Followers

::: Akan Hadirkah Jaya Lantaran Tawakkal?::

Tuesday, October 27, 2009

Seusai solat Subuh, saya antara acuh tidak acuh kembali ke ‘bilik’ lama saya di Darul Quran Wal Hadith (DAQWAH) Pasir Pekan. Tika kembali dari Pakistan pada penghujung tahun 2005, saya ditugaskan terus untuk mencurah bakti di pusat pengajian gabungan system turath- moden ini.Saya permah dididik disini suatu ketika dulu. Tugas saya sekembalinya dari Pakistan ialah di bahagian Dakwah dan Penerangan

" Kenapakah tidak ada sekumpulan kecil dari setiap kelompok untuk memahami (mendalami) ilmu agama yang bertujuan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka setelah kembalinya (dari mendalami ilmu agama) supaya mereka berwaspada "



Sepulangnya dari Perak, Madrasah inilah yang mula-mula saya singgah,.Selama beberapa hari saya berada di sini. Fail-fail lama, artikel-artikel dan bahan maklumat saya ‘selongkar’

Komputer kesayangan saya masih lagi terpacak di tempat asal. Tiada siapa yang dipertanggungjawab untuk mengubah atau mungkin tiada siapa yang berminat untuk mengubah kedudukannya, tiadalah saya maklum. Namun saya berterima kasih kerana kedudukannya yang asal itu mengembalikan nostalgia saya bersamanya.

Suara bacaan pelajar-pelajar yang masih setia bersama DAQWAH, sesayu suasana kala itu. Tika kepulangan saya dahulu, pelajar menjangkau hampir 40 orang yang dibahagikan kepada pelajar tahfiz dan pelajar kitab. Kini jumlah pelajar hanya lah 5 orang sahaja.

Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku kini. Dahulu saya bersama-sama dengan 6 orang sahabat membangunkan madrasah ini. Mudirnya Ustaz Hafiz, dibantu Ustaz Kamaruzzaman, Ustaz Hamdan, Ustaz Marzuki, Ustaz Ariff Irwantoo dan Ustaz Khairul Anwar.

Ustaz Khairul Anwar adalah yang paling awal menarik diri setelah berkahwin, seterusnya Ustaz Ariff yang terpaksa berpindah mengikut zaujah yang ditukar ke Seremban, seterusnya Ustaz Hafidz yang meletak jawatan sebagai Mudir, begitu juga Ustaz Marzuki yang terpaksa memberi komitmen kepada Ustaz Sa’ari. Semua ini berlaku dengan pantas, tatkala saya dan Ustaz Hamdan menjadi wakil DAQWAH untuk menyambung pelajaran ke Mesir, tiket sudah berada di tangan



Saya teruskan juga hasrat meneruskan pengajian dan Ustaz Hamdan mengambil keputusan untuk pulang membantu DAQWAH, namun tidak berapa lama beliau turut menarik diri kerana ada komitmen lain.

Kini saya pulang bercuti, dan masih berbaki pengajian di Mesir, namun kepiluan dan berat hati untuk teruskan pengajian di Mesir. Adakah DAQWAH akan terus layu?

Saiful!!! Dibahumu ada amanah, di pundakmu ada taklif, usah hanya menagih sedih meraih sayu, teruskan usaha kerana jaya akan hadir setelah dikerah daya, mudah menyusul setelah payah.

" Sesungguhnya beserta kepayahan itu akan ada kesenangan"

Usaha adalah hamparan, tawakkal penuh harapan, doa senjata mampan…ameeen ya Rabb

6 comments:

Insyirah said...

Assalamu'alaikum.

Tinggallah sedikit hati di DAQWAH dan bawalah sebahagian hati lagi pulang ke Mesir, insya Allah sebahagian hati yang ditinggalkan akan buat sebahagian hati yang dibawa bersemangat untuk terus menceduk ilmu dari para ulama'. Insya Allah, pulang nanti akan membantu menyuburkan kembali DAQWAH mudah-mudahan lebih subur dari dahulu. Insya Allah. AMeeN... :)

Insyirah said...

Assalamu'alaikum.

Tinggallah sedikit hati di DAQWAH dan bawalah sebahagian hati lagi pulang ke Mesir, insya Allah sebahagian hati yang ditinggalkan akan buat sebahagian hati yang dibawa bersemangat untuk terus menceduk ilmu dari para ulama'. Insya Allah, pulang nanti akan membantu menyuburkan kembali DAQWAH mudah-mudahan lebih subur dari dahulu. Insya Allah. AMeeN... :)

salmanfasiri said...

JazakiLLAH AB...errr klo sebahagian hati dtiggal sebhgian bawa, blh hidup agi ke..kot2 balik trus huhu

salmanfasiri said...
This comment has been removed by the author.
Abu Muazz said...

bilo nok kelik Mesir??? satu keputusan yang berat utk dibuat... ana cuma utk berada dalam kelompok itu... menyelami situasi yang sedang dialami...

payah...mmg payah... tapi apa kan daya, keputusan mesti dibuat

Moga Allah permudahkan jalan... Ameen

salmanfasiri said...

abu muazz, insya Allah akn kelik mesir pd 7.11 doakn la ye