Followers

Kita Ditipu Sejarah Barat

Sunday, July 13, 2008



Kita tentu biasa didedahkan dengan sejarah awal manusia. Disuakan bahwa, zaman awal manusia dikenali dengan zaman Paleolitik. Ciri-ciri Penempatan pada Zaman ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun. Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme.

antara kawasan yang dikatakan sebagai penempatan Paleolitik

Kemudian datang pula zaman selepasnya yang dipanggil Zaman Mesolitik. juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah. Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000 SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini. Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animism

Sekarang bandingkan sejarah menurut Islam :

1. Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah ke bumi dan selepas itu baginda dikurniakan dua pasang anak kembar iaitu Habil dengan Lehuda dan Qabil dengan Iqlimia.

Habil adalah penternak manakala Qabil adalah peladang. (tafsir Qurtubi halaman 410 juz ke 7)

Jadi, yang manakah patut dipercayai antara dua fakta yang dikemukakan ini? Masyarakat awal yang tidak tahu tentang pertanian dan penternakan melainkan setelah berpuluh ribu tahun atau kecerdikan dan kemahiran dua orang putera Nabi Adam dalam kedua-dia bidang tersebut? Anda Muslim? Fikirkan…

Manakala dari segi kepercayaan (agama), fakta pertama menyatakan masyarakat terawal tidak mempunyai agama,sedangkan Islam menyatakan anak-anak Adam as adalah Islam. Begitu juga putera Nabi Adam as yang bernama Syits ( HibatuLLAH atau Anugerah Allah).Baginda lahir ketika Nabi Adam berumur 130 tahun. Baginda juga Islam. Anda Muslim? Fikirkan

2. Menurut laporan Ibnu Abbas jarak masa di antara Nabi Adam dan Nabi Nuh adalah 10 kurun (seribu tahun). Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Menurut Ibnul Qoyyim rohimahullah bahwa ini merupakan pendapat yang benar. (Al-Muntaqoo min Ighootsatil Lahafaan hal. 440).

Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , Kisah Nabi Nuh disebut pada 43 tempat di dalam Al Quran. Nabi Nuh adalah seorang yang cerdas dengan ilmu pengetahuan tinggi, terbukti dengan kapal yang dibikinnya begitu besar sehingga mampu menampung segala makhluk daratan, masing-masing jenisnya berpasangan. Kita tentu dapat memperkirakan betapa besarnya kapal itu yang rasanya melebihi kapal laut yang pernah dibikin manusia abad 20 masehi.

kawasan yang dipercayai tempat pendaratan kapal Nabi Nuh as

Fakta yang disuakan kepada kita ialah teknologi dan kemahiran hanya wujud pada zaman Neolitik sahaja yang jaraknya berpuluh ribu tahun dengan masyarakat terawal (Paleolitik).Anda Muslim? Fikirkan..

Begitu juga dari segi kepercayaan,mereka dianggap mengamalkan animism,sedang Nabi Nuh telah wujud. Anda Muslim? Fikirkan…

p/s : Ini adalah pemerhatian penulis

3 comments:

Anonymous said...

hmm.. kami langsung x pernah terfikir dgn pemerhatian ust sbb selama ini kami telah dibasuh dgn ideologi pendapat barat tentang ketamadunan awal manusia paleolitik, mesolitik, neolitik. kalo xsilap masa SPM dulu dlm subjek sejarah tingkatan 4. tp kami x sampai ke tahap nk membandingkan zaman paleolitik ni ngan zaman Adam as. jika difikir balik memang ada relevannya perbandingan ini. kemungkinan zaman paleolitik adlh zaman manusia pertama Nabi Adam as diturunkan ke bumi bersama Hawa memulakan kehidupan mereka dan keturunan mereka berterusan ke hari ini. zaman paleolitik dikatakan manusia tdk boleh melakukan pertanian, perternakan. sedangkan habil & qabil anak kpd Nabi Adam as adlh manusia terawal melakukan aktiviti tersebut. di sini jelas terdapat penyelewengan fakta oleh org2 barat. kalo benar slps 1000tahun kemudian adlh zaman Nabi Nuh, di mana teknologi manusia pada waktu itu sudah maju sehingga Nabi Nuh mampu membina bahtera yg besar, jelas sekali lg penyelewengan. karena dikatakan pd zaman mesolitik ant 10000sm dan 5000sm dan pd masa itu cara hidup masih sama dgn zaman paleolitik. memang sukar utk diterima sbb inilah fahaman yg telah diterap dlm sistem pengajian di Malaysia....

-jiwa keliru-

Anonymous said...

semuanya adalah ciptaan dari-Nya so fikir2kanlah

Anonymous said...

Kemungkinan terdapat makhluk sblum nabi adam. kalau tak, mengapa malaikat tanya kpd Allah sbb nk cipta makhluk di bumi yg akn mmbuat kerosakan. seolah2 malaikat tahu drpd allah sblum kjdian manusia. skadar pndpt yg perlu dipikrkn.