Followers

:: Kejumudanmu dan Keterbukaanku::

Tuesday, March 27, 2007

Seringkali kita memikirkan sesuatu dengan minda yang agak terbatas dan tertutup. lalu lahirlah apa yang dikatakan jumud dalam berfikir. Namun terkadang kita terlalu meagungkan akal dan pemikiran kita yang menyebabkan kita akan tergelincir dari landasan yang benar dan diakui oleh agama kita

Tertutup dan terbukanya minda kita adlah dicetuskan oleh sejauh mana kita mempergunakannya di arah yang betul dan benar. Terkadang kita mahukan seseorang itu terbuka pemikirannya. Kita mengarahkannya agar berpijak di bumi yang nyata. Berpaksi pada realiti. Berkembang selaras dengan zaman. Namun siapakah kita untuk meletakkan standard atau tahap yang boleh diguna pakai, yang menjadi ukuran bahawa seseorang itu dikatakan terbuka atau tertutup minda pemikiran. Bagaimanakah seseorang itu boleh dihukumkan jumud, kolot,ortodok dan pelbagai label atau istilah yang direka cipta bagi menggambarkan betapa jeleknya minda yang tertutup.

Terkadang kita mengatakan sseorang itu terbuka mindanya kerana pemakaian yang ke'barat'an.Bertali leher, berkot kemas.memakai kasut kulit, berstoking dan sebagainya.
Aneh bukan? Kita perlu memakai pakaian tersebut untuk kita dikatakan bahawa kita tidak jumud dan tidak ketinggalan. Bukanlah diri ini hendak menafikan keharusan memakai semua itu tapi yang penulis ingin nyatakan di sini ialah, mentaliti kita berada di tahap yang agak tidak kena. Kenapa standard pemakain yang digunakan untuk menilai minda seseorang?

Lalu apakah standard yang perlu kita jadikan ukuran dalam menetukan jumud atau "open minded" nya kita?Bagi penulis ade beberapa perkara yang perlu diperhatikan:

1. situasi

Secara mudah, jika kita di alam menuntut ilmu;ape saje ilmu- adakah di sana gah sekiranya kita mengenakan pelbagai fesyen pakaian yang tidak menggambarkan kita sebagai seorang penuntut. Atau jika di alam pekerjaan, adakah seorang doktor akan dikatakan jumud jika dia tetap mengenakan pakaian tradisi mereka semasa bekerja, atau bolehkah dikatakan jumud jika memakai kopiah?Atau dia ingin terus bersolat walau di mana dia berada. Dan adakah akan dikatakan 'open-minded' jika seorang ustaz akan suka mengenakan pakaian kot ala barat dalam setiap urusannya?

2. pola pemikiran atau budaya setempat

Maksud di sini ialah kebiasaaan sesuatu masyarakat atau kelompok dan kumpulan. Anjakan paradigma perlu dilakukan pada perkara yang lebih bersifat tidak membina sahaja dan tidak pada yang lain.Sebagai contoh, jika mana2 kumpulan yang sering membiasakan diri dengan sesuatu panggilan antara mereka seperti saya, awak, demo, kawe; lantas kita terjahkan mereka supaya menukar kebiasaan mereka itu kepada ana,enta, i, you; sudah pastinya kejanggalan berlaku. Nah, sekarang adakah mereka akan dituduh jumud kerana tidak melakukan 'anjakan paradigma' pada perkara tersebut??

3. ruang lingkup agama

Sebenarnya inilah asas yang paling penting dalam menetukan standard kejumudan atau keterbukaan minda seseorang. Maksud saya, jika agama menetapkan had dan kawasan aurat adalah itu dan ini,sepantasnya apa sahaja yang menepati standard yang telah digariskan itu, ia lulus. Jika sebaliknya dilakukan, ia telah tergelincir dari standard tersebut. Adakah kerana bertudung labuh, atau memakai baju kurung yang menepati standard, seseorang itu akan dihukumkan jumud pemikiran?atau adakah kerana yang berseluar jeans ketat dan bertudung belit macam ular sawa itu dikatakan open-minded, mentaliti yang tinggi,mempunyai anjakan paradigma dan bertamadun?

Apa yang pasti, kita semakin terikut dengan arus pemakaian moden (tetapi sebenarnya mundur, dan menampakkan mentaliti yang tandus). Atau gaya hidup terkini, dalam apa jua aspek sehinggakan tidak dapat dimengertikan lagi UNTUK APA INI SEMUA???

0 comments: