Followers

:: TiTik TaNPa NoKtAh :::

Friday, March 20, 2009

Alhamdulillah..
Butang Keyboard kembali menari di sini..Sekian lama ia dibiar beku..
Bukan kerana malas, bukan kerna hambatan waktu...

Sepanjang ketiadaan coretan di laman ini..banyak perkara yang berlaku dalam mahupun luar malaysia.

Hari ini, jumaat,sekali lagi menjadi pentas yang dinantikan umat Islam yang sedar keagungan Hari Jumaat..Penghulu segala hari, juga mini hariraya
Yang pasti, padanya ada suatu keceriaan

Diriwayatkan sebagaiman dalam kitab Ar Ruuh, Karangan ulama terkemuka, Ibnu Qayyim, beliau menukilkan melalui 'sanad beliau sebuah hadis yang mafhumnya:

" Pada malam jumaat, setiap ruh dibenarkan untuk melihat amalan anak cucunya di dunia, jika baik amalan mereka,gembiralah ruh tadi, jika sebaliknya, mereka pulang dalam keadaan duka nestapa"

Juga diriwayatkan segala binaatang amat keluh kesah menanti hari jumaat kerana dibimbangi berlakunya Qiamat.

Namun dalam pada itu, Allah mengurniakan satu ketika pada hari jumaat, waktu mustajab berdoa,walau berlaku perselisihan,bukanlah menjadi satu penghalang untuk kita merebutnya..waktu tersebut ialah bermula dari imam duduk antara dua khutbah sehinggalah imam memberi salam pertama solat. Jika kita tidak sempat untuk ini, maka rebutlah peluang tika lepas asar hingga maghrib (menurut Ubay bin Ka'ab sebagaiman termaktub dalam Taurat)

Apa yang penting..bukansekadar kita mendengar tapi berusaha mengamalkannya..bukan sekadar berselisih tapi berusaha mencari kasih-NYA

0 comments: