dalam flight egyptair, bersama us ariffudin (housemate)
عن أبي هريرة رضي الله عنه
عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له
ما تقدم من ذنبه
Maksudnya: " Daripada Abu Hurairah ra katanya: Daripada Nabi SAW baginda bersabda,sesiapa yang bangun mendirikan iabahadah mencari Lailatul Qadr dalam keadaan penuh keimanandan mengharapkan balasan dari Allah, pasti diampun dosanya yang lepas, sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan mengharapkan balsan dari Allah akan diampunkan dosanya yang lepas"
Salam Ramadhan buat semua
Kedatangan Ramadhan kali ini amat dinantikan oleh mereka yag rindukan kekasih bernama 'Ramadhan' ini
Cuma kegembiraan itu mungkin berbeza persepsi
Ada yang gembira kerana merasakan Ramadhan datang dengan membawa roh iman, tarbiyah, perhambaan kepada Kholiq
Ada yang gembira kerana Ramadhan menambahkan sumber rezeki
Ada yang gembira kerana Ramadhan tempat untuk memahirkan kembali ilmu Alquran, hafazan dan sebagainya
Ada yang gembira kerana Ramadhan menjanjikan bantuan kewangan, ruang untuk si berharta turut serta dalam Amanah Saham Akhirat
Ada yang gembira kerana Ramadhan akan memberi peratus yang tinggi untuk melangsingkan badan
Ada yang gembira kerana Ramadhan adalah tapak untuknya berehat
namun bagi saya, Ramadhan kali ini hadir dengan dua kegembiraan utama:
1. kerana saya menerima berita yang saya lulus tahun akhir BA Al Azhar
2. kerana saya diberi peluang membersihkan rohani 3hari sebelum datangnya ramadhan, dengan kemalangan kereta
result imtihan, nama saya no 6 dari bawah, mendapat jayyid
Apapun, saya tetap menerima jemputan mengimamkan solat terawih di surau (masjid) As Sidiqqin di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.
ruang solat
Alhamdulillah, rupanya pada hari ketiga puasa, tetamu undangan untuk tazkirah ramadhan selepas solat terawih ialah mantan Presiden PMRAM '08/09 iaitu Ustaz Khairul Anuar Ismail.
Kami tinggal bersama dua hari di bilik surau dan berbual panjang tentang pelbagai perkara
Semoga saya dan sahabat semua dapat merebut sebanyaknya peluang pahala yang terbuka luas..AAAMEEEN
Followers
:: Ahlan Ya Ramadhan::
Tuesday, August 25, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
2:56 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam ustaz..salam ramadhan
Tahniah ustaz kerana bergelar graduan.
Takziah kerana kemalangan. Bila kemalangan tu? Teruk x?
aslmkum, sekarang anta dkat k.l lagi ke? boleh bagi tazkirah dkat surau di setapak pada 2.9 malam. dari sahabat lama ilias.
wa'alaikumussalam buat HURULAIN an Us Illias, insya Allah, klo djemput, ana pergi je:)
mmg ana nak jemput anta bagi no. contact syeikh ana cal.ataupun anta sms ko ana ni.no hp 0193628134. ana nak tolak balik klate esok dan mari balik kl 1.9ni
Post a Comment