Seingat ana, sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini, ada beberapa pihak sudah memandang sinis terhadap ana
Sebetulnya ana sudah menghubungi beberapa teman rapat untuk menyambut ana di airport Kaherah, namun atas sedikit salah faham, mereka terlewat menyambut ana; sehari selepas tarikh ana tiba!!!!
Kala itu, tidak tahu siapa yang hendak dihubungi,Cuma bantuan Allah sahaja yang diharapkan.AlhamduliLLAH, ternampak serombongan muka melayu di sana lalu mereka ana sapa . lagaknya mereka tidak fahami bahasa saya. Mereka bertanya menggunakan bahasa Arab,fahamlah saya, mereka bukan dari Malaysia mahupun Indonesia atau Thailand bahkan Filipina
Saya bersyukur ada di kalangan mereka tahu alamat yang saya tunjukkan, Kelantan Students' Hostel, Hayyu Sabi'.
Sampai di Rumah Kelantan Baru (RKB), saya sekali lagi tidak tahu apa yang patut dilakukan, di hadapan pagar RKB ada hampir 5 orang pelajar, namun mereka hanya melihat sahaja. Macam rusa masuk kampung ( kalau rusa masuk kampong saya, pasti saya pelihara ;atau sembelih?)
AlhamduliLLAH, YDP KPKM (pelajar kelantan) masa itu, membenarkan untuk menumpang
Habis..
Setahun keberadaan saya di Mesir,saya nampak ada jurang pertembungan yang agak kurang enak antara saf pelajar. Pertembungan yang dahulunya di Malaysia antara Kaum Tua dengan Kaum Muda
Apa yang saya lihat mereka yang menganggap diri mereka berada dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah sering menghentam kumpulan yang mengangap mereka Salafi (atau Wahabi?).Sedang di pihak sana (Salafi) jarang kedengaran di corong telinga saya, serangan terhadap ASWJ ini.
Saya yang jarang bersuara dalam 'pertembungan ' ini juga dilabel sebagai Wahabi. Pernah suatu ketika, semasa kehadiran Ustaz Nik Abduh ke Mesir, saya pernah menyuarakan perkara ini dan jawapan beliau ialah :" Sebab enta kurang bersuaralah, suara-suara itu menuduh enta".
Saya juga sempat bersama dengan beliau semasa haji tahun lepas (2008), sempat keluar bersama beliau untuk membeli barang keperluan ibadah haji di sekitar Masjid Kucing ( nama masjid yang terkenal bagi orang Melayu di Mekah), tika kami berehat menunggu waktu Asar, beliau disapa seorang jemaah sambil jemaah tadi bertanya tentang solat qasar dan jamak ketika di Mina nanti, pabila jawapan dikemukan oleh beliau, lantas jemaah tadi dengan sinis berkata :
"Ooo.. ni jenis macam orang boleh makan tupai juga ni (merujuk kepada fatwa ayahanda ustaz Abduh yang menghalalkan tupai)".
Kami hanya saling berpandangan sahaja.Senyap
Saya pernah juga bertanya pada program Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Di Timur Tengah II (SPEKTRUM II), tentang bagaimana PAS menangani isu pertembungan antara dua kelompok ini dan jawapan panel ialah,:
"Dalam PAS tidak ada masalah berlaku, kami boleh duduk semeja untuk mebincangkan hadaf mendaulahkan Islam, masing-masing bertolak ansur".
Nah, itulah jawapan kita sebagai yang mendakwa pendokong jemaah Islam. Namun menyedihkan di sini, adanya kelompok yang menyemai benih kebencian, ingin membesarkan perkara picisan, saling menuding jari.
Apa yang menyedihkan, medan diskusi kitab dan pelbagai program ilmiah lain dijadikan medan menghentam. Saya bertanya kepada salah seorang yang agak rapat dengan gerakan pelajar, kenapa benda ini berlaku? Jawapannya pendek :
"Kita dikuasai pelajar pondok".
Tambahnya lagi : "Dulu ketika Ustaz Tuan Syarifuddin masih berada di sini, segalanya harmoni, tiada yang menyerang,tambahan pula ketokohan dan keilmuan yang ada pada Ustaz Tuan Syarifuddin tak mampu dibantah. Sepulangnya beliau ke Malaysia, benih pertembungan disemai kembali."
Jika persatuan -yang mendakwa menjaga kebajikan pelajar- ingin melihat ahli mereka bersatu tenaga untuk menghadapi 'musuh' yang lebih besar, sayugia perkara pertembungan ini perlu dicantas. Kita tidak mahu mereka yang menggunakan tittle 'BP' atau mantan BP yang menjadi penyubur kepada pertembungan ini.(Tidak mahu provokasi semasa diskusi kitab Cara Mudah Memahami Tauhid Ahli Sunnah
berulang kembali )
Jika dikatakan Wahabi (saya merujuk kepada Wahabi ala Malaysia) itu musuh besar, perhatikanlah kepada kata-kata TG Dato Seri Haji Abdul Hadi ketika beliau ditanya tentang Wahabi, jawab beliau :
" Mereka tiada masalah dari segi aqidah, Cuma dari segi ibadah, ada yang agak ketat".
Tambahan dari saya, dalam bermazhab pun ada juga yang bersikap ketat. Bukankah ada ulama mazhab syafi'e yang menyatakan tidak sah jika solat berimamkan imam yang bermazhab hanafi? Hanya kerana diandaikan dia menyentuh kemaluan tanpa berwudhu???
Kita hidup berkonsepkan wala kepada pemimpin, tapi rasanya kita masih terumbang ambing dengan konsep itu. Pemimpin kita adalah TG Dato' Hj Nik Abdul Aziz, dan beliaulah yang mula-mula menentang amalan yang dikatakan khurafat dan bid'ah. Bid'ah dalam perkahwinan, bid'ah dalam kematian,bid'ah dalam rawatan sakit batin dan sebagainya, tetapi malangya kita yang menyatakan wala' kepada pemimpin, mengherdik golongan yang turut sama menentang bid'ah. Di mana konsep wala kita??? Wala' ke walllaaa???
Fikir-fikirkanlah
Followers
::: Pelajar Wahabi Mesir :::
Tuesday, May 19, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
8:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
slm,bak kate pepatah melayu kl x de angin masakan pokok bergoyang.x de sape2 pun yg myrg wahabi.tp kami nie hye mmpertahankan kbnrn.kl wahabi kate x de hadis sahih dgn qunut subuh x kan kami dop diam je.kl wahabi kate kite nie selalu d tip oleh ulama2 dl sbb bt tahlil n lain2.x kan kami nk tdh telige je..ckp srg2 dlm nie awk hbt la.kl berani kite berhdpn n kite muzakarah.setuju???fikir2lah..
salam alaik..satu muzakarah yg menarik..
Post a Comment