Followers

:: Ramah Mesra Bersama Tetamu :::

Saturday, July 25, 2009

YDP KPKM menyampaikan cenderahati buat Sohibul Fadhilah dato Timbalan Mufti



Malam bersama tetamu dari Malaysia di Rumah Kelantan Baru



Ada 4 penceramah malam itu, iaitu Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mufti, wakil YADEIM, wakil dari Bahagian Guru Takmir, juga seaorang lagi yang tak ingat namanya



Alhamdulillah secara amnya , saya tertarik pada ucapan ustaz Zamri selaku wakil Bahagian Guru Takmir Kelantan (under JAKIM). Beliau menyebut peri penting ilmu dan berpersatuan



Sesi soal jawab, saya bertanyakan beberapa soalan :



  • Apakah hubungan Jabatan Mufti dengan MAIK ?


  • Apakah YADEIM ada bekerjasama dengan Persatuan Cina Muslim dan Persatuan India Muslim serta beberapa persatuan Islam yang lain? Diberitakan beberapa persatuan dipinggirkan



  • Pengislaman orang asli yang kemudiannya ditinggalkan tanpa tindakan susulan, sebagai contoh meletakkan guru pembimbing dengan elaun agak tinggi atau apa-apa sahaja


  • Adakah bahagian guru Takmir ada hubugan dengan guru halaqat. Bagaimanakah pemilihan guru Takmir yang jika dilihat ramai tetapi kurang menepati tahap keilmuan yang diinginkan



Kesemua soalan dijawab secara rambang sahaja. Utamanya dalam masalah orang asli, hanya difokus di kelantan sahaja sedangkan kelantan kita tidak gusar kerana kerajaan Negeri sudah sediakan elaun dan beberapa keistimewaan bagi mereka yang hendak ditugaskan ke kawasan orang asli



Seterusnya berkenaan dengan pertemuan dengan Persatuan Cina Muslim dan sebagainya, hanya pertemuan peribadai sahaja sedangkan ustaz Husin Yee dan juga Ustaz Ridhuan Tee pernah suarakan tiadanya sokongan dari agensi seperti ini terhadap mereka.



Keinginan saya untuk menyoal balik terbantut berikutan pengerusi menutup sesi soal jawab kerana masa yang agak lewat ( jam 11.30 malam)

2 comments:

HURULAIN SAKINAH said...

salam..
ustaz, ana tertarik dengan pengutaraan terhadap permasalahan orang asli yang telah ustaz timbulkan.

Benar..ana lihat setelah pengislaman terhadap mereka dilakukan, tiada tindakan susulan dilakukan.

ana mempunyai seorang sahabat dari keturunan orang asli yang memeluk islam. ana tahu betapa getirnya bagi dia untuk mendalami ilmu agama sementelah, dia bukan berasal dari golongan senang.

untuk menghadiri kelas agama yang terletak jauh dari rumah, bermakna dia perlu mengorbankan masa dan wang ringgit. sedangkan dia hanya bekerja sebagai penoreh getah. sehari tidak menoreh, maka tiadalah pendapatan.

itu tidak termasuk lagi dengan masalah buta huruf dan sebagainya. sebagaimana yang kita maklum, terdapat golongan orang asli ini tidak berpendidikan tinggi.

ana rasa pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah ini. jangan kita hanya memandang golongan mualaf 'profesional' sahaja..

salmanfasiri said...

ye memang persoalan yg perlu ditangani tapi jawapan amat mngecewakan, bila wakil YADEIM menyatakan ia tanggungjawab kita semua
Bagi ana, YADEIM dan juga jabatan lainnya yang punyai autoriti dan ruang untuk itu,kita semua mungkin tiada sumber