Followers

Transformasi Alam Diri

Wednesday, March 31, 2010

Hari demi hari , diri akan berdepan dengan soalan cepu emas yang sama.

Sudah ada calon?
Bila nak kahwin?

Pada mulanya memang agak rimas dengan soalan sebegini, namun telinga sudah di'set' supaya buat-buat tidak dengar atau menerima je kunjungan soalan sebegitu. Pekak badak ke ape hehe..

Namun semenjak dua menjak ini, soalan sudah mula berubah wajah.

Pakcik sedang mencari calon untuk anak pakcik dan pakcik berkenan dengan kamu, jadi macamana?

Tak teringin ke nak jadi ahli keluarga rumah ini?

Sebenarnya bermain minda saya, adakah orang yang akan menjadi mawar jiwa ini akan dapat menerima saya seadanya?

Saya maklumi, calon yang diperkenalkan datang dari keluarga yang agak selesa kehidupannya . Senantiasa ada masa bercuti bersama keluarga, bersantai setiap minggu . Jika dia menjadi suri hati saya nanti, adakah dia mampu sesuaikan diri dengan kehidupan kampung saya?

Rumahnya yang selesa untuk didiami, siang dan malam sama sahaja sedangkan jika dia menjadi sebahagian keluarga saya, mampukah dia bertahan dalam sebarang cuaca.

Seekor nyamuk pun tidak pernah bertandang ke rumahnya, dan pabila dia jejakkan kaki ke rumah saya, mampukah dia menyedekahkan setitis darah bagi rezeki sang nyamuk?

Saya punyai seorang ayah yang sering sakit dan banyak karenah. Tahankah dia dengan situasi yang sebegini?

Saya punyai seorang ibu yang jiwanya kekampungan, bolehkah dia hayati sifat orang kampung?

Saya punyai hati dan jiwa untuk dihadiahkan kepada bakal bidadari saya di dunia, itu sahaja, kemewahan dan keselesaan hidup tidak termaktub dalam manifesto saya.

" Sediakanlah tempat tinggal untuk mereka (isteri kamu ) di mana kamu diami mengikut kemampuan kamu, dan janganlah kamu susahkan mereka dengan tujuan untuk menyempitkan mereka "
( Attalaaq 65 : 6)


Saya bukanlah seorang cerewet dan pemilih. Jika dia belum bersedia untuk itu, saya juga tidak akan memaksanya bahkan lebih selesa untuk terus berstatus 'azib' dan berkhidmat untuk ibu bapa saya .

Uwais Al Qarni sanggup tidak ke mana-mana sekalipun menanti sesaat untuk berjumpa RasuluLLAh saw hanya kerna ingin berkhidmat pada ibunya .

3 comments:

tice said...

salams

Betoi apa yang ustaz kata tu...

Keserasian dan kesanggupan mengADAPT cara hidup pasangan masing-masing dengan IKLAS walaupun terdapat jurang perbezaan adalah kunci kebahagiaan selepas berkahwin hingga ke akhir hayat.InsyaAllah..

Jika sebuah ikatan perkahwinan hanya disertai/dimetrai perasaan kasih-sayang meme tidak mencukupi kerana adakalanya tatkala timbul persengketaan antara pasangan,dikhuatiri perasaan kasih-sayang akan PUDAR secara beransur-ansur..

Oleh yang demikian,seseorang yang ingin membina hidup dengan pasangan yg dicintai tapi datang dari level kehidupan yang ketara perbezaannya perlu miliki sifat saling menerima seadanya antara satu sama lain,pengorbanan,serta iklas menjalinkan hubungan keranaNya..InsyaAllah berkekalan sehingga ke akhirnya..

Qudwah Aisyah said...

Assalamu'alaikum.

Sekadar memberi pendapat (kalau sesuai digelar pendapat) :)

Perkahwinan bukan penyatuan dua hati (dua insan) tetapi tautan dua keluarga yang masing-masing harus bersedia untuk menerima. Sirah sudah bercerita, ada ibrah untuk kita tetapi sesuatu teori yang dihafal dan diulang-ulang selagi tidak menyatakan dengan perbuatan, ia hanyalah sesuatu yang mudah. Praktikal itu yang payah.

Ilmu tanpa amal, sia-sia :)

Tapi nak beramal, kena juga menuntut ilmu kan.

Khadijah, seorang yang kaya-raya pada zamannya tetapi sangat bahagia di sisi suami tercinta bukan dengan limpahan harta yang melimpah ruah tetapi dengan kasih sayang si suami yang begitu lembut mempamerkan kasih sayang, bagi ana ia adalah kerana rahmat Allah semata-mata yang menghadirkan ketenangan dan ketenteraman bersama kekasih Allah. (Suami juga menjadi kekasih kepada para isteri)

Khadijah setia di sisi Rasulullah tatkala semua manusia menghindari. Itu khadijah, hartawan gemilang pada zamannya.

Soroti pula kisah Aisyah, kekasih belahan hati Rasulullah... Saidina Abu Bakar juga seorang yang berharta tetapi semuanya diinfaq kepada Islam. Masih teringat akan kalam kata dari Aisyah r.a.

"Sebelum aku baligh, aku tidak diajar oleh kedua ibubapaku selain mereka mengenalkan aku kepada Islam."

Limpahan harta mana yang Rasulullah berikan pada para ummul mukminin selain kasih sayang dan qudwah dari baginda? :) Kasih sayang dan empati suami itu sebenarnya penenteram seorang isteri. Bukan sekadar sedekah sedikit darah, bahkan lebih dari itu pun tidak mustahil kan? :P

Teringat satu pesanan.

"Seorang isteri itu harus memiliki sifat IBU, SAUDARA dan ANAK kepada suami."

Ibu : Tidak ada manusia (selain Rasulullah yang menyayangi ummatnya) yang lebih sayangkan seseorang makhluk selain dari kasih sayang Ibu. :) Sifat seorang ibu, memberi, mendengar dan prihatin dengan suami.

Saudara : Seorang isteri menjadi sahabat kepada suami, sentiasa bersama dalam apa juga keadaan.

Anak : Seorang isteri perlu menjadi manja keanak-anakan pada suami, untuk menghibur. (Spt mana Rasulullah yang 'tidak kisah' melihat Aisyah bermain bersama teman sepermainan) :P tetapi keanak-anakan disini bukan la bermaksud mengada-ngada.

Wallahua'lam.

salmanfasiri said...

Assalamualaikum..terima kasih kepada tice (ummi ) dan juga Qudwah Aisyah...

pendapat yang amat2 dihargai