Followers

Semangat Yang Pudar

Tuesday, October 13, 2009

Salam pembuka bicara

Sebetulnya semangat untuk mencoretkan sesuatu agak terbantut setelah kepulangan diri ke Malaysia.Pertama kerana rumah tidak mempunyai internet ( sebenarnya ada cuma tidak mahu online sahaja). Kedua kerana penulisan adalah satu tanggungjawab. Mungkin ramai yang ingin komen terhadap kata-kata ini, namun pendirian saya tetap mengatakan ia satu tanggungjawab atau amanah yang akan dipersoal

"Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan mereka yang mati dan Kami mencatat apa yang mereka telah mereka lakukan serta kesan-kesan yang mereka tinggalkan, dan setiap sesuatu Kami rangkumkan di tempat utama lagi nyata"
( Surah Yasiin ayat 12)

Lantas, tatkala ingin mencoretkan sesuatu, hati sebenarnya sentiasa bersuara, memperingatkan tentang ayat Allah, jari jemari dengan spontan menjauhi keyboard.

Namun terkadang hati sebagai pembakar semangat, di kala melihat "AB/BC" 'galak' menulis walau diri dkelilingi 'nikmat'. Kekuatan hati, himmah yang membara, membuat dirinya mampu melakukan sesuatu yang mungkin jarang dilakukan individu sepertinya. Dari manakah dia mendapat kekuatan?

Teringat tentang kisah yang menjadi sebab umat Muhammad dianugerah Lailatul Qadr

Kisahnya seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang berjuang seratus tahun di medan jihad, hanya bersenjatakan kayu(dalam riwayat lain bersenjatakan tulang), pabila ditanya isteri, sumber kekuatannya, beliau menjawab : Rambutku.

Sang isteri diperdaya musuh untuk menewaskan suami yang tidak pernah kalah di medan perang itu, lantas isterinya mengikat beliau dengan rambutnya(lelaki) di saat beliau tidur, kemudian dia dpotong anggotanya, namun dengan kuasa Allah, anggota tadi tercantum balik dan senjata beliau (kayu/tulang ) dikembalikan kepada beliau lantas kesemua musuh yang menglilingi beliau itu dibunuhnya. Allahu Akbar!!!

Terdengar kisah ini, umat Muhammad cemburu dan bersedih kerana mustahil untuk mereka menyamai lelaki tadi sedangkan umur yang diberi Allah jarang sampai seratus tahun,rentetan itu, Allah menganugerahkan LailatulQadr kepada umat Muhammad SAW.

Bukanlah saya ingin nyatakan kekuatan "AB/BC" adalah pada rambutnya, tapi sekadar menyamakan bahawa tiap manusia ada kekuatan yang hanya dia sahaja ( juga pastinya Allah) yang mengetahuinya.

Cuma jika "AB/BC" ingin berkongsi, berbesarlah harapan kami untuk menerimanya:)

p/s: berdebar dengan tarikh 17 dan 18 hb oktober..jadi ke?

2 comments:

b|dadar|ku... said...

jadi ler tuh..hohohoh...

salmanfasiri said...

ehe, time ksh..jd