendala,baginda meina pandangan kedua-duanya samada berpisah (dengan Aisyah ra atau tidak). Katanya lagi : Manakala Usamah memberi pandangan kepada Rasulullah mengikut apa yang dia tahu tentang sucinya isteri baginda, juga apa yang ada dalam diri baginda tentang mereka yang memfitnah,kata Usamah : Isterimu (wahai Nabi), tidak kami ketahui melainkan perkara baik sahaja. Manakala Ali pula berkata: Wahai RasuluLLAH, Allah tidak pernah sempitkan terhadapmu(untuk buat pilihan), wanita selainnya ramai, tanyalah hamba itu ( Barirah) pasti dia akan khabarkan yang benar"

Riwayat Bukhari, hadith no 3826)


4. pejuang dan pendakwah kebenaran tidak akan terlepas dari fitnah yang akan ditaburi oleh mereka yang dengki dan kita kena selalu berfikiran positif dalam menghadapi fitnah

" Sesungguhnya mereka yang dating membawa berita fitnah di kalangan kamu, janganlah kamu menyangka ia adalah buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu, bagi setiap mereka (akan ada balasan terhadap) apa yang mereka lakukan dari dosa.."

(Annur 23:11)

0 comments: