Nampak gayanya, blog ini sudah mula ada sesawang :p . Merayu-rayu nampaknya, meminta untuk diisikan coretan.
Teringat satu sabda Nabi SAW :
" Setiap sesuatu itu akan ada zaman kemuncaknya, dan setiap yang ada zaman kemuncak, pasti akan ada zaman lesunya "
Seakan sabda ini kena pada batang hidung sendiri. Saat otak ligat, hati bersemangat, perasaan penuh menyuntik kudrat, banyak yang ingin dicatat. Tapi bila jiwa berserabut, semangat turut mengecut.
Apa pun kurniaan Ilahi, dalam masa seminggu ini telah dapat saya habiskan bberapa kelas tutorial. Antaranya kelas Qadhaya Muasirah ( Persoalan Semasa) Tahun 2 Syariah Kaherah, Mabahist Fi Ilmi Takhrij ( Perbahasan Ilmu Takhrij Hadis ) Tahun 4 Usuluddin Banat Kaherah.
AlhamduliLLAH, Tarikh Adab Arabiy Fi Asr Umawi ( Sejarah Keusasteraan Arab Zaman Umawiyah ) Tahun 2 Bahasa Arab Banat Kaherah dan Qawaidh Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Feqah ) Tahun 4 Syariah Banat Kaherah turut dapat dihabiskan muzakarah
Tinggal beberapa kitab sahaja lagi yang perlu dihabiskan minggu ini, sebelum saya ke Iskandariah bagi mengendalikan kelas tutorial Kuliyyah Bahasa Arab Tahun 1. ( Setelah berulang kali saya menolak, tapi memandangkan mereka memang ketiadaan tenaga untuk mengendalikannya, saya rasa perlu membantu- maaf agak terlewat)
Untuk Ikhwah, insya Allah, kita akan teruskan juga kelas sehingga selesai ..;)
Sekarang ini, musim sejuk kat mesir. Maka musim faraulah kembali,
Sejajar dengan musim sejuk juga, baby di Mesir akan mula 'berbungkus'. Busainah pun sama
Followers
Bersawang Sudah
Saturday, December 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Rasanya la kan bukan baby jer berbungkus ni, silap hari mak ayah baby termasuk pakcik makcik baby pun berbungkus juga malas pergi kelas...
em btol3...sume nk berbugkus je, nak hibernate..tp dh dekat exam ni..mujahadah
Betul3, mujahadah. Yang tak exam ni pun kene mujahadah jugak. Tadi, Pakcik A ziarah blog, katanya 'pendeknye entri'. Baru nak warm up, eh... dah habis =P
yang taknak exam mujahadah utk bantu sahabt2..err Pakcik A..em biasala klo dh lama, kena warm up ckt2 je
utz... bila akta ank luar nikah pinda..
Post a Comment