Followers

Kesalahan Dalam Mendidik Anak 1

Sunday, April 25, 2010


Dewasa ini gejala sosial semakin berleluasa. Krisis jatidiri anak muda remaja makin teruk.
Pelbagai cara dirangka dan dilaksana untuk menangani, membentuk remaja.

Dulu pernah diperkenalkan program Rakan Muda dan rakan-rakan yang lainnya. Namun kini sepi. Entah ke mana program tersebut.

Trend sekarang pula, bercambahnya Consultancy yang memberi khidmat rundingan dan nasihat, terencana pula kem-kem motivasi dan sebagainya khusus untuk membentuk semula peribadi remaja.

Pendidikan Anak-anak

Antara keistimewaan orang-orang tua ialah punyai resepi hidup yang real. Dari pengalaman hidup, segala pahit maung, susah senang semua dah dilalui yang akhirnya menerbitkan alunan kata indah bermakna.

Dari situ keluarla kata kata indah, berhikmah dan penuh pengajaran berguna. Bukan sahaja di alam melayu bahkan dikatakan kalangan orang Arab, punyai kata-kata hikmah yang bernilai .
Umpamanya kata -kata Zuhair bin Abi Salma:

Aku telah bosan dengan kehidupan, sesiapa yang hidup 80 tahun pastinya banyak yang dikesali.


Masyarakat melayu juga ada pelbagai pepatah seperti

"melentur buluh biar dari rebungya"
"sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"


Pendidikan dari rumah perlu diberi perhatian sewajarnya. Masih segar dalam kotak minda saya, sewaktu kecil saya sering dibekalkan dengan buku-buku dan bahan bacaan kanak-kanak.

Ayah bukanlah berduit sangat tapi sikap ayah yang selalu melewati kilang percetakan buku tiap kali pulang dari meniaga. Buku-buku yang rosak dan salah cetak yang dibuang syarikat percetakan akan ayah kutip untuk kami. Kesalahan- kesalahan akan ayah betulkan.

Ma (ibu) pula akan pantau kami sambil membuat kuih untuk dijual keesokan harinya. Jadi tidak mustahil kami dua beradik ( pada masa tu hanya saya dan abang long baru masuk tadika ) sudah pandai membaca jawi. Indahnya hidup walau tidak punyai kemewahan.


Kesalahan-kesalahan Yang Tidak Disengajakan

Tidak ada ibubapa yang inginkan anak-anaknya gagal. Paling tidak anak-anak mendapat lebih baik dari apa yang mereka dapat , namun terkadang wujud kesalahan dalam mendidik , antaranya :
1. Meminta anak melakukan sesuatu perkara tanpa menjelaskan sebab contohnya :

"pergi mandi!" "jangan main air!!!" " pergi tidur!!"


2. Tidak sabar dengan karenah anak

Nabi saw bersabda :

" Sesiapa yang menahan kemarahan di saat dia mampu melampiaskan marahnya, Allah akan memanggilnya di hadapan segala makhluk dan diberi penghormatan untuk memilih syurga mana yang dia kehendaki " (HR Attirmidzi)

3. Terlalu mengikut kehendak Anak

Sememangnya anak-anak akan selalu meminta apa-apa sahaja yang menarik perhatiannya. Tiada akal yang menimbang antara keperluan atau kehendak. Semuanya bagi mereka, perlu dipenuhi.

Ibu bapa yang tidak dapat 'memujuk' anak-anak tentang keperluan mereka atau mengalihkan perhatian anak mereka, pastinya anak tersebut membesar dalam suasana yang tiada batasan. Selalunya remaja yang dibesarkan dengan kemewahan mudah memberontak pabila keinginan mereka dihalang

6 comments:

Qudwah Aisyah said...

Salam'alayk.

Memerhati... Seorang anak kecil yang dahulunya sangat sopan, tidak banyak kerenah dan mudah pula dijaga waktu bayi bila semakin injak usia sebulan ke sebulan, setahun kepada dua tahun perubahan sikapnya ketara. Apabila diperhati (hny pemerhati) sikap kasar anak kecil itu yang gemar mengamuk, mungkin kaffarah krn si Ayah suka cakap kasar dgn ibunya (nenek kpd budak tu).

Dlm mendidik anak-anak, qudwah ibubapa, sikap ibubapa terhadap ibubapanya [nenek dan datuk si anak] juga memainkn peranan selain dr persekitaran. Wallahua'lam.

bhai said...

tok lamo dah tu....bakal jadi bape:)

الوردة الشوكية said...

1. Meminta anak melakukan sesuatu perkara tanpa menjelaskan sebab contohnya :

"pergi mandi!" "jangan main air!!!" " pergi tidur!!"

Oh, psikologi begini...

"Sabariah, pergi mandi. Jangan lupa sabun dan shampoo... Nanti busuk tak ada orang nak kawan."

Camni ker maksud Tuan?

Sebab adik saya, kalau suh mandi dia tak sabun/shampoo/gosok gigi sebab dia cakap:

"Akak soh mandi jer..."

So, need to list down what she must do when she go to bath room... hahaha. Macam-macam, but tu cerita dulu la. :D

salmanfasiri said...

2Qudwah Aisyah : Ye anak-anak mudah meniru/terkesan dengan persekitaran...keluarga la persekitaran utama mereka

jadi tidak hairan jika Nabi SAW menyatakan dalam hadis bahawa ibubapa yang akan menjadikannya Yahudi, nasrani atau Majusi...

bermaksud, pembentukan jiwa anak-anak banyak dipengaruhi persekitaran keluarga

salmanfasiri said...

2 Bhai: Uiks, tak lama gapo?haha

salmanfasiri said...

2 Wardah Syaukiyyah: Sabariah mane ni?...

Yela, Sabariah yang ana 'kenal' tak perlu sebut panjang lebar...sebab bila suruh cuci badan (mandi), dia mesti gosok gigi...hiihi