Followers

:: NegaRAku ::

Saturday, March 28, 2009

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat


PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak

perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.


Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

"Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu," kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

INILAH NEGARA KU .. IBU BAPA MARAH JIKA ANAKNYA DITEGUR UNTUK BERPAKAIAN SOPAN.
SANG GURU PULAK TAK BERANI NGAKU...
MEMANG BENAR SABDA NABI SAW:

" SUATU MASA NANTI TIDAK ADA YANG TINGGAL PADA ISLAM KECUALI HANYA NAMA SAHAJA, JUGA TIDAK TINGGAL APA PADA ALQURAN KECUALI HANYA TULISAN SAHAJA "

BAGINDA SAW JUGA BERSABDA:

" SEBAIK-BAIK JIHAD IALAH BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMIMPIN YANG ZALIM "

0 comments: