Followers

:: Senyum Aja ::

Saturday, July 4, 2009




Kebelakangan ini, ramai sahabat yang melangsungkan perkahwinan. AlhamduliLLAh, gembira di hati ,elihat sahabat menyemputnakan sebahagian dari tuntutan agama.


Beberapa malam lepas, di Dewan Tok Kenali, ketika membacakan kitab Jawahir AlBukhari, satu tajuk amat menarik perhatian saya. Tajuk " Berpuasa bagi mereka yang bimbang status bujangnya "



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya : Rasulullah SAW bersabda: Wahai pemuda, sesiapa yang mampu untuk berkahwin dikalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih trjaga maruah. Sesiapa ynag tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah umpama kekangan baginya (dari nafsu)

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Nampaknya saya perlu usaha untuk berpuasa sebab tidak mampu membina masjid. Sekarang agak sukar melakukan ibadah sunat itu. Kenapa? Senyum aja.



Saya juga sudah mengurangkan aktiviti 'terjelepuk ' depan computer dalam seminggu dua ini . Kenapa? Senyum aja






Saya juga disarankan agar mengambil tender untuk Bazaria Ikhwah KPKM 09 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya kurang berminat walaupun ramai sahabat menyarankan agar saya menjadi penggerai kerana mereka ingin menikmati masakan Nasi Afghan atau Beriyani.Kenapa? Senyum aja.






Keceriaan yang terpancar dari hati saya, beberapa hari lalu, dipadam serta merta oleh satu sms, sama seperti tahun lepas yang kemudian membawa saya menyusuri jalan ke Mekah. Mungkinkah Allah memanggil saya lagi untuk menziarahi rumahNYA, atau Nabi SAW juga meminta saya menziarahi pusara Baginda, demi melenyapkan kelam di hati? Kenapa? Senyum aja



TAHNIAH PADA SAHABAT YANG BERKAHWIN



بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير



p/s: Terkadang fikiran sentiasa terbayang pada dia yang bergembira dengan ujian, cemburu dengan belaian rahmat Allah, yang menganugerahkan sakit kepadanya.(ohya, hati unta untuknya, belum dapat dikirim)

6 comments:

الوردة الشوكية said...

Salam...

Bila terbaca je kalimah "HATI UNTA", terasa pulak... Belum lagi berjodoh dengan hati unta. :(

saidsiro said...

Insya Allah akn ada jodoh:)

الوردة الشوكية said...

Insya Allah, ameen... :)
Mudah-mudahan akan berjodoh dengan hati unta, takut-takut cikgu shidee dah tolong makan bagi pihak anak murid comotnya ini... uhuk3. Tak apa, insya Allah kalau dah jodoh tak ke mana.

SENYUM aje la...

ilias mahmad said...

Pertemuan dan perpisahan itu adat kehidupan begitu juga jodoh pertemuan, cuma yang tinggal usaha dan ikhtiar itu ditangan manusia. dari saudaramu ilias mahamad ex pres alumni maahad muhammadi p.pekan.
Jika anta berada di Tanah Suci doakan kesihatan untuk CIK ana coz dia x berapa sihat telinga dah kurang pendengaran. Mek ana sihat lagi. ws

salmanfasiri said...

wah2 ust illias mahmad, lama xjumpa..bolh bg no kontek?

Anonymous said...

ni. no contac ana.ilias 0193628143. Banyak benda yg ana nak berbicara dngn anta tapi kesuntukan ruang dan waktu. Cuma ana minta ayat-ayat untuk murah rezeki dan kesihatan tubuh badan