Followers

::Bersama Ustaz Zamri :::

Friday, September 4, 2009

Malam tadi, surau AsSodiqqin menjemput Ustaz Zamri "Mantop" bagi mengisi slot tazkirah selepas terawih

Saya mengkedepankan beliau sedari solat Isya, walaupun beliau ingin saya imamkan solat fardhu. Apapun saya lengahkan diri dari maju,maka terpaksa la beliau naik ke depan ( ala sekali sekala minta Ustaz sempurnakan pakej undangan..huhu)

Terawih yang Ustaz imami, diserikan dengan alunan bacaan ala Misyari Rashid Efasi, Syeikh Ali Huzaifi, Saad Ghamidi dan Abdul Rahman Assudaisi...SubhaNALLAH..menitis airmata mendengar alunan yang menusuk.Alangkah agungnya ayat Allah jika difahami dan diamali..


bersama dengan AJK Surau, berbaju hijau di kiri Ustaz Zamri adalh Pakcik Harun (pengerusi Surau)


Seusai solat, Ustaz memberikan tazkirah, ( rujukan ayat Quran surah Al Baqarah ayat 183 ) antara isi tazkirah beliau:

a. komponen utama dalam pembentukan modul insan ialah
1. input- Iman
2. proses /upgrade- amal
3. out put- taqwa

Ramai yang menerima kefardhuan puasa tapi mengingkari kefardhuan sistem undang2 (rujuk ayat sebelumnya 178) Sedangkan penggunaan perkataan yang sama iaitu " kutiba- difardhukan"

Jangan sempitkan pemahaman Islam,

Ustaz juga mengulas bahawa, jika ada yang pertikaikan perkara politik tidak boleh dibicarakan di masjid, Ustaz mengutarakan pendapat Dr Yusuf Al Qardhawi ketika ditanya perkara yang sama, jawab beliau:

" Apa beza bercakap berkenaan nasihat agama, kuliah feqah, tafsir, hadis dengan ekonomi, sosial, politik.Bukankah Islam itu syumul dan menyeluruh?merangkumi semua aspek kehidupan. Bukankah Ahli Kitab ditegur kerana hanya mengambil ajaran Allah mengikut kemahuan dan nafsu, sedangkan mereka meninggalkan ajaran yang tidak sesuai dengan nafsu mereka?"

Ulasan Ustaz yang terakhir ialah berkenaan penyakit yang melanda umat manusia dewasa ini ( H1N1) adalah kerana berleluasa zina, sebagaiman yang disebutkan oleh Nabi SAW ( saya tidak sempat menyalin tetapi secara umum, maksudnya:
" Tidaklah mana-mana kaum yang tersebar zina, maka akan ditipa penyakit yang tidak pernah menimpa ummat terdahulu"

Ustaz menyatakan kadar zina di kalangan remaja amat serius, bahkan menggunakan istilah Islam iaitu "Aqiqah" bagi merujuk kepada pesta zina. Kadar H1N1 pada awal Ramadhan tidak berganjak tetapi selepas malam merdeka, kadar kematian H1N1 kembali meningkat, menunjukkan benarnya Hadith Nabi SAW.
menikmati sedikit juadah




Semoga kita semakin mendekatkan diri kepada Allah, dan mencapai taraf yang dinyatakan Allah iaitu "muttaqiin"

0 comments: