Followers

:: Poligami, Polis dan Jodoh ::

Monday, October 26, 2009


Sejak seminggu dua ini, saya agak “malas” hendak melayan sebarang panggilan telefon, sementelah pula saya rasa agak tidak sedap hati jika tidak menelefon “ bakal mertua” ( sape tah yang cube hendak membalas dendam terhadap saya dengan menyatakan pakcik A bakal mertua saya )

Kunjungan minggu lepas ke rumah AB, walaupun saya rasakan agak singkat, dengan jadual yang agak padat, telah membuahkan natijah yang amat membekas dalam diri. Saya belum pernah menerima layanan sebegitu. Kami ( saya dan ustaz Firdaus ) merasakan bahawa kami berada di hotel 5 bintang, bahkan mungkin 5 setengah bintang. Apa tidaknya, sampaikan berus gigi yang mahal disediakan untuk kami ( masa hendak diberikan berus gigi, saya cepat-cepat sembunyikan berus gigi usang saya:d ).

Sepanjang keberadaan kami di Teratak ‘Damai’ TNB, makan minum umpama sajian istana di zaman silam ( yang paling sedap ialah Nasi Impit. Jika tidak kerana malu, pastinya saya habiskan hidangan ‘supper’ itu sambil berbual dengan tuan rumah. Agak kekok untuk mengatur bicara dek kerana dialek Kelantan yang agak menebal dalam diri. Ape pun semua tu di ‘cover’ oleh celoteh ustaz Firdaus yang tak kering gusi.

Bukan kenangan itu yang hendak saya nyatakan tapi sikap ‘kurang sopan ‘ saya terhadap tuan rumah yang melayan kami dengan baik.

Sepatutnya saya mengucapkan berbillion terima kasih dengan lidah namun saya hanya hantar SMS sahaja untuk menyatakan terima kasih . Agak kurang sopan kan?. Sememangnya saya sedar perkara itu. Dan saya cuba mencari waktu yang agak sesuai untuk telefon tuan rumah.

SELESAI..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

POLIGAMI

Sebetulnya isu ini terlalu panjang untuk dibahaskan disini, namun saya bukanlah hendak ‘menceburkan diri’ dalam perbahsan tersebut.

Perkara utama disini ialah kemampuan lelaki untuk berpoligami, mungkin juga nasihat

Jika anda mahu berpoligami:

1. Pastikan anda mengkaji diri anda dari segi kefahaman agama, kefardhuan agama, adakah anda sudah lengkap?

2. Bolehkah anda membimbing kesemua isteri dan anak-anak anda nanti kea rah kehidupan Islam ? Jika tidak, bersediakah anda untuk menanggung segala beban yang akan dipersoal di akhirat nanti?

3. Penahkah anda meminta pandangan isteri anda tentang poligami? Adakah beliau memahami konsep poligami?

Saya rasakan agak serba salah apabila saya diminta menjadi orang tengah untuk berpoligami.

Saya tahu dia adalah seorang lelaki yang baik, saya juga maklum yang isterinya seorang zaujah yang amat mentaati agama, yang sukar dicari di kala ini, biarpun dia seorang professional namun niqab menghiasi diri.

Namun saya agak terkilan pabila dia meminta izin dengan zaujah tatkala zaujah sedang dalam wad bersalin. Walau zahirnya zaijah member keizinan kepadanya, adakah keizinan itu tulus atau lahir dari keresahan yang menyelubunginya di kala itu..WALLAHU A’LAM.

Dengan berat hati, saya cuba untuk mencari respon dari muslimah yang ingin dijadikan isteri kedua.

Dalam hati, saya ‘berdoa’ agar muslimah tersebut tidak tergesa-gesa, ( atau dengan tepat saya sebenarnya kurang setuju :p )

Tiba-tiba handphone saya berbunyi, ada mesej baru dalam kotak mesej

“ Malam ni ***** ada prog ke? Kalau free, insya Allah selepas isyak ada perkara nak ckp dg *****,sulit dan persendirian”

Berdegup jantung.tertanya-tanya seketika, kala itu tengah drive balik rumah.

Perasaan tidak tentu arah menantikan ‘selepas isyak’

Sejam berlalu selepas solat isya, namun tiada tanda perkara yang sulit dan persendirian itu hendak diberitahu

Saya pun sudah agak tidak selesa berada di rumah sebab mama asyik memerhatikan saya memegang handphone sedari lepas solat. Saya tidak pernah mempunyai adat pegang handphone selepas solat isyak sebab saya suka berbual-bual dengan mama.

Lalu saya mencapai kunci kereta, menghala ke sekolah tahfiz yang pernah saya curahkan khidmat suatu ketika dulu, saya pernah menjadi Ketua Lajnah Dakwah dan Penerangan di situ.

Jam 9.30 saya tiba disekolah, tatkala itulah kotak mesej menerima kunjungan mesej baru

Ringkasan kepada mesej yang bertalu-talu masuk :

“ ust ******* terlalu muda dan dah lengkap dengan isteri dan anak2 y comel utk menambah isteri.Pjalanan pn masih panjang….Zaujahnya jauh lebih baik dari ana.Ana minta maaf”

Walaupun sebelum ini agak terkejut dengan muqaddimah mesej, tapi sebenarnya saya agak BERPUAS HATI dengan penjelasan yang diberi

TAMAT

--------------------------------------------------------------------------------------

POLIS

Sebelumnya sudah saya maklumkan bahawa saya agak malas melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Saya ‘dikejar’ Ketua SB Tumpat, yang selalu menefon saya

Saya bukanlah ingin menyalahkan beliau kerana mungkin beliau mendapat arahan dari pihak atasan.Berkali- kali saya dihubungi dan diminta datang untuk bertemu. Sebetulnya saya sedia faham maksud disebalik ‘ingin bertemu mata ‘ itu.Pasti ada laporan yang sampai kepadanya.

Dan petang semalam saya melayan panggilan telefon tersebut :

Ketua SB (KSB ): Asslamualaikum ustaz

Saya (S) : Wa’alaikumussalam

KSB : Ustaz macam penat je, baru bangun ke?

S : ye saya baru sampai dari Perak .Badan penat, kurang lena tidur tadi

KSB : OO maaflah ustaz, boleh kita jumpa selepas Zuhur nanti?

S : Insya Allah, jika saya ada kenderaan saya akan datang , jika tidak maaflah.

KSB : Takpe2 jika ustaz takde kenderaan, kami datang ambil

S : (dalam hati )Alamak, apa maksud kami datang ambil huhuhu?) Ok insya Allah.

Petang itu, selepas Zuhur, telefon berdering lagi.

KSB : Ustaz kat mane?saya dah depan Masjid Alor Pasir ni

S : oo maafla saya kat P**** P****, nanti saya datang, nak jumpa kat mana ni?

KSB : Kita jumpa kat Restoran P***** jela, restoran yang baru tu.

S : Ok saya datang sekarang

Setelah bertemu, saya banyak disoal tentang kegiatan saya, perancangan akan datang dan yang agak saya rasa tersentak ialah apabila soalan sebenar yang beliau ingin Tanya terpacul keluar

“Ustaz, betul ke P*****O hendak diwujudkan di malaysia?

“ Saya tak tahu la, encik perlu Tanya kepada orang yang bagi maklumat tu, dari mana dia dapat maklumat tu, dari saya atau siapa? Lagi pulak saya sekarang di medan lain.”

Pertemuan yang mengambil masa sejam lebih itu, berakhir.

Mungkin beliau telah mendapat apa yang beliau inginkan atau mungkinbeliau tidak berpuas hati, terpulang.

APA YANG PENTING, saya telah memberi KERJASAMA ; )

5 comments:

الوردة الشوكية said...

Assalamu'alaikum.

Ya Allah, tak sangka upernya orang yang 'dibicarakan' di atas tu kite sama2 kenal yer, alahai kecilnya dunia ni :)

AB tak pernah bersalin jadi tatau la 'kegusaran' apa yang melanda, tapi kan pendapat peribadi, kegusaran sorang zaujah nak bersalin nak hebat :) Hanya pernah 'menikmati' sakit belakang je, itupun ummi kata sedih tgk sebab resah menggelisah macam org nak bersalin, huhu. Tp hakikatnya sakit bersalin tuh x de ungkapan nak dibayangkan (lagi2lah utk laki yg tatau pape...) sedih lak baca entri yg ni..

Apa yang penting? Kerjasama telah diberikan :P Hadus... pak pulis... pak pulis...

الوردة الشوكية said...

hotel 5 setengah bintang tu cmne ea? teringin juga nak pergi... :P

salmanfasiri said...

to Wardah Syaukiyyah aka AB
Dunia memang kecik, akhirat nan meluas...em hargai apa yang ada, anda pasti bahagia, jangan digapai apa yang tiada kerna anda meraba di malam hari, tiada apa yang ditemui hanyalah diri menanggung rugi

salmanfasiri said...

hotel 5 setengah bintang tu takde kat tempat len, hanya ada kat Teratak Damai Pakcik A sahaja :d

Barakat said...

salam alaik..t'trik m'enai isu polis..SB oh SB..t'ingt SB di syria..