Followers

Dia Aisyah Ku 2

Thursday, January 28, 2010


Pagi ini, Saufi agak kepenatan. Semalaman dia tidak tidur. Namun kesempatan itu juag digunakannya untuk memanjatkan doa, menadah tangan kehadrat Yang Esa. Pohonnya, biarlah Allah yang mengatur untuknya. Moga kemelut itu akan berakhir dengan baik.

اللهم أحسن عاقبتى فى الأمر كله وأجرنى من خزى الدنيا وعذاب الأخرة

Ya Allah, elokkanlah kesudahan urusanku semuanya dan selamatkanlah daku dari kehinaan dunia dan azab di akhirat.

Saufi melangkah keluar dari biliknya di compartment A 107 blok A. Buku karangan Ibnu Qayyim al Jauziyyah, Hikmat Ujian dipegang kemas. Seusai solat malam tadi, iris matanya melirik ke arah buku itu. Seingat Saufi, buku itu kiriman seorang sahabat seusrahnya di Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi Lelaki, Nik Azrin. Dia kini berada di Mesir . Sepatutnya, Saufi turut sama menjejaki sahabatnya di sana, namun dia punyai matlamat untuk berada di Univesrsiti Islam Antarabangsa(UIA). Sudah agak lama buku itu tersimpan di rak, debu-debu mula menapak di muka kulit.

“ ..dan kemungkinan antara hikmah ujian ialah, ia merupakan satu peluang untuk meneliti kembali kejadian lepas, berhenti sejenak memikirkan perancangan akan datang . Oleh itu, ujian akan memberikan nilai tambah kepada mana-mana individu untuk lebih matang dan jiwa yang padu, juga memberikan keutuhan hati dan perasaan mendalam dalam minda seorang da’ie “

Itu kata-kata Ibnu Qayim dalam buku beliau. Ingin Saufi lanjutkan lagi bacaan , namun dia perlu masa yang tenang sebab itu buku itu dibawa bersama.

Perjalanan untuk ke kuliyyah hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari Mahallah Zubair. Namun ada juga di kalangan muslimin menggunakan motorsikal. Bagi muslimah , Mahallah Safiyyah yang paling dekat dengan kuliyyah.. Saufi memilih untuk berjalan kaki. Baginya, berjalan boleh mencernakan minda, memberi senaman anggota. Apatah lagi Nabi Saw menyatakan :

Sesiapa yang menyusuri jalan untuk mencari ilmu Allah, pasti Allah akan mudahkan jalan untuknya (dengan sebab tujuannya) ke syurga..

Subjek yang perlu Saufi ikuti hari ini,ialah konsep penggunaan Kaedah Feqah. Subjek berkenaan oleh Dr Bari Awang. Beliau anak jati Tanah Merah Kelantan. Bangga juga Saufi. Bukan asobiah tapi ukhuwwah.

Menarik pula kupasan yang diberikan Dr . Ia berkenaan autoriti uruf dan adat dalam perundangan Islam. Kesimpulan akhir dari Dr Bari, turut mencuit hati Saufi

“..saya amat kurang bersetuju jika pelajar-pelajar saya kahwin semasa alam belajar. Kalau nak kahwin pun, buat kenduri makan bihun jela. Saya tahu, kamu semua bukannya ada duit pun, nanti dah habis belajar, bercerai..tak ada beza dengan orang di luar sana..jadi janganlah kerana adat orang nak kahwin awal, kamu pun nak kahwin juga”

Seusai kuliyah, saufi segera ke Mahallah Ali untuk menikmati juadah tengahari. Café di Mahallah Ali amat digemari para pelajar kerana menawarkan bukan sekadar harga yang murah tapi makanan yang amat menyelerakan. Tambahan pula, dia berjanji dengan Hasnul Razi untuk bertemu di café sana. Hasnul Razi adalah sepupu Syura. Dia mengambil jurusan undang-undang.

Assalamualaikum. Menung panjang Nampak

Walaikumussalam..takdela. Ana teringatkan kata-kata Dr Bari tadi. Sinis tapi bermakna

Oo yeke? Ke teringat buah hati?

Eh ke situ pula, ana serius la, teringat kata-kata Dr tadi.

Em ok..macamana dengan tawaran ana minggu lepas, jadi ke?

Em ana setuju, Cuma bagaimana dengan modal?

Modal tu, enta jangan runsing, umi ana janji untuk berikan duit simpanannya sebagai hutang kepada kita. Ala, bukannya banyak pun kalau kita berhutang ni, lagi pun umi ana tak kisah bila kita nak bayar.

oo..em oklah, hal ehwal promosi, ana akan laksanakan, enta hanya dapatkan bekalan perfume, printer dan tempahan t-shirt muslimah juga jubah.Boleh?

Boleh je ya syeikh..er..satu lagi..enta ada jumpa Fauzan?

Em semalam ana jumpa,kenapa?

Dia ada call ana, tapi ana ‘silent’kan handset, ana agak dia mesti ingin tanyakan pasal Syura…

Hasnul memandang Saufi, tiada kata bersahut darinya. Nafas ditarik panjang…dia kaget lagi.

Kelibat Fauzan harini tidak dilihatnya. Biasanya paling tidak Fauzan akan sertai mereka di café Mahallah Ali. Bagaimana dia?...

Dia Aisyah Ku 1

Wednesday, January 27, 2010


Saufi menghela nafas panjang. Sukar baginya untuk menarik nafas . Bukan kerna dia sakit,tapi kerna pertemuan malam tadi bersama seorang sahabat di restoran di Greenwood
, amat memberatkan kepalanya.

"Assalamualaikum akh, ana hajat untuk bertemu akh buat seketika"

Sms itu dibacanya. Dia amat kenali nombor yang tertera pada sms itu. Sahabat karibnya Fauzan.
seingatnya, kali terakhir mereka bertemu, tika menghadiri jamuan korban di rumah sepupu Saufi di Sungai Chincin. Itupun hanya sekadar bersapa, Saufi perlu pulang segera memandangkan dia ada urusan berkaitan kuliah di UIA . Masing-masing sibuk.

Saufi di Jabatan Fiqh Dan Usul Manakala Fauzan di Jabatan Quran Sunnah. Apatah lagi mereka berada di lain-lain mahallah. Saufi di Mahallah Zubair, Fauzan di Mahallah Bilal. Amat jarang untuk mereka bersua, namun ukhuwwah tetap terjalin kukuh.


Pertemuan tadi adalah yang 'terhangat' antara beliau dan sahabat karibnya itu.Mungkin juga terlama.

Ana minta maaf amik masa enta.
Ana makin tak keruan.

Akh cuba relak kejap. Kita pesan makanan dulu
.
Ana tak de selera .
Em ok, ana pesan untuk akh


Sup daging dipesan. Juga ayam goreng berempah beserta telur dadar. Itulah menu yang biasa mereka berdua tempah jika makan di restoren.

Makanan yang terhidang, belum lagi disentuh Fauzan. Saufi faham, tentu apa yang terbuku di hati sahabatnya itu agak kusut.

" Sebenarnya akh Saufi, ana ada hajat besar, ana tak tahu nak mulakan dari mane tapi ia amat terasa ni."
Citer la akh, mungkin ana dapat membantu, atau sekurang-sekurangnya akh dapat 'hambur'kan bebanan itu pada ana
.
Begini, akh kenal kan dengan Syura?Tentu akh lebih lama kenal dia dari ana sendiri kenal dia.
Ya, kenapa?


Ana sejak mula kenal dia lagi, sudah simpan perasaan untuk menjadikan dia bidadari dalam hidup ana.
Akh rasa la, jika seorang perempuan, banyak bercerita dan berkongsi masalah peribadi dengan seorang lelaki, itu tandanya perempuan tadi ada perasaan pada lelaki itu kan?..

Persoalan yang dibangkitkan oleh Fauzan itu, diiyakan oleh Saufi. Dia tahu akan kebenaran itu.
Namun dia hanya mematikan diri, untuk meneroka alam emosi sahabatnya.

Namun sejak akhir-akhir ni, ana jadi bingung. akhir tahun lepas,selepas raya Puasa, dia bagitahu, ada orang taqdim dia. Gelap dunia ana kala dengarinya.

Ana sebenarnya dah bagitahu keluarga ana untuk bertemu dengan keluarga Syura selepas raya Puasa. tapi ana terkilan sebab bapa ana meninggal dalam kemalangan jalanraya
.
Dia ada mesej ana, nyatakan rasa terkilannya sebab ana tak ke rumahnya raya tahun ni. Dia mengadu,terasa amat sedih kerana mengharapkan ana yang taqdim dia, bukan orang lain. . Ini rantaian mesej dia akh.

Saufi meneliti mesej-mesej yang ditunjukkan Fauzan. Memang benar, ternyata Syurah yang menghantar mesej tersebut. Dibacanya satu persatu. Tampak Syurah amat memendam rasa.

Mesej 1
..saya rasa amat sedih sekarang, down sangat2..hati lemah, iman lemah, dan tentunya emosi lemah..

Mesej 2
..kenapa awak tak datang ke rumah? hmmm..

Hanya dua mesej sahaja yang dibacanya, Saufi tidak berminat untuk tahu yang lainnya.
Suasana bingit, sahut menyahut berselang seli antara bualan mereka . Saufi juga mencari ayat untuk meneruskan bicara. Fauzan masih belum menjamah makanan.

Akh, makan dulu, nanti sejuk, tak sedap pula .
Ana takda selera sekarang ni .
Akh, jangan ikut emosi sangat.


Ana faham akh, tapi jangan terlalu ikut emosi, kita seorang lelaki, jangan dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu perlu, tapi kawalan juga harus jitu.


Akh Saufi, ana nak minta tolong enta untuk cuba selidik .

Pasal ape?

Dia cakap dia dah bertunang!! Ana sedih sangat-sangat. Ana harap sangat agar kata-katanya itu satu sebab untuk dia elak diri dari ana dan tidak benar.
Kenapa akh cakap begitu?
Yela berdasarkan mesej-mesej dia, dia amat mengharapkan ana. .tapi sekarang dia menjauhi diri dari ana .
Ana dah pikir macam-macam sekarang ni..

Jangan pergi terlalu jauh akh.. Jangan terlalu layan perasaan tu.


Saufi tahu, sahabatnya amat tertekan. Saufi juga pernah alami perkara sama tahun lepas. Jalan berumahtangga yang dirintisnya terputus sekerat jalan ekoran 'badai fitnah' yang melanda. Bukan sekali dua bahkan berkali-kali. Dalam hitungannya, sudah 4 orang muslimah yang pernah dia taqdim. Namun ia bukan penghalang untuknya mencari jalan baru. Inspirasi Khairul Azam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 2, yang tidak putus asa dalam mencari jodoh, bagaikan terpahat kukuh dalam jiwanya. Mungkinkah sekujur Anna Altafunnisa yang akan mengisi hatinya?

Ana harap akh Saufi tolong ana. Tolong selidik tentang status dia.
Macamana? Kenapa akh tak hubungi keluarga dia? .
Ana dah hubungi ayah dia tapi macam tak ade respon.
Elok juga akh berhubungi melalui email, sebab mungkin ayah dia sibuk untuk terus balas sms akh.
Emmmhhh...akh Saufi, ana harap sangat enta tolong selidik.
Insya Allah akh, ana cuba setakat mampu. Akh tenangkan dulu fikiran . Doa, mengadu pada Allah dalam tahajud. Apa-apa nanti, ana bagitahu akh.
Terima kasih akh Saufi, cuma kadang-kadang, terdetik di hati ana, orang yang taqdim Syurah adalah akh Saufi??!!

Fauzan memandang tepat ke mata Saufi. Terkejut dengan telahan Fauzan, Saufi cuba tenangkan keadaan.

Akh ceritakan tadi, banyak berhubung dengan keluarganya. Ana baru kenal keluarga dia sekalipun ana sudah lama kenal Syura.
Iya ana memang tahu, dan ana harap orang yang taqdim itu, bukan akh Saufi..kan?


Saufi kembali diam. Kelu. Hatinya bersuara sayu :" Ya "

Teringat dia akan dialog nasihat Khairul Azzam kepada sahabat serumahnya .

"La iithaar fi qurubaat"- tidak ada keutamaan dalam perkara ibadah

Dia faham,perkahwinan adalah ibadah dan dalam perkara membabitkan ibadah serta mengamalkan kebajikan, perlu berlumba-lumba, berebut mendapat pahala, tidak perlu biarkan orang lain memperolehi pahala ibadah, tapi bagaimana dengan hubungan ukhuwwah antara mereka?...
Saufi tidak tahu, yang Syura sebelum ini ada hubungan rapat dengan sahabat karibnya Fauzan. Fauzan juga tidak pernah cerita tentang ini.

Salahkah Saufi? Zalimkah dia terhadap sahabatnya? Perampas?

Malam berlalu. Moga esok, ada sinar lain untuk kemelut ini..

Bersambung...

Tauhid 3 vs Sifat 20

Friday, January 22, 2010

Seusai membaca tentang Qadhaya Muasirah yang diberikan oleh ahli bait, saya termenung dan mengucap panjang. Apa tidaknya, dalam tajuk qadhaya untuk tahun 1 pelajar tajaan Amanah Raya Berhad terdapat tajuk “ Bangkangan Terhadap Tauhid yang 3”

Tauhid 3 ialah asas pemahaman tauhid yang agak popular sekarang ini. Ia merangkumi :

1. Tauhid Rububiyah : iaitu mengakui hanya Allah yang mencipta dan menguruskan semua alam

2. Tauhid Uluhiyah : iaitu mengakui keEsaan Allah dan melakukan segala ibadah untukNya sahaja

3. Tauhid Asma dan Sifat : mengakui dan meyakini segala nama dan sifat Allah tidak sama dengan makhluk sedikit pun

Turut saya kesali apabila diberitahu bahwa fellow MANHAL juga membantah pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian ini.( Harapnya itu hanya khabar semata-mata, dan bukan pendirian beliau)

Di Bawah ini, dinyatakan tentang hujah mereka yang menolak pembahagian 3 tauhid :-

Hujah Pertama

Tidak ada di kalangan ulama salaf ( bahkan di zaman Nabi SAW pun ) yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian ini .

Jawapan :

Benarkah begitu? Jika apa yang dimaksudkan salaf ialah selain dari Nabi SAW,para sahabat dan juga tabiien, ia boleh diterima. Memang mereka tidak pernah bahagikan tauhid secara jelasnya kepada 3 pembahagian ini.

Namun, adakah sifat 20 juga pernah dibuat oleh mereka?

Jika mereka beranggapan, maksud ungkapan salaf ialah orang yang hidup dalam kurun ketiga (3 ) hijrah ke bawah, selain daripada Nabi SAW, sahabat dan tabien, ia juga tidak tepat, kerana ada beberapa ulama yang hidup dalam lingkungan zaman 3 Hijrah menyatakan tentang 3 tauhid ini.

Sebagai contoh , Al Hafidh Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Atthabariy rahimahullah, lahir pada 224 H wafat pada 310 H.

Beliau nyatakan dalam kitab tafsir beliau pada:

1. Ayat 83 surah Ali Imran (surah ke3) tentang adanya Rububiyah dan Uluhiyyah

2. surah Annisa (surah ke 4) ayat 36

3. Surah Al Kahf ayat 110

4. Surah Sood ayat 65

5. Surah Ankabut ayat 61

Ulama (tafsir) mutaakhirin juga ada menyebut tentang tauhid ini seperti Imam Ibnu Kathir ra (ulama kurun ke 7-), ada menyatakan dalam tafsir beliau ‘ Tafsir alQuran Al-Adzim’ tentang tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah. Sebagai contoh:

1. Surah Ankabut ayat 61

2. Surah Atthuur ayat 35

Dalam Syarah Ibnu Abi Al Izz (Ali bin Ali bin Muhammad bin Abil Izz ad-Dimasyqi, wafat 792 H) terhadap matan (teks) Aqidah Tohawiyyah, beliau turut menyebut tentang tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah ini

(فعُلم أن التوحيد المطلوب هو توحيد الألوهية الذي يتضمن توحيد الربوبية)

Maksudnya : Maka diketahui (dari sini) bahawa, yang dikehendaki di sini ialah Tauhid Uluhiyyah yang (juga) mengandungi Tauhid Rububiyyah

Hujah Kedua

Perkataan Rabb dan Ilaah, membawa maksud yang sama. Ayat Al Quran ada menyebut tentangnya, contohnya:

1. surah Yusuf Ayat 39

2. surah yusuf Ayat 40

3. surah ali imran ayat 80

4. surah al Maidah ayat 116

Jawapan

Tidak ada secara terang dan jelas yang menunjukkan bahawa Ilaah dan Rabb membawa makna yang sama, kerana kesemua ayat yang dinyatakan di atas terarah bukan kepada satu golongan sahaja.

Bagi golongan yang beranggapan bahawa ada tuhan lain yang mencipta alam, maka Allah menggunakan perkataan Robb , bagi yang mengakui Keesaan Allah, namun ibadah mereka menyimpang, maka Allah menggunakan perkataan Ilaah.

Apatah lagi dalam surah AnNaas, Allah menggunakan kedua-dua perkataan (robb dan ilaah) dalam satu surah

))قل أعوذ برب الناس. ملك الناس. إله الناس ))

Dari segi penggunaan bahasa Arab, tidak perlu diulang perkara (perkataan) yang sama dalam satu masa, kerana dengan pengulangan kata yang sama tanpa membawa maksud atau keperluan lain, ia adalah sesuatu yang sia-sia. Disamping itu juga, ia mencacatkan kefasihan ayat itu sendiri

Abu A’la Al-Maududi juga telah menjelaskan dalam kitab beliau ‘ AlMustalahat al-Arbaah Fil Quran’ tentang wujudnya perbezaan antara perkataan Ilaah dan Robb.

Banyak lagi hujah yang diutarakan yang bagi saya yang cetek ilmu ini, merasakan ianya agak kurang sesuai, tapi cukuplah sekadar saya nyatakan dua hujah utama dari pegarang asal.

Kesimpulan

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan berkenaan siapa salah dan siapa benarnya. Semua ulama telah berusaha untuk memudahkan pemahaman agama dengan pelbagai cara. Janganlah hanya kerana pembahagian ini, menyebabkan kita semua berpecah dan mencari kesalahan orang, sebaiknya, tumpukan kepada perkara yang lebih utama lagi.

Yang penting bukan penamaan dan pembahagian, tapi sejauh mana kita memahami tugas kita sebagai hamba,tidak menyamakan Allah dengan makhluk, mengabdikan diri hanya untukNYA. Malaikat tidak akan tanya,: “kamu percaya sifat 20 ke 3 tauhid?”

Umat Islam yang tersebar di serata dunia, sepatutnya tumpukan kepada mempertahankan diri dari serangan musuh, dalam apa jua bidang. Musuh sekarang bukannya berperang secara berdepan, namun lebih kepada serangan pemikiran.


Sedikit paparan video, penjelasan Dr Wahbah Zuhaili tentang Tauhid 3 ini


Wallahu’alam

Bermazhab Atau Taksub ?

Saturday, January 16, 2010


Tika saya dalam perjalanan bersama teman ke Musallas, ada panggilan telefon dari seorang pelajar.

Pelajar (P) : Assalamualaikum
Saya (S) : Wa'alaikumussalam
P : Ana nak tanya ustaz
S : Ye silakan
P : Apa hukum perempuan yang datang bulan, nak baca Quran sebab nak ulang hafalan
S : Secara ringkasnya boleh
P : oo terima kasih ustaz

Saya bersama dengan ustaz Faisal, Nurul Amin dan Hariz tika itu dalm perjalanan untuk menikmati bakso di Musallas yang dikatakan terkenal.. hehe . Bukan sebab menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 lalu kami ingin menikmati bakso cinta, tapi perancangan dah lama cuma masa belum mengizinkan.

Apatah lagi, Ustaz Faizal mempunyai sepupu orang Indonesia.
Saya rasakan, bakso ini umpama mee celup. Kami di Kelantan, biasa menikmati mee celup sebagai menu waktu petang. Kedai-kedai yang menyediakan mee celup,pastinya menjadi tumpuan belia remaja Kelantan di waktu petang.

Saya sendiri terkadang memacakkan diri bersama remaja di kampung saya, sambil menikmati juadah mee celup . Kebersamaan saya dan mereka, membuatkan saya mengimbau kembali zaman remaja di samping menerobos persoalan remaja . Keadaan kami berbeza. Zaman berubah. Tentunya memerlukan kita cuba memahami zaman mereka.

Pulang dari menikmati bakso, saya dihubungi sekali lagi pelajar terbabit. Dia nampaknya kurang berpuas hati dengan jawapan saya

P : Assalamualaikum
S : Wa'alaikumussalam
P : Ustaz, betul ke boleh baca? Syeikh Nu***** cakap tidak boleh
S : Beginilah, dalam masalah ini, mazhab 4 semua ittifaq (sepakat) mengatakan orang haidh tak boleh sentuh Alquran, cuma mereka berbeza pendapat dalam membolehkan orang haidh membaca Al-Quran . Mazhab Syafie kalau ulama terdahulu memang tetap mengatakan haram, cuma ulama terkini di kalangan Syafieyyah , ada yang mengharuskan sebagai contoh Mufti Ali Jumaah (Mufti Mesir ). Alasan Syeikh Mufti ialah nak dekatkan masyarakat dengan Al-Quran.

Masyarakat Islam terdahulu, mereka dekat dengan Al-Quran, walau tidak mengulangnya, ingatan mereka tetap kuat. Masyarakat kita sekarang ini, dalam keadaan suci pun memang dah jarang nak baca Al-Quran, apatah lagi kalau datang bulan . Jika difatwakan haram, akan menjauhkan lagi mereka dengan al-Quran bahkan akan terdedah kepada lupa yang semestinya merupakan satu dosa (menurut satu pandangan)

P : Ooo. Jadi tidak salah jika mengambil pendapat Syeikh Mufti?
S : Ye , bukan hanya Syeikh Nu***** sahaja ulama Syafie. Cuma kalau masih mahu ambil jalan waspada, atau mahu tunggu waktu suci, silakan. Saya bukan mahu menghalang anda, bukan juga mahu memaksa anda menerima pendapat Syeikh Mufti

p/s : Sila rujuk Fatawa Asriyyah oleh Syeikh Ali Jumaah jilid 1 muka surat 7-8 terbitan Darus Salam cetakan kedua (2006)

Gerhana Dan Safar

Friday, January 15, 2010

Hari ini gerhana matahari

Umat Islam digalakkan untuk bersolat dan memperbanyakkan doa. Saya pernah tulis entry pasal gerhana disini
Di Malaysia gerhana berlaku jam 3 petang tapi di Mesir , gerhana berlaku waktu pagi jam 7.45

Esok pula akan masuk bulan Safar. Perkataan ini berasal dari bahasa Arab yang membawa makna 'kosong'. Hal ini kerana, masyarkat Arab pada bulan Safar akan mengosongkan kampung mereka. Mereka akan keluar mencari kawasan baru atau keluar untuk urusan perniagaan dan sebagainya.

Bulan Safar menurut masyarakat Arab juga, dianggap sebagai bulan sial.Namun Islam telah menghapuskan kepercayaan karut tersebut.
Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu kuno ( mungkin juga sekarang ini) ada terikut-ikut dengan kepercayaan karut ini. Mereka merasakan bulan Safar membawa bencana, hasilnya pelbagai amalan direka untuk menepis bencana antaranya mandi bulan Safar, sembelihan binatang korban, pemujaan laut

Ada juga ritual keagaamaan dilakukan bagi menampakkan amalan yang direka itu Islamik.
Pernah tika saya masih di alam kanak-kanak, amalan di kampung ialah soalt hajat di tempat terbuka, pulut kuning turut disediakan. AstaghfiruLLAH

Namun sekarang, alhamduliLLAH amalan ini semakin pupus.
Nabi SAW bersabda :

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة ولا صفر ، وفُـرّ من المجذوم كما تَفرّ من الأسد

Maksudnya : Tiada penyakit berjangkit (dengan sendiri), tiada burung melintas, tiada burung hantu (yang membawa malang) tiada ( bencana) pada bulan Safar, dan larilah dari penyakit kusta sebagaimana kamu larikan diri dari singa
( hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


Menurut sejarah Syiah, bulan Safar memang banyak berlaku peristiwa malang menurut pandangan mereka :

1 Safar - pada tahun 37 hijrah berlaku perang Siffin, manakala pada 61 Hijrah, kepala Sayyidina Husin dibawa masuk Dimasyk. Juga pada 121 Hijrah, Zaid bin Ali bin Husin bin Ali ra terbunuh syahid

7 Safar - Kematian Sayyidina Husin ra menurut Al Kaf'ami (ahli sejarah Syiah). Kelahiran Musa Al-Kazim bin Ja'afar As-Sodiq

28 Safar - Kewafatan RasuluLLAH SAW

29 Safar - Kematian Assyahid Imam ar-Redha ra kerana termakan buah anggur beracun.



Menurut ahli Sunnah bulan Safar hanya masyhur dengan dua peristiwa penting iaitu :

1. Peperangan Abwa

Ia merupakan peperangan pertama dalam Islam sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Ishaq dalam kitab beliau. Imam Bukhari menolak dakwaan Ibnu Ishaq, beliau berpendapat peperangan pertama ialah Usairah atau Usyairah
Abwa merupakan salah satu petempatan di Madinah, terletak selepas Juhfah sejauh 46 kilometer.
Baginda bersama para sahabat keluar untuk menahan perdangan Quraisy namun tidak sempat kerana Quraisy lebih dahulu melepasi kawasan tersebut.
Kemudian Baginda SAW bertemu dengan Bani Dhomirah lalu memeterai perjanjian. Ali ra yang turut serta dalam peperangan ini, diberitakan sebagai penulis butiran perjanjian antara kedua pihak


2. Perkahwinan Sayidina Ali ra dengan Fatimah ra

Sayyidina Ali ra berkahwin dengan Fatimah ra setelah dua bulan kembali dari Perang Badar. Dalam erti kata lain, pada bulan Zulhijjah, namun mereka disatukan (dibenarkan bersama ) pada bulan Safar tahun berikutnya


Jadi kepada sesiapa yang hendak berkahwin pada bulan Safar, dipersilakan...ambil berkat perkahwinan puteri Rasulullaah SAW . Kalau hendak ambil keberkatan perkahwinan Nabi SAW dengan Aisyah ra, kahwinlah pada bulan Syawal ;)