Followers

Berakhirnya Kursus Pra Perkahwinan

Monday, April 5, 2010

AlhamduliLLAh, segala pujian hanya untuk Yang Haq..

Setelah minda berhempas pulas selama sehari setengah di Masjid Negara, mengikuti kursus Pra Perkahwinan, akhirnya pada jam 7pm 4 April 2010 , kursus tersebut tamat.

Walaupun saya sudah mempunyai ijazah pertama (BA) dalam bidang Syariah Islam, dek kerana undang-undang keluarga Islam bagi negeri luar Kelantan yang mewajibkan semua bakal ( jangan fikir hanya yang nak kahwin sahaja yang ikuti, bahkan juga terbuka kepada yang ingin menyertainya sekalipun tiada keinginan kahwin. Sijil ini laku selama-lamanya ).

Majlis Agama Islam Kelantan ( MAIK) hanya mewajibkan kepada pasangan yang tiada sijil agama sahaja. Bagi yang mempunyai paling minima Sijil Menengah Ugama ( SMU- sijil peperiksaan bagi tingkatan empat sekolah menengah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan ) , boleh membuat permohonan pengecualian kursus . Ini bermakna, di Kelantan, saya sebagai pemegang BA amat boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil pelepasan kursus - dan saya dah dapat!! ( Diulangi lagi, tidak semestinya yang ikuti kursus tu, mereka akan kahwin)

Sejujurnya, saya agak 'bosan' semasa berada di bilik kuliah kursus . Tika itulah terbayang di fikiran, bagaimana boringnya Adi Putra bila berada dalam kelas yang tidak 'setaraf' dengan kebolehan yang ada padanya , dan dia juga pernah suarakan kebosanannya itu . Bukan saya ego tapi itulah yang saya rasa.

Namun, slot terakhir amat menarik perhatian saya . Tajuk yang dibentangkan ialah " Pengurusan Stres " dan " Kesihatan" oleh pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) . Tambahan pula dia orang Kelantan hehe, mudah faham agaknya. Bukan taksub ni .



Teringat kata-kata beliau :

" iklan makin rosak, contohnya Coca-cola, sepatutnya bila lepas minum kita sebut "alhamduliLLAH" tapi apa yang keluar ialah BRRRRR!!!!. Budaya yang akan menghakis jati diri generasi umat Islam ".

Katanya lagi :

Secara teorinya, dengan pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia, harga gula akan melambung naik. Mengapa? Ini kerana kerajaan ingin 'mendidik' rakyat supaya mengurangkan penggunaan gula . Air minuman dalam tin punyai paras gula yang tinggi iaitu antara 7-9 sudu . Badan manusia hanya memerlukan kira-kira 7-8 sudu gula sehari !!

Itu sebahagian dari yang disebut . Saya amat setuju; iklan lain adalah REXONA, yang digambarkan seorang perempuan malu-malu untuk ambil barang yang hendak dibeli kerana takut ketiaknya dilihat . Bukankah itu pendedahan aurat!!? Jika perempuan menutup aurat, adakah dia malu mengangkat tangan untuk capai barang yang berada di atas?

Begitu juga iklan VEET yang digambarkan seorang wanita tersangkut pada pagar yang akhirnya kain itu dikoyak bagi menampakkan kemulusan betisnya!!!!

Sememangnya wanita dipergunakan Umat Islam dilekakan..

11 comments:

Qudwah Aisyah said...

Isk... Isk, assobiyah :P

Yang lain tu tak faham ke? Atau terlebih faham sampai bosan pula. Terfikir perkara yang sama, mesti jadi macam Adi Putra ni :D

Penyeksaan sudah berlalu. Bukankah ada hikmah dari Nya, berjumpa dengan sahabat lama :)

الوردة الشوكية said...

Salam babah...

Rasa kelakar, bukan nak kahwin tapi pergi kursus kahwin? Apekah ini... :D Cari jodoh di kursus kahwin yer? Yelah, amik berkat... hihihihi.

Cari peluang je nak kenakan :D

p/s: BUDAK NAKAL yang taknak jadi BUDAK BAIK ^_~

tice said...

salams...

Semoga Ustaz diketemukan dengan calon yang ALLAH tetapkan dalam masa terdekat..InsyaAllah

salmanfasiri said...

Cik Qudwah Aisyah :

Mana tau dapat jumpa sahabat lama? pasang spy ke?

salmanfasiri said...

wardah Syaukiyyah :

suka ati la nk pergi kursus kawen ke tak ( bagi yg nak kawen je wajib pegi, yg xnk kawen lagi, sunat dan harus sahaja haha)

ni makan pisang banyak ke yg jadi nakal ni?hihi

salmanfasiri said...

to tice aka ummi :

amiin, doa seorang ibu tu mustajab huhu

الوردة الشوكية said...

Mmg la suke ati babah nak gi kursus kawin ke, kursus memanah ke atau kursus ternak ayam sekalipun tapi kalau kursus memanah tu sah-sah la nak memanah... kursus ternak ayam tu insya Allah nak ternak ayam, tapi kursus kahwin sesaja pegi.. aih, musykil tuh.

Ala, nak amik berkat la tuh... Mana la nak tau, duduk dekat-dekat dengan orang nak kawin nanti melekat aura tu :D

Takpe takpe... Nak aminkan doa ummi tice juga ni. (",)

p/s: Pisang juga yang disalahkan, isk isk... :P

hati-hati cik Qudwah Aisyah pasang spy tu, entah-entah dia sndiri yang jadi spy! Ngeeeee :P

Abu Muazz said...

salam pu...

lama tok dgr citer enta. mai la singgoh umah ana nnt deh. duk bangi lo nih. lamo doh sero nok jupo.

papepun, mabruk dapat kijo lat ILR tuh... pengalaman tuh...

salam ukhuwwah

salmanfasiri said...

2 Abu Muazz:

duk bangi ko? insya Allah...bui alamat la mudah..

salmanfasiri said...

2 wardah syaukiyyah :

Eh ada je yg pi kursus ternak ayam tapi memang xnak bela ayam (dalam masa terdekat la, cari pengalaman)

pisang tak salah, orang yang makan pisang salah teknik hihi

azkustik said...

Macam mana nak mohon pengecualian kursus kahwin tu?