Followers

TABAHKAN HATIMU

Thursday, July 10, 2008



Telah tertulis bahawa antara kebijaksanaan Allah SWT ialah menguji setiap hamba-NYA kerana kasih sayang dan perhatian-NYA terhadap makhluk. Bukanlah hambaNYa di lereng kehinaan,jauh dari rahmat,tetapi ia satu petunjuk dan satu ingatan

" Alim Lam Mim. Adakah manusia menyangka ( setelah) mereka mengungkapkan "kami beriman", mereka akan dibiarkan tanpa diuji?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu dari mereka,maka ( dari situ) Allah pasti mengetahui mereka yang benar dan yang dusta ".
( Al-Ankabut 1-3)

Bukanlah ujian yang dikenakan kepada makhluk dek kerana kejahilan Allah tetapi terdapat hikmah yang tersembunyi, bagi menyingkap kebenaran kata-kata seseorang

" Allah tidak akan membebani mana-mana jiwa kecuali yang mampu ditanggungnya"
(Al-Baqarah ayat 286)

Sahabatku diberitakan mengidap epilepsi. Saraf kerap mengecut katanya. Mudah lelah.Selalu pengsan. SubhanaLLAH.AstaghfiruLLAH.Ujiannya amat hebat menurut pandanganku namun mungkin itulah kudratnya dan batinnya yang amat sesuai diuji sedemikian.Terkadang,aku 'dengki' kerana 'taraf'nya lebih tinggi. Bukankah pabila Allah mengasihi hambaNYA,DIA akan mengujinya?
Terlintas pula di fikiran,Imam Al Ghazali pernah mengungkapkan dalam kitab Ihya Ulumiddin dengan katanya:

" Seorang lelaki menyangka telah sampai tahap keimanan yang tinggi lalu dia berdoa agar Allah mengujinya.Doa lelaki tersebut dimakbulkan.Allah mengujinya dengan tidak dapat membunag air kecil dan beliau tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut. Lantas beliau keluar ke kawasan kanak-kanak sedang bermain seraya berkata :" Wahai anak-anak kecil, pukullah si tua yang amat bodoh ini".

Janganlah kita meminta untuk diuji sebaliknya berdoalah agar Allah menyayangi dan meredhai amalan kita.

Buat sahabat, berbahagialah kerana kamu sedang diuji. Allah sayang kamu.Allah ingin mengangkat martabat kamu!!!!!

0 comments: