Followers

MogA NaJaH

Monday, April 30, 2007

Semenjak dua menjak ni, aku menjadi semakin tak tentu sebab kurang tidur. Em mane tidaknya, aku gagahkan diri untuk membantu adik² yang nak hadapi exam penggal kedua Azhar. Nampaknya sahabat² lain pun turut sama membantu junior² untuk mengulangkaji subjek. Yang paling aku kasian, teman serumah aku, Ust Azib.. terpaksa terkejar ke sana kemari untuk isi kelas diskusi dan tutorial untuk junior, utamanya yang perempuan. Em terpaksa le sebab nak tengok yang unior ni maju setapak. hehe baiknya ust Azib.

Aku pun turut bantu setakat perlu. Dia ajak aku ke Iskandaria sbb nak adakan tutorial usul fiqh untuk junior tahun 1. Aku pada mulanya hanya sebagai pengiring je tapi memandangkan Ust Azib rasa terlalu banyak sukatan yang perlu dihabiskan dalam masa 3 ari, aku kesian la juga. Sebahagian dari sukatan aku ajarkan.

Selama 3 ari kami kat sana, memang macam orang besar le sebab setiap waktu ade makanan hinggakan kami minta supaya tak perlu hantarkan makanan kerana dah banyak makanan yang tak dijamah.
Malam Ahad kami bertolak balik ke Kaherah..lagipun masih banyak lagi sukatan untuk kelas tutorial ni yang nak dihabiskan.

Pepun tadi aku baru habiskan klas untuk adik² tahun3 syariah,fuhh lega..masih ade lagi 3 subjek. Kitab Nahu untuk tahun 3 Lughah, Hadith untuk Usul Tahun 4 dan Tauhid untuk Tahun 1. Sebenanrnya ade satu lagi iaitu Syarah Mauqif utk Tahun 4 Usul syukbah Dakwah.

Semoga semua yang terlibat sebagai tenaga pembimbing untuk kelas tutorial ni, akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Semoga adik² dan sahabat yang akan menempuhi exam pada pertengahan Mei hingga awal Jun nanti..

BarakaLLAh Fiikum Ajma'in!!!!!

0 comments: