Followers

::Hari Yang Bersejarah Berdarah::

Monday, March 26, 2007



Salam alaikum kepada semua pelayar blog ni.

Moga kalian sihat hendaknya.


Ingin aku citerkan peristiwa malang sikit semalam...ke"terbolah"an aku menyebabkan aku mengalami cedera yang agak serius la (setakat ni)
Semalam ade perjumpaan pelajar2 kelantan dengan rombongan dari Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Abdullah kamil, AlAzhar. Majlis tu mulaa jam 8:30pg tapi semua ahli bait aku (kecuali Ust Rahim) bertolak ke sana lewat sikit le.Biasala, melayu yg Islamnya amat tipis..huhu.

Bas yang dtunggu dah tiba,mulanya nak naik teksi je sebab dah lewat sangat.Em last2 naik bas le juga sbb kebetulan bas datang awal.


Aku masih lagi mengantuk kt dalam bas tapi alhamdulillah dapat tempat duduk...jadi mudahle nk mulakan balik 'operasi tidur' aku.sbb malam td memg lewat sangat tdo tapi alhamdulillah masih sempat solat subuh berjamaah.(bab ni kena jaga beb)

Layan je tdo dlu pastu dekat nak sampai destinasi, aku tersedar...masa tu bas penuh sesak, memang ramai btol la aritu,orang sedang bersesak2 nak pi kerja. Kawan2 sume dah turun tinggal aku je yang mamai ni nak turun. Bas plak xberhenti lalu aku mulakan le adegan stunt aku yang takde dalam skrip asal...


GEDEBUB!!!!!!..adeh,aku tergelecek masa landing kaki.tambah plak ter'landing' kat lopak.

aku terus je bangun berdiri macam xder ape2.Mujur le masa tu orang xdela ramai sangat tunggu bas kat situ.Aku buat bodo je..kawan2 pn datang,terkejut.Dorang cakap :" Wei, hampir2 kena pijak dek tayar bas!!!"Enta ok ke?

Aku senyum selamba :" Alhamdulillah xde pape (masa tu aku rasa lutut aku semacam je, terketar2)


Aku cuba nak berjalan tapi terketar2 juga.Nak angkat kaki rasa semacam.sakit bila dibengkokkan.Adeh cne nak jalan ni.Aku tercegat je.


"Enta boleh jalan ke?Biar kami papah"

"Em xpe2.ok je ni,cuma seluar je terkoyak". sambil aku belek2 seluar yang terkoyak.selak sikit..alamak!!berdarah le plak.


xpela..sikit je.


Aku masuk majlis tu dalam keadaan selamba dg seluar terkoyak..Bahagian protokol plak letak tempat duduk aku kat tepi sebelah kiri,..dekat dengan tempat duduk untuk ppuan.

Ni x sedap ati ni sebab kesan sluar yg koyak sebelah kiri...so nampak dek para akhawat (ppuan), malu le..mesti ade yang tertanya2. Lalu aku tukar tempat duduk dengan kawan sebelah..biar aku dok ke dalam sikit..xdela nampak sangat. Masa kertas keje dibentangkan,aku dok asyik urut lutut aku..xleh nak bengkok..alamak..sakit lagi..sedih sedih..


Makan tengahari,aku jumpa dengan sahabat yang boleh mengurut..tp xsempat nak habiskan sebab aku pakai seluar...kalau pakai kain tu..mudah le nk urut..adeh..

Masa solat punyalah susah aku nak sujud n tahiyyat..sbb xleh nak bengkokkan lutut.huhu..


Dipendekkan citer, malam aku mnta ust Nik hantar aku balik..alhamdulillah dia kabulkan. Nak naik tangga untuk sapai ke rumah sewa aku..punyalah tinggi..tingkat 4 beb. Solat maghrib atas kerusi je...

Malam tu aku hubungi semua mereka yang expert dalam bab mengurut ni..tapi semua mereka ade kerja dan perjumpaan dengan beberapa orang dan ahli rombongan...adeh..ujian2.


Alhamdulillah paginya,adela sorang ikhwah datang untuk mengurut. Sekang dah lega sikit wlo masih lagi terasa sakit bila nak bengkokkan lutut. JAZAKALLAH khairan kathiran...


dan masa aku dok menaip ni pn, aku masih lagi tyerasa sakit..dah boleh bengkokkan sikit2 lutut ni..


Ujian Mu Ya Allah..


p/s : Len kali buat le aksi stunt yang giler2 lagi (pesanan dari kawan aku)

1 comments:

Nur Ekram Muhammad said...

hemo.. hemo..
ada gaya superman..:D
tapi.. alhamdulillah.. enta masih lagi Ok..

p/s: semoga tiada lagi kejadian sebegitu.. [sengih memanjang..]