Followers

Thursday, January 8, 2009



Peristiwa malang ( maa'saat) umat Islam di palestin semakin meluas.
Hari demi hari, bilangan Syuhada makin meningkat.
Bantuan dari luar, tidak dapat disalurkan ke sana..bukan kerana sekatan dari pihak musuh Islam tapi dari Negara Umat Islam sendiri. Mesir masih enggan membuka sempadannya untuk bantuan kemanusiaan. (pemimpin secular, gitulah, kuda tunggangan Kafir )
Namun, masih ade umat Islam yang peka,terasa bila peha kanannya dicubit. Masing2 berarak, berqunut nazilah.

Setakat ini, ciri-ciri untuk mencapai kemenangan masih belum terasa. Apa yang terjadi?Walau pada zahirnya telah banyak doa dipanjatkan, dimana maqbulnya?

Umat Islam dan Penyebab

Dalam kehidupan, umat manusia digalakkan berusaha.menggunakan segala sebab-sebab yang membawa kepada terhasilnya sesuatu yang dilaksana dengan jaya. Namun bezanya antara kita umat Islam dengan kafir, ialah kita meletakkan segala usaha kita, akan ditentukan natijahnya oleh Allah. Walau dengan pelbagai usaha dan sebab juga langkah yang kita ambil, hasilnya di genggamanNYA. Inilah kekuatan kita

Golongan kafir, hanya meletakkan pergantungan mereka pada langkah dan sebab yang diambil. Jika kesudahan tidak seperti yang dicita, kecewa yang bertamu.

Kita ada iman, mereka tidak
Kita ada tawakkal, mereka tidak
Kita ada redha, mereka tidak


Persediaan dan Kelengkapan

" Dan persiapkan persediaan bagi menghadapi mereka sehabis kemampuan kamu, (dengan perlengkapkan) kekuatan, kuda-kuda yang terikat kemas yang boleh menggerunkan musuh Allah juga musuh kamu,serta musuh yang kamu tidak ketahuinya, sedang Allah amat mengetahuinya"
(Al-Anfaal 8:60)
Kelengkapan kekuatan yang dimaksudkan ialah:

a) kekuatan aqidah
b) kekuatan ukhuwwah
c) kekuatan peralatan

Walau bagaimanapun persiapan kita,kelengkapan yang kita ada, kita diajar konsep penyerahan, tidak mendabik dada terhadap kekuatan dan kelengkapan.Perhatikan ayat ini :

" Bukanlah kamu yang melempar (menembak,membedil dsb),tatkala kamu melempar, tetapi Allah yang melemparnya, yang demikian kerana Allah ingin menguji orang mukmin dengan ujian yang terbaik,sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Al-Anfaal 8:17)

"….dan pada hari peperangan Hunain, ketika kamu bangga dengan bilangan yang ramaisedangkan bilangan kamu tidak memberi erti apa-apa,juga kamu terasa sempitnya muka bumi bagi kamukemudian kamu lari bertempiaran. Setelah itu Allah turunkan ketenanngan kepada Rasul dan orang mukmin, dan Allah menurunkan tentera-tentera yang kamu tidak nampak lalu Dia mengazab orang kafir. Itulah balasan bagi golongan kafir "
(At-Taubah 9:25-26)

Penulis akhiri dengan sabda RasuluLLAH SAW :

‏ ‏عن ‏ ‏أبي تميم الجيشاني ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏عمر ‏ ‏يقول: ‏
سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير ‏ ‏تغدو ‏ ‏خماصا ‏ ‏وتروح ‏ ‏بطانا

" Jika kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, pasti kamu akan diberi rezeki sepertimana Dia kurniakan kepada sang burung, keluar dalam keadaan kosong, pulang dalam keadaan perut berisi kekenyangan "
( Hadith 4154 Riwayat Ibnu Majah bab Zuhud dan Yakin)

Persiapan dan keyakinan kita..dimana????‏

0 comments: