Kebanyakan trend yang berlaku dewasa ini ialah penggunaan ungkapan "DAKWAH".
Responden1
'Sebenarnya tujuan produk kita adalah untuk berdakwah , meniaga tu bukan utama'
Responden 2
'Kita buat motivasi dan kursus ni adalah tujuan dakwah, soal bayaran adalah yang kedua'
Responden 3
'Kita buka tusyen ini adalah untuk membantu pelajar dan dakwah, komersil adalah sampingan'
Pelbagai bidang lagi yang sediakan perkhidmatan yang dikaitkan dengan usaha dakwah . Ramai yang menafikan wang dan komersil adalah tujuan utama mereka.
Dalam satu aspek, masyarakat sudah menyedari tugas utama mereka sebagai khalifah . Tugas sebagai hamba .
Mereka sudah memahami konsep ubudiyyah :
" Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk tujuan ibadah kepada-KU"
Semua perkara boleh dikaitkan dengan ibadah
Aspek Kerja Sebagai Ibadah
1. Niat dan matlamat
Aisyah ra pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
" Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-NYA yang bekerja dan berusaha, sesiapa yang mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah SWT".
2. Mengharapkan pahala
Ada satu riwayat yang mafhumnya :
" Sesiapa yang keletihan pada waktu petang akibat bekerja kuat, semua doasanya akan diampunkan pada petang itu "
3. Berdisiplin dan tekun
Setiap apa yang kita lakukan, ketekunan dan disiplin adalah penting. Buku-buku motivasi pasti akan menekankan perkara ini . Malah negara Barat atau Timur yang maju sekalipun , pasti menerapkan nilai disiplin dan ketekukan dalam diri pekerja mereka
Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan , dia menekuninya "
4. Yakin akan rezeki dari Allah
Segala usaha yang kita lakukan hanyalah sebahagian dari sebab mendapat rezeki dan wang masuk. Akidah kita ialah kesemuanya datang dari Allah
Nabi SAw bersabda :
"Jika kamu berserah (bertawakkal) kepada Allah sebenar-benarnya pasti kamu seumpama burung yang beterbangan di waktu pagi, mencari rezeki kemudian pulang di waktu petang dalam keadaan kekenyangan "
Ayuh kita meng'ibadah'kan kerja kita!!!!!!
Followers
Niaga dan Dakwah
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.
Chayok3... :)
Produk ini tujuan untuk dakwah, komersil nombor 2 tapi cuba kalau ada yang 'tak bayar', ramai dikalangan 'pendakwah' yang melenting. Mungkin dia lupa tujuan 'asalnya' (dakwah).
Wallahua'lam.
Wsalam...em ye, sbenrnya artikel ni mahu tegur orang yang gunakan perkataa ' DAKWAH' untuk lariskn produk
Post a Comment