Followers

AKTIFKAN POS KAWALAN ANDA

Monday, June 23, 2008



Masyarakat Islam pastinya perlu kepada pos kawalan sama ada dalam mahupun luaran sebagaimana sebuah kampung, daerah, jajahan, negeri dan negara perlukan pos kawalan supaya terhindar dari segala serangan dan dapat menghalang dari sebarang ancaman. Apakah yang dimaksudkan dengan pos kawalan ini? Bagaimana hendak diaktifkan pos kawalan ini????

POS KAWALAN LUARAN

Masyarakat Islam yang ideal akan menyediakan satu pos kawalan luaran dalam bentuk pelaksanaan konsep amar makruf nahi mungkar, bagi memantau aktiviti kehidupan setiap anggotanya. Masyarakat Islam bertanggungjawab utuk menghidupkan pos kawalan ini kerana ia mnejadi simbol keimanan dan juga lambang kecemerlangan Umat Islam. Firman Allah yang bermaksud:

" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah" ( Ali Imran :110)

Dalam ayat lain Allah swt berfirman:

" Dan orang yang beriman di kalangan lelaki dan wanita, sebahagian dari mereka menjadi penolong kepada yang lain. Mereka menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara yang mungkar. ( Attaubah: 71)

RasuluLLah SAW juga ada bersabda dengan maksudnya:

" Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia hendaklah mengubah dengan tangannya (kuasanya), sekiranya ia tidak mampu mak hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), jika sekiranya ia tidak mapu maka hendaklah ia ubah dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman" (Riwayat Muslim)

Apa yang malang ialah, kita lihat pada hari ini, pos kawalan luaran ini seolah-olah tidak berfungsi ( bahkan sememangnya tidak berfungsi), kerana ia dirobohkan oleh sistem sosial moden yang mempertuhankan kebebasan peribadi (privacy) sehingga tiadanya amalan tegur-menegur nasihat-menasihati. Kebanyakan pihak tidak mahu mengambil risiko sekiranya tegurannya itu akan bisa membahayakan diri atau tangan digari, hilangya mata pencarian. Nasib ada seorang Mufti yang beramal dengan ilmunya dan tidak gentar dengan kata-kata atau ugutan dari mana-mana penguasa.

Generasi umat Islam membesar dalam keadaan yang amat bebas dan terbuka serta liar . Jika mereka ingin memakai pakaian yang mendedah aurat (bahkan menjolok mata) maka itu adalah kebeabsan dan hak mereka , bebas bercanda, bercengkerama dan entah apa-apa lagi, mereka bebas melakukannya.kerana apa?? Itu hak mereka.

Menari, terloncat-loncat seperti haiwan,pesta yang entah apa-apa, konsert, kelab malaam..semua ini dah tidak boleh ditegur sebab mereka punya privacy.
BIARKAN BIARKAN BIARKAN!!!!!

Kenapa mereka begitu berani? Kenapa mereka tergamak untuk semua ini? Memangle..sebab dah tidak ada orang yang akan tegur mereka, undang-undang sosial memberi mereka kebebasan. Akhirnya mereka hilang jatidiri, hilang bersama budaya amar makruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi pos kawalan utama mereka. Umat Islam patut sedar, dengan meninggalkan aktiviti amar makruf nahi mungkar ini, mereka kan menjadi munafiq bahkan dilaknat sebagaiman kaum Yahudi dilaknat keran meninggalkan amr makruf nahi mungkar.

Firman Allah SWt.:

"Telah dilaknati mereka yang kufur di kalangan Bani Israel melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibn Maryam kerana mereka melakukan maksiat dan melampaui batas. Mereka tidak saling melarang sesama sendiri terhadap perbuatan mungkar yang mereka lakukan, amatlah buruk perbuatan mereka itu" (AlMaidah:78-79)


POS KAWALAN DALAMAN

Sementara pos kawalan luaran diaktifkan oleh anggota masyarakat, sememangnya kita perlu aktifkan pos kawalan dalamn kita. Apa yang dimaksudkan dengan pos kawalan ini ialah menimbulkan kesedaran hakikat diri, keimanan , serta kematian dan Hari Pembalasan.

Firman Allah SWT:

" Setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan sesungguhnya pada Hari Qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan terhadapmu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka ia telah berjaya., tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan" ( Ali Imran : 185)

Setiap muslim mesti ketahui bahwa setiapo perbuatan mereka akan dirakam dan dibalasi.Firman Allah SWT:

" Apakah mereka mengira bahwa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Sebenarnya kami mendengar dan utusan kami ( para malaikat) yang bersama mereka sedia mencatit." (Az Zukhruf 80)

Segala amalan ini, yang telah dicatit, akan dipersaksikan pula oleh anggota badan mereka. Firman Allah SWT:

" Pada hari itu, lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi ke atas mereka terhadap apa yang mereka lakukan" ( An Nur :24)

Demikianlah begitu hebatnya persaksian yang akan berlaku kepada manusia pada Hari Pembalasan, dimulai dengan tulisan Malaikat terhadapa apa yang manusia kerjakan, kitab amalan seterusnya penyaksian dari anggota badan. Maka apakah masih ada ruang untuk muslim menutup pekung di dadanya. Sesungguhnya pos kawalan dalaman ini sekiranya terbina di atas keyakinan terhadap[ saat kematian, Qiamat dan Pembalasan, nescaya ia mampu meneguhkan diri muslim walau di mana mereka berada.

Namun apa yang menjadi persoalan kini ialah mengapa 'pos kawalan ini tidak berfungsi? Adakah kerana kurang berkesannya pendidikan? Atau kurangnya ilmu? Atau kurangnya ceramah? Atau kurangkah pusat pendidikan, Universiti?

Iman tetap iman, aqidah tetap aqidah, cabaran sentiasa mendatang!!!!

0 comments: