Followers

::Kerajaan vs Blogger::

Tuesday, April 10, 2007

(Sebahagian dari teks salah seorang blogger.)

"Kerajaan dibawah pimpinan PM Abdullah Ahmad ini adalah sebuah kerajaan demokrasi ; sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.Kita mestilah berpegang teguh dengan amalan demokrasi dan mempertahankannya.Kerajaan yang telah dipilih bukanlah bereti ianya kebal daripada kritikan atau teguran rakyatnya. Begitulah amalan kebebasan bersuara yang ada dalam sesebuah negara yang demokrasi.

Inilah yang mesti diterima oleh kerajaan yang bukan mengamalkan pemerintahan kuku besi.Namun, ruang untuk bersuara oleh rakyat melalui mass-media perdana begitu sempit dan terhad . Apakah pilihan bagi rakyat saperti Akhirudin , Jeff Ooi , A Kadir Jasin, Raja Petra, Ruhanie Ahmad and Ahmad A Talib, untuk melahirkan pandangan dan pemikiran mereka?Semakin ramai yang melahirkan pandangan melalui internet . Antaranya ialah Marina Mahathir, Nuraina A.Samad , bekas editor politik NST dan beberapa nama besar yang melibatkan diri sebagai penulis blog atau dikenali sebagai Bloggers.Mereka semuanya bukanlah anti kerajaan bilamana mereka mendedahkan penyelewengan yang berlaku.Mereka mendedahkan amalan rasuah peringkat atasan.Segala macam skendal yang melibatkan pimpinan dibungkar.Mereka sepatutnya menerima pujian kerana menjalani tanggung jawab sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.Tetapi berlaku sebaliknya.Kerajaan yang ada ,tidak suka ini semua.Mereka dianggap sebagai ‘anasir sabversif’.Berbagai tohmahan dan salah anggap dilemparkan kepada para bloggers.

Beberapa langkah cuba diambil untuk mengawal kebebasan bersuara melaui internet. Cadangan terbaru ialah untuk mendaftarkan bloggers yang menulis tentang isu semasa atau politik negara. Sebagai riaksi,bagi menghadapi salah tanggapan dan kerenah kerajaan, pihak bloggers telah bersatu dalam gabungan yang dikenali sebagai ‘Bloggers United’ Sekali lagi dinyatakan disini , bahawa bloggers bukan anasir anti kerajaan.Bloggers membantu kerajaan dalam pelaksanaan membenteras penyalahgunaan kuasa , korapsi dan segala macam kemungkaran. Melainkan , kerajaan telah merelakan kemungkaran ; maka bloggers adalah musuh bagi mereka.

0 comments: