Followers

Ustazah, Tak Ada Hagah ke?

Monday, December 14, 2009

Kelas tutorial makin rancak. Kalau tengok jadual yang ditampal di pintu masuk musolla ( Dewan Tok Kenali ) Rumah Kelantan Baru, memang penuh. Setiap hari, setiap masa, ada je tempat yang digunakan untuk kelas tutorial..sama ada di ruang Dewan Ikhwah, Dewan Akhwat mahu pun Maktabah Darul Ulum



Alhamdulillah.Kalau la semangat menuntut ilmu sebegini berterusan tidak kira di ambang peperiksaan atau tidak, alangkah eloknya. Tapi mungkin suasana sebegini tidak akan wujud seusai peperiksaan melabuhkan tirai. Itulah situasi di sini, ada musim yang perlu diberi laluan. Laluan untuk program lain ( tak boleh ulas panjang nanti kena serang heee )



Emm tentang tutorial. Terkadang ada yang saya kira agak lawak.


Rata-rata para tenaga kelas tutorial ini adalah ustaz. Walau sebenarnya ada juga para ustazah yang lebih mantap ilmunya dari ustaz, tapi entahlah, mungkin kerana kurang keyakinan atau hanya pandai sendirian. Saya kira, mungkin atas sebab lain atau paling tidak mereka punyai masa yang terbatas mungkin.


Iya la, jadi ustaz-ustaz yang handle kelas tutorial

Kebanyakn ustaz-ustaz Kelantan, jarang nak handle kelas pelajar luar Kelantan. Sebabnya….. kurang mahir nak berkomunikasi ( mengajar) menggunakan bahasa rasmi ( ala bahasa surat gitu laa). Kekok sangat hiii



Aha…satu ketika saya bersembang dengan rakan-rakan tenaga pengajar

"Syeikh enta ngaja kelas ape?" Tanya seorang rakan

"Ana kelas bla bla bla"

"Kelantan?"

" tak, luar"

"emmm nampaknya tak ade hagah la…hahaha." guraunya


Saya tersengih.



Memang agaknya satu kebiasaan jika ustaz-ustaz Kelantan ni, jarang nak mengajar akhawat luar Kelantan. Tapi saya tidak mahu mengatakan puncanya kerana tiada hagah. Ye kan??



Satu kes berlaku pada seorang ustaz Kelantan, selepas mengajar, seluruh badannya terketar-ketar. Bila ditanya kenapa, jawabnya



" Ana belum makan apa-apa pun lagi,,terus datang untuk kelas, ingatkan pihak akhawat ada sediakan sedikit kuih muih. .."



Simpati pada ustaz tersebut, seorang teman yang menghuni Rumah Kelantan Baru mengajaknya untuk menjamah hidangan yang baru dimasak. Alhamdulillah, nampaknya ustaz tadi sudah hilang 'kebuluran'nya.



Saya tidak menyalahkan pihak akhawat yang kurang prihatin terhadap tenaga pengajar. Pihak ikhwah juga rasanya tidak pernah atau mungkin juga jarang menyediakan juadah untuk tenaga pengajar, tapi tidak pula timbul 'isu' tidakprihatin pada tenaga pengajar. Barangkali, kerana yang hadir dalam kelas itu akhawat, lantas mereka sinonim dengan 'pembuat kuih' yang jika tidak disediakan 'hagah' ,pastinya jari akan dituding kepada mereka.



Apa pun, baik di pihak ikhwah mahu pun akhawat, saya sarankan agar mereka prihatin kepada tenaga pengajar. Memang mereka berkhidmat ikhlas, namun setidak-tidaknya, secubit tanggungjawab anda terhadap mereka, akan dikenang .



Janganlah tenaga-tenaga pengajar hanya 'dicari' tika musim peperiksaan sahaja!!!

Bittaufiq Wannajah (wannikah)


p/s: Ada tak sesiapa yang nak tolong buatkan nasi impit?:p


8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
apa kisah2 sejarah nabi atau sahabat dll yang menarik sempena meyambut maal hijrah tak lama lagi yang dapat dikongsi bersama. dari ilias

salmanfasiri said...

Wa'alaikumussalam..
em kisah boleh tok ldam pelbagai aspek.. jika pemuda: sayydian Ali, jika pemudi: Asma bt Abu Bakar, jika teman/sahabat : Abu Bakar, jika Org kaya : Suhaib b Sinan Arrumi, jika ahli tempur/tntera : Umar b Al khattab,jika seorang Isteri : Ummu Salamah

Anonymous said...

"p/s: Ada tak sesiapa yang nak tolong buatkan nasi impit?:p"

ade sesiapa nak tolong buatkan nasi impit? :D hihi, sabar je lah!

salmanfasiri said...

to anonymous : em memag kena bayk sabar :d

الوردة الشوكية said...

Insya Allah, kene beli nasi impit instant la. Senang :D

salmanfasiri said...

em xpe2..akan usaha buat sdri hiiii:d

Faizreen said...

hmm....nk wt nasi impit ye...=) best nye.nk tlg...tp tempt kite jauh. senang2 singgah la ke kolej legenda ye..=)

Faizreen said...

hmm....nk wt nasi impit ye...=) best nye.nk tlg...tp tempt kite jauh. senang2 singgah la ke kolej legenda ye..=)