Followers

:: Ulama Muqarrar ::

Wednesday, July 8, 2009


Seusai memberikan kuliah maghrib, menggunakan matan Aqidah Tohawiyah, saya bersembang bual dengan penghuni asrama pelajar matrik al Azhar. Rumah agak besar, namun penghuninya masih sunyi, banyak bilik belum dipenuhi. Penghuni sekarang berjumlah 24 orang.15 ikhwah dan selebihnya akhawat Dengar khabarnya, akan dipenuhi oleh pelajar akan datang selepas raya nanti, mungkin seramai 34 (kalau tidak silap dengar)


Saya rasakan, mereka semua ini pelajar yang cintakan ilmu, rajin belajar talaqqi di masjid al Azhar. Terkadang malu dan rasa tak layak untuk menjadi tenaga pengkuliah mereka, namun atas dasar berkongsi ilmu dan bermunaqasyah, saya gagahkan juga


Saya berpendapat, semacam ada jurang antara mereka dengan pelajar yang datang dengan STAM, muadalah dan seumpamanya. Mungkin persepsi terhadap mereka yang datang dengan MoU ini dipandang enteng dan tetapi mereka tidak harus dituding jari lantaran projek matrik ini biarpun orang kenamaan dikatakan berada di belakang projek ini.


Keinginan junior untuk meneroka ilmu di bumi mesir tidak harus dinafikan, mungkin cara yang mereka susuri kurang disenangi banyak pihak,namun, apa salahnya jika kita menerima mereka. Bukan kita sahaja yang ingin menyedut setitis ilmu di sini. Adakalanya mereka lebih baik dari kita yang telah lama pasakkan kaki, mendakwa sebagai pelajar al-Azhar.


Bahkan bagi saya, kebanyakan kita hanya akan menjadi ulama muqarrar dek kerana hanya membaca dan sibuk mencari muqarrar tatkala musim imtihan. Kita terkadang terikut-ikut dengan trend beberapa pelaja arab yang kurang sesuai untuk kita. Trend pemakaian, cara belajar, sikap dan beberapa lagi(saya tidak menafikan sebilangan pelajar al-Azhar yang istiqamah bertalaqqi menggali permata ilmu ).Apa yang mendukacitakan , pada imtihan yang lepas, kertas usul feqah diulang periksa disebabkan protes pelajar yang menyatakan soalan di luar muqarrar. Apakah semua ini??


Tidak mustahil suatu hari nanti, kualiti pelajar al-Azhar, yang suatu ketika dulu, amat dipandang tinggi, sekarang ini bagaikan dedaun kering yang berterbangan, tuntas mengikut rentak angin, tanpa arah tuju


Fikir-fikirkanlah. Senyum aja

3 comments:

sayang said...

salam ustaz...

ana pun slalu jg rs kadang2 tu belajar sebab exam..sebab nak dapat pointer baik...dan bukannya sebab ilmu..

salmanfasiri said...

moga kita terselamat dari niat yg tidak elok

Muna Barakat said...

ulama muqarrar??emm,bleh diterima pndgn 2 cz zmn skrg bleh dikatakan majoriti stdnt bg2..wanauzubillah min zalik..