Followers

Kahwin : Ada Cemburu?

Friday, March 12, 2010

Musim cuti sekolah di Malaysia telah bermula. Rata-rata yang paling gembira ialah pelajar. Tentunya para pendidik turut rasainya.



Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.



Tidak terkecuali , mereka yang bakal mendirikan rumahtangga, semoga berbahagia hingga ke syurga insya ALlah. Ramai juga dikalangan para sahabat yang dan kenalan yang berumahtangga musim cuti ni.

Berkeping-keping undangan majlis perkahwinan diterima . Ada juga yang tangguhkan majlis kenduri, hanya sekadar akad je dulu, walimahnya, tunggu dulu . Istilah nikah gantung le tu hehe.

Usikan kawan-kawan dan sahabat tentang diri ini juga agak nakal. Namun telinga ini sudah betah.

" Eh dah berumah ke belum ni" tanya seorang sahabat.

" Rumah dah ada, umah mak ayah hihi" Spontan je dengan muka tak bersalah.

" Isk, serius la sikit, enta dah lebih dari patut dah ni , rugi betul kalau enta tak kahwin awal"

" Aha, ejas la adik enta untuk ana ni :p "

" Nak ke? ejas la sendiri, ni amik no hp"

Isk isk ada ke patut .

Teringat kisah Umar Al Khattab ra tika Hafsah kehilangan suami, beliau menawarkan kepada para sahabat untuk mereka kahwini puteri beliau dan akhirnya dikahwini oleh RasuluLLAH SAW. ( opss, jangan salah faham - zaman cyber ni, orang mudah prasangka buruk- saya bukan hendak samakan diri dengan RasuluLLAH, juga bukan hendak berkahwin dengan tsayyib )

Zaman sekarang bagaimana? Anak-anak yang mencari pasangan hidup masing-masing, ibu bapa hanyalah mengiyakan sahaja. Itu yang biasa kita dengar bahkan ia adat zaman moden. Pun begitu masih ada segelintir yang berperanan menjodohkan anak mereka tapi awas, janganlah pula dikahwinkan anak yang masih di alam sekolah rendah!!! Sunnah ke?

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DI MUSIM CUTI SEKOLAH INI

2 comments:

Anonymous said...

Berkahwin itu ibadah, berusaha untuk berkahwin juga ibadah, yang muktamad di akhir kesimpulan hidup bukanlah kahwin atau membujang, tetapi HIDUP DALAM IBADAH. Kerana itu tujuan Dia mencipta kita. :)

salmanfasiri said...

yup2, tma kasih..em kena kahwin la nmpaknya ek