Followers

2 TANGISAN

Sunday, August 10, 2008


Suasana Pelajar Malaysia Mesir saat ini kuperhatikan pelbagai corak.

Ada dua tangisan berbeza. Tangisan kegembiraan dan tangisan kesedihan.

Masih ku ingat, sewaktu pengajianku di Pakistan beberapa ketika dulu, maulana ( ustaz ) yang mengajarku kitab Al Hidayah karangan Al Murghinani, kitab feqah mazhab Abu Hanifah yang muktamad di samping perbahasan muqaranah mazahib (perbandingan mazhab²), beliau pernah menegaskan, airmata yang tumpah ada dua kategori

1. Tangisan gembira : ia boleh dikesan jika airmata tersebut sejuk atau tidak suam

2. Tangisan sedih : ia boleh dikesan jika airmata tersebut panas (suam)

Semua ini diulas beliau tika membahaskan bab redha (kerelaan) wanita ketika kahwin.

Apa yang ingin ku tegaskan ialah, dewasa ini, ku lihat scenario tangisan di bumi Mesir ini, seusai mahasiswa al Azhar mendapat natijah imtihan mereka. Sempat juga aku menjamah jamuan yang diadakan sebilangan pelajar bagi mensyukuri nikmat kejayaan indah. TAHNIAH..MABRUK

Hanya dua airmata ini? Ya.Benar hanya dua airmata tumpah impak dari imtihan.

Tidak selain itu? Ya ,aku kira tidak selain itu.

PROSMA II dan MAP

Dua perkara yang baru saja bermula.

Peka atau tidak kita dengan kedua²nya?

Matlamat yang sama, cara yang berbeza. UNTUKMU PALESTIN


Sumbangan Amal untuk Palestin. Caknakah kita? Berbuih mulut pemimpin kita, penceramah, ilmuwan dan sesiapa saja bercakap soal saudara kita di Palestin.



Aku pernah bertanya seorang sahabat di sini,: Enta boleh berada di hadapan tv untuk tonton bola selama 2 jam tapi ana tidak pernah tengok enta berada selama 10 minit di sejadah,berdoa khas untuk Palestin “.

Ujarnya,:” Tak kan ana nak tunjuk kat orang yang ana berdoa untuk Palestin!!”

Aku tersenyum. :“ Ya benar, tapi bukankah elok jika enta ajak semua teman enta yang tonton bola tu,berdoa secara berjemaah? Jika 40 orang yang hadiri solat mana-mana jenazah,maka pasti Allah memakbulkan? Lantas, apalah kiranya jika enta kumpulkan geng bola enta untuk berdoa?”

Diam.

Aku bukanlah seorang yang layak untuk berkata-kata. Siapalah aku, tapi cintaku pada Palestin takkan pudar biarpun semua manusia mengherdik aku dengan kata-kata sinis.

0 comments: