Entry kali ini insya Allah berkenaan dengan Iktikaf
Saya menghadapi masalah dalam menulis hadis RasuluLLAH berkenaan dengan fadhilat iktikaf kerana keyboard dan pc tiada software Bahasa Arab. Jadi saya postkan permasalahan iktikaf dengan menggunakan bahasa melayu sahaja
Maksud Iktikaf
Iktikaf bermaksud Melazimi dan bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.
Fadhilat Iktikaf
Ia merupakan amalan Nabi SAW apabila tibanya Ramadhan. Juga amalan ini diteruskan o;eh para Isteri baginda, sahabat dan para salaf soleh serta ulama-ulama sehingga ke hari ini. Iktikaf pada bulan Ramadhan lebih memberi ruang kepada kita untuk beribadah di samping mencari malam AlQadr
Waktu iktikaf
Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.
Ya'la bin Umayyah berkata:
" Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."
Syarat-syarat iktikaf
Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:
- Muslim
- Berakal
- Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.
Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.
Rukun-rukun iktikaf
- Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
- Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)
Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.
Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.
Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.
Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)
- Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
- Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
- Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.
Hal-hal yang membatalkan iktikaf
- Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
- Murtad ( keluar dari agama Islam )
- Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
- Haid atau Nifas
- Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
- Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).
Ini mungkin merupakan entry terakhir saya untuk ramadhan kali ini..bermula malam ini, ibadah iktikaf akan dilaksanakan..marilah kita meriahkan ibadah ramadhan kita dengan iktikaf, mencari malam Al Qadr. Walaupun hati ini merasakan bahawa Al Qadr mungkin malam tadi namun pencarian masih perlu diteruskan
0 comments:
Post a Comment