AlhamduliLLAH..Eid Adha untuk tahun ini telah berakhir. Jemaah haji juga telahpun selesai melakukan ibadah haji mereka pada semalam. Mungkin mereka akan menjalani ibadah umrah, iktikaf atau menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah atau mungkin juga melawat Taif dan Jeddah.
Imbauan kenangan di Tanah Haram pada tahun lepas (2008) amat indah buat diri ini.
Tahun ini ( setelah istikharah ), saya menangguhkan hasrat ( walaupun berat ) untuk ke
Bulan Disember ini, saya lalui dalam suasana yang agak suram.
" Ana tengok enta ceria semacam je malam ni, kenapa?
Saya hanya tersenyum . AlhamduliLLAH riak muka saya tidak menggambarkan kesuraman hati. Ya, bungkam di hati tidak membanjirkan airmata ke pipi.
Satu SMS diterima ;
" Ana nak jemput enta ke majlis walimah ana minggu depan. Datang ye. Solat Hajat untuk ana"
'Sahabat' saya akan bersanding di bulan ini. Tapi bukan itu ( yang amat ) mendukakan saya . Saya akan sentiasa doakan untuknya
Beberapa hari lepas, barulah saya dapat menghubungi keluarga saya di kampung. Mama menangis. Saya tidak mampu tertahan airmata ini jika dalam kondisi sebegini.
Jika seorang ibu menangis, pasti ada sesuatu yang tidak tertahan olehnya.Tidak mampu terungkai dengan kata-kata.
Saya gagahkan diri untuk menenangkan mama, juga mencungkil apa yang berlaku di sebalik tangisan mama. Dulu pada 2007 mama pernah menangis bila saya memeluknya sepulang saya dari Selangor setelah sebulan menjadi imam terawih. Kini sekali lagi mama menangis
"
" tidak"
" Dia syak dia kena sihir, lepas tu dia dibawa kawannya untuk berubat. Bomoh tu cakap, mama yang sihir"
AstaghfiruLLAH.!!! Sungguh lancang mulut si bomoh!!!!!
Dengan tiada rasa apa-apa, seorang ibu dituduh sanggup menyihir anaknya sendiri
Atas alasan apa?? Saya kenal ibu saya. Saya fahami adik saya. Memang adik saya kurang ilmu agama, tapi sewenangnya dia ditipu bomoh. Dahsyat!!!!
عائشة رضي الله عنها قالت
سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم ناس عن الكهان فقال ليس بشيء فقالوا يا رسول الله إنهم يحدثونا أحيانا بشيء فيكون حقا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم تلك الكلمة من الحق يخطفها من الجني فيقرها في أذن وليه فيخلطون معها مائة كذبة
Daripada Aisyah ra katanya : Beberapa orang bertanya RasuluLLAH SAW tentang bomoh lalu Baginda menjawab : Dia tidak (memberi) apa-apa (kesan ) Mereka berkata: Wahai RasuluLLAH, kadang-kadang mereka menceritakan sesuatu yang benar-benar berlaku. RasuluLLAH saw menjawab : Kata-kata itu (memang) antara kebenaran yang mana jin mencurinya (curi dengar dari langit) lalu dibisikkan ke telinga sekutunya ( bomoh) lalu mereka campurkan dengan seratus pembohongan
( Riwayat Bukhari)
Lantas saya hubungi adik saya, dan saya jelaskan pandangan Islam tentang amalan menemui dukun, bomoh dan sebagainya
عن أنس ابن مالك رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أتى كاهنا فصدقه بما يقول ؛ فقد برىء مما أنزل على محمد صلي الله عليه وسلم ، ومن أتاه غير مصدق له ؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya : Sesiapa yang datang bertemu bomoh (dukun ) lalu mengiyakan apa yang dikatakan olehnya, maka dia telah terkeluar (terlepas) dari (ajaran) yang diturunkan kepada Muhammad SAW, sesiapa yang datang bertemunya (bomoh atau dukun) tanpa mengiyakan kata-katanya, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam
( Riwayat AtTabrani)
Syaitan memang sengaja ingin mewujudkan permusuhan sesama manusia, pemecah belah. Menjadikan suami isteri bercerai berai. Syaitan tidak mahu melihat manusia bersatu
"Dan sesungguhnya syaitan hanyalah bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dan menghalangi kamu dari jalan Allah dan solat, maka tidakkah kamu mahu berhenti?"
(surah Al maidah ayat 91 )
Saya mengharapkan agar Allah memberi hidayat kepada bomoh tersebut
7 comments:
salams ustaz...
ummi tumpang simpati dengan apa yang ibu ustaz alami..Insya-ALLAH segalanya akan berakhir..
Ujian besa buat ibu ustaz tapi mungkin ada HIKMAHs BESAR yang terselindung disebaliknya...Walauapapun bentuk UJIANs yang mendatang,harapan ummi agar ibu ustaz akan bersabar menghadapinya..Cuma ummi nak pesan,agar tidak akan terlintas sekecik kuman pun kemarahan ibu terhadap adik..coz doa ibu itu amat dahsyat akibatnya..
Sama-sama lah kita berdoa agar adik ustaz didatangi HIDAYAH dari Allah dalam masa terdekat..Insya-Allah
Salam'alaik.
Tak terkata pula bila baca entri ni, hurm. Ujian berat... Semoga mama ustaz akan cepat2 sembuh hatinya, ya Allah betapa terlukanya hati seorang ibu kalau hingga menitiskan air mata. Tak tahu nak kata apa. Moga anak mama juga tak bersedih...
terkejut juga baca...betul tu,syaitan ni suke sesuatu yg bisa memutuskan talian sesama manusia...kecian ibu ustaz....pepun, mia mendoakan ustaz tabah & mudah2an adik ustaz sedar akan kesilapan yg boleh dibaiki....
p/s : Hati saya pun menangis jika secara tetiba air mata keluar dr bening mata ibu....
JazakumuLLAH semua..harap doakan kami skuarga terhindar dari unsur2 jahat...
assalamualikum...
sampai macam tu sekali citernya..semoga Allah tabahkan ustaz..
" Allah,bila Dia sayang hambaNya,akan diuji olehNya"
Ish..suka suki je bomoh tu.. Tapi perkara2 bomoh ni mmg bahaya. Klau dulu saya pernah knal bomoh yang gunakan ayat suci al-quran utk menyihatkan org..tp skrg sumanya tipu..baca ayat quran pun tak btul. =(
salam alaik..mg mama a.saif tbh m'hdpinya....t'ingt p'alam sndiri m'enai al-kahn..ala kulli hal..bnyk2 amal doa syifa' bt kte sume..
Post a Comment