Followers

:: Kering Gusi ::

Thursday, October 29, 2009

Telefon saya berbunyi pada lewat malam semalam.Tiada no terpapar pada skrin. Agakan saya, tentulah panggilan dari Mesir, dan ia benar.

" Ustaz, saya nak tanya ni"

"Ye sila"

Betul ke ustaz ni WAHHABI?"

Saya tersenyum kecil. Masih belum tamat kah lemparan kata yang begitu 'lancang' buat saya?

Sedari saya sampai di bumi Nabi Musa as pada 2007, acap kali saya dengar label yang amat menggerunkan ramai siswa Al Azhar. Apa tidaknya, golongan yang dilabel WAHHHABI ini mungkin sinonim kepada FUNDAMENTALIS atau PENGGANAS yang dilabel oleh Amerika dan sekutunya kepada umat Islam yang tegar mempertahankan kesucian agama. Rekaan dan ciptaan nama ditimbul dan disuakan kepada umat dunia, agar mereka memandang jelek terhadap kumpulan tersebut.

Saya terus bertanya:" Siapa yang bagitahu awak yang saya ni WAHHABI?"


" Ustaz tidak perlu tahu, yang penting sekarang ialah , jawapan dari Ustaz"


Saya ajukan soalan balik :" Em awak tanya lah orang tu, kenapa dia cakap saya WAHHABI, juga awak tanya dia, apa itu WAHHABI"


"Ustaz itu larang saya mendekati ustaz sebab dia cakap, ustaz ni WAHHABI"


Saya makin lebarkan senyuman.Bukan apa,jenama itu dianugerah kepada saya setelah saya tidak (buat masa sekarang) berada di Mesir

Teringat pula saya kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mana beliau menerima anugerah Seniman Agung setelah beliau meninggal dunia.
Juga teringat kepada anugerah sijil kepada mereka (polis, tentera) yang meninggal ketika operasi.

Saya lanjutkan bicara :" Awak pernah ikuti kelas saya di KPKM?

"Tidak pernah"


"Ustaz tu?"


"Juga tidak pernah, tapi saya pernah bertanyakan beberapa
permasalahan pada ustaz dulu"


"so?"<<<<<(cewah cakap omputih tuuuuu)


"Saya tengok macam biasa je jawapan ustaz, sama dengan jawapan ustaz-ustaz lain"


" Jadi awak buatlah rumusan sendiri dan tidak perlu saya menjawabnya"


"Tak boleh, Ustaz kena jawab dengan mulut ustaz sendiri"


Dalam hati, saya terfikir pula tentang cerita bagaimana Saad bin Abi Waqqas ditanya pendirian beliau tatkala wujud pertentangan antara Aisyah ra dengan Ali bin Abi Talib ra, Saad ra dengan segera menghayunkan pedangnya pada batu lalu pedangnya patah, beliau seraya berkata :" Itulah pendirianku"

Maksudnya, Saad ra tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan, kerana pedangnya tiada.

Tiba-tiba bateri handset saya "kong"( atau kiok kata AB)
Tambahan pula charger ada di sekolah tahfiz kawan saya, terlupa untuk ambil tadi.
Perbualan terhenti. Maaf, apa agaknya orang yang menelfon saya itu fikir ye?

Ah, biarkan, serah pada Allah, agar Allah menjernihkan mindanya dari berprasangka tidak elok. Kesian, sungguh kesian.

TAMAT

-----------------------------------------------------------------------

Sudah lama saya tidak bersembang dengan mama
Saya akui saya anak mama ( n abah laaa), saya lebih rapat dengan mama berbanding adik perempuan.
Arwah adik laki juga orang yang rapat dengan mama, paling akrab saya kira.

Terpacul dari mulut mama: " Apa cerita dari Cameron?"

Saya sengih je ( segan bila mama tanya ): "AlhamduliLLAH, semua perjalanan tiada masalah "

" Jadi dah jumpa la ye?, macamane orangnya?"

" Ada dua mata, kaki pun ada dua juga :p"

Berlakulah soal siasat yang hebat dari mama. Saya rasakan seolah-olah berada di ' balai polis'.
Investigation dari mama amat 'dahsyat'

Apa pun saya tidak mampu untuk ceritakan soal siasat itu. Biarlah ia menjadi 'igauan' buat saya.

Ayat akhir mama :" Best juga ye kalau dapat jalan ke Cameron"

Jawapan selamba saya:"Insya Allah, nanti ada peluang, angah bawa la ;)"


p/s: Perbualan ini dalam dialek Kelantan namun telah diubah agar menjadi formal

2 comments:

tice said...

assalamualaikum...

pasai WAHABBI tuu...apakata ustaz XPLAIN dengan detail ciri-ciri yg dikatakan WAHABBI tuu..Mungkin ada ore yg terSALAHTAFSIR maksud istilah WAHABBI tuu..dan ore yg terSALAHTAFSIR istilah tulah yg menyebabkan WAHABBI DIPANDANG SERONG..oleh masyarakat..

syukran3

salmanfasiri said...

wsalam...em trima kasih ummi atas saranan..sebenarnya dah banyak seminar/diskusi/blog yang jelaskan pasal ni...ada yang melampau, ada pertengahan dan ada yang tidak bicara setepatnya..kalau mahu mencari pnjelasan, inginkan kebenaran, tidak berlaku sifat melampau