Followers

Agama dan Bandar

Tuesday, December 11, 2012


Perkembangan Islam di Malaysia makin hari makin mengujakan. Bukan sahaja penerimaan masyarakat terhadap kepentingan hidup beragama, bahkan sambutan terhadapa majlis ilmu yang diadakan di mana-mana tempat amat menggalakkan.

Tika saya remaja dahulu, kebanyakan yang saya dengar, kehidupan di bandar amat teruk dan jelek. Kalau nak jaga agama, hendaknya berada di desa. Orang yang nak keluar ke bandar dan mencari rezeki di bandar, diingat berkali-kali supaya jangan dtinggalkan solat. Tidak kurang juga yang memandang serong pada yang nak berhijrah ke bandar.

Jika anak dara nak ke bandar, ada dialog sinis

"Eh anak kau ke bandar? Em kang nanti balik kampung bawa perut" 

Kalau anak teruna ke bandar, dialognya pun tidak kurang hebatnya

"Anak kau yang nak ke bandar tu, kang nanti jadi penagih"

Namun hari ini segalanya berubah. Saya rasakan kehidupan di bandar yang penuh cabaran inilah yang membentuk benteng ampuh. Kenapa di salahkan kehidupan dibandar?

Satu ketika dahulu, tahun 2002 saya pernah mengajar di sekolah agama swasta di Bukit Indah, Ampang. Ramai artis tinggal di situ. Saya masih ingat, aktor Redzuan Hashim berpagi-pagi menghantar anaknya ke sekolah agama tempat saya mengajar. Bekas penyanyi, Dr Sam juga biasa minum di restoran sekitar tempat saya mengajar. Amy Search (seingat saya) juga tinggal di situ. Alhamdulillah, artis di sekitar itu masih mahu menghantar anaknya ke sekolah agama.

Saya pernah menaiki LRT (kalau tak silap) dari ampang ke ibu kota. Dalam perjalanan, saya sempat bertegur sapa dengan seorang abang (atau pakcik sebab anak dia pun dah besar). Katanya

" Orang biasanya tak suka duk bandar, jam, bising,sosial. Saya pula beza, Saya tak boleh hidup selain di bandar. Saya akan sunyi jika duk di luar. Tak boleh hidup jika tak ada jam"

Wah. Hebat pakcik tu.

Sekarang saya ada sisi pandang yang berbeza. Bandar adalah pusat pertumbuhan dalam segala aspek. Aspek agama makin berkembang.

Jika di kampung sekarang ini ; menurut pemerhatian saya, suasana penerimaan dan sambutan masyarakat terhadap majlis ilmu lebih meriah. Banyak surau dan masjid terimarah. Jika di kampung, saya dapati makin suram. Mungkin sesuatu perlu dilakukan. Kebanyakan di kampung, masih belum mesra kanak-kanak. Jika ada ibubapa yang bawa kanak-kanak, pandangan sinis, mata menjeling ke arah sang ibu bapa. Saya pernah singgah di satu masjid bandar, dalam perjalanan balik ke Kelantan. 

"KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE MASJID"

Namun saya tidak menghiraukan 'iklan' tersebut. Anak saya berumur 1 tahun 4 bulan saya bawa masuk. Hasilnya, beberapa mata menjeling 'ganas'. Dalam hati saya berkata 

"Lantakla, aku tau apa aku buat".

Reaksi spontan saya. Ini dalam keadaan saya yang berpakaian 'sopan'. Siap berkopiah. Kalau orang yang berpakaian T-Shirt, berseluar jeans, apa agaknya keadaan mata mereka? Juling terus kot.

Bisikan itu bukan riya mahu pun ujub atau sombong tapi dari cara mereka memandang itu, menunjukkan mereka kurang mendalami sirah Nabi saw. Moga mereka mendapat hidayah dan terbaca sirah Rasulullah berkenaan Masjid Nabawi yang mesra kanak-kanak.

Hasil dari masjid/surau mesra kanak-kanak, maka kita lihat, anak-anak muda sudah mula mendekati masjid/surau. Perkara agama bukan boleh difikir dengan otak semata-mata. Ia perlu kepada penelitian menyeluruh kaedah-kaedah agama. Kemudian barulah minda/akal memainkan peranan.

Saya amat menghargai Us Syed Norhisyam yang gigih memperkatakan tentang peranan institusi masjid dan surau. Aktif memberi saranan dan cadangan untuk mengimarahkan rumah Allah. Memberi komentar dan kritikan membina.Tahniah ustaz..mewarisi ilmu dari ayahnya sang ulama ; Tuan Padang.

Moga rumah Allah akan terimarah di mana-mana. Mesra Alam......