Followers

Pada Siapa Amanah Itu

Wednesday, April 28, 2010


Saban hari, dada-dada akhbar dipampang kes dera yang berlaku. Jika dahulu kes dera orang gaji dengan majikan, sekarang ini kes dera yang banyak dipaparkan ialah antara pengasuh dan bayi atau kanak-kanak.

Terbaru kes kanak-kanak Cina Chua Wee Leong, 2 , yang dijaga pengasuh, tangannya dicelup dalam sup panas, hingga menurut pakar perubatan, akan mengalami cacat kekal sekalipun luka pada jari-jarinya akan sembuh.

Walaupun ibubapa kanak-kanak malang itu ‘menggajikan’ pengasuh sebanyak rm900 sebulan ( cukup tinggi) namun tidak menjamin keselamatan anak mereka.

Terkadang kita bertanya, berbaloikah wang dibelanjakan sebanyak itu ?


Dalam aspek lain, bagaimana pula sang pengasuh? Adakah mereka benar-benar terlatih untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak (nursery)? Memang benar, pengasuh terdiri daripada perempuan dan emosi perempuan amat sukakan bayi/kanak-kanak. Namun itu tidak cukup untuk kita rasa selamat dan tenang tika menghantar anak ke pusat penjagaan.

Bukanlah tujuan saya untuk merendahkan martabat wanita. Juga bukanlah tujuan saya untuk mengatakan bahawa saya tidak punyai niat untuk menghantar anak ke pusat jagaan atau mendabik dada . Bukan juga untuk mempersenda ibubapa .

Mustahil (menurut pandangan saya) pusat penjagaan kanak-kanak akan menggaji seorang pengasuh untuk seorang kanak-kanak. Kebiasaannya seorang pengasuh akan mengawal paling kurang dua hingga 4 orang . Jika yang dijaga itu bayi yang berusia bawah 1 tahun, mungkin tidaklah berat kerana bayi biasanya menghabiskan masa mereka dengan tidur sahaja berbeza dengan kanak-kanak yang berumur lebih setahun, mereka sudah mula aktif, oleh itu tahap keselamatan mereka perlu lebih diberi perhatian.

Kita sepatutnya ada alternative lain. Tidak dinafikan bahawa ‘tekanan’ hidup menyebabkan pasangan perlu bekerja. Saya kira, tidak ada isteri ( atau mungkin segelintir) yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak mereka. Apatah lagi mungkin tidak direstui ibubapa yang mengharapkan anak perempuan mereka terus bekerja . Alasannya, waspada jika apa-apa berlaku kemudian hari, ada juga simpanan.

"Awak senang cakap sebab awak belum kahwin lagi" satu suara membidas gegendang telinga saya.

Saya hanya senyum.

"Saya rasa kalau awak kahwin, awak, sebelum isteri awak bersalin, awak dah booking nursery" sambungnya lagi.

Wah, hebatnya saya .

"Err, encik, jangan cakap gitu, kang saya tak kahwin kang" saya cuba tenangkan keadaan.

" Tau takut, jadi jangan cakap benda yang awak belum alami" syarahnya lagi.

Saya hanya senyum. Senyum dan Senyum lagi.... Pengajaran bermakna buat saya hihi.

Ya mungkin apa yang berlaku hanyalah kes picisan atau satu (1) dalam seribu (1000), namun sampai bilakah baru kita mula sedar? Adakah bila anak kita yang terkena baru kita mula untuk turun naik mahkamah? Budaya saman menyaman akan terus hidup dan membesar lagi

Ibarat kata Karam Singh Walia mati semut kerna gula, mati manusia juga kerna gula… anak kerbau mati tertambat anak manusia mati terbiar..

p/s : Sori mr Karam, jangan saman saya

3 comments:

Insyirah said...

Bila timbul isu ni teringat kes ank ust fitri ramadhan + ustazah khadijah = baby fatimah (rujuk saifulislam.com) yng mana anak perempuan mereka diserang sawan dan kemudian koma! Kemudian, meninggal dunia akibat yang tidak diketahui cuma puncanya otak mengalami gegaran hebat!

Ngeri juga nak fikirkan keadaan seorang bayi berselirat dengan wayar.

"Kalau Fatimah sihat, mesti dia dah boleh hafal Yaasin" - dialog ust kepada zaujahnya.

Betapa banyak kalinya mereka baca yaasin untuk si Anak :)

Kongsi kisah. Masa dulu, adik perempuan dihantar ke rumah pengasuh (hanya menjaga adik-adik - 2 orang), satu petang ummi balik terkejut tgk adik perempuan dah BIRU! Terus bawa ke specialist, after that doc cakap;

"Anak puan mengalami pendarah otak. Dia ada jatuh ke?"

ALlah... Masa tu 50-50 saja, alhamdulillah dia masih bernafas saat ini but kita boleh nampak dia agak 'lain' dan kadang 'slow' nak terima apa-apa maklumat. Cth, orang buat lawak dah habis ketawa then dia masih fikir... Org dah stop ketawa dia baru nak start ketawa. Kesian, tapi dah faham dia ada history pendarahan otak, so just ignore her :)

Itu seorang pengasuh (di hantar ke rumah) dan jaga budak 2 orang. Time tu adik sekitar 6 bulan... Mmg tragis.

SO, nursery bukan tak boleh... cuma kalau boleh biar dah besar sikit lah. :D

Insyirah said...

Ana pun pernah duk nursery tapi umur dah 9 tahun la, lalalala... salunya memang ana yang menjaga budak-budak nursery tuh, lalalala... :D

"Jom, kita main cikgu-cikgu"

Maka, senang la pengasuh nak buat menda lain. Kira transit je kat situ... sehari dalam 1-2 jam jer. Betul, tak best pun duk situ :)) Bila budak-budak nangis berjemaah, rasa nak tutup muka dorang dengan bantal bg senyap... ahaks!

p/s: sila jgn tiru aksi ini...

salmanfasiri said...

2wardah Syaukiyyah: Owh ada pengalaman ...

moga pengalaman akan jadikan kita lebih waspada dalam segala tindakan yang mendatang...

Pada Ust Fitri dan Ustzh Khadijah, moga kesabaran akan membuahkan syurga