Followers

Transformasi Alam Diri

Wednesday, March 31, 2010

Hari demi hari , diri akan berdepan dengan soalan cepu emas yang sama.

Sudah ada calon?
Bila nak kahwin?

Pada mulanya memang agak rimas dengan soalan sebegini, namun telinga sudah di'set' supaya buat-buat tidak dengar atau menerima je kunjungan soalan sebegitu. Pekak badak ke ape hehe..

Namun semenjak dua menjak ini, soalan sudah mula berubah wajah.

Pakcik sedang mencari calon untuk anak pakcik dan pakcik berkenan dengan kamu, jadi macamana?

Tak teringin ke nak jadi ahli keluarga rumah ini?

Sebenarnya bermain minda saya, adakah orang yang akan menjadi mawar jiwa ini akan dapat menerima saya seadanya?

Saya maklumi, calon yang diperkenalkan datang dari keluarga yang agak selesa kehidupannya . Senantiasa ada masa bercuti bersama keluarga, bersantai setiap minggu . Jika dia menjadi suri hati saya nanti, adakah dia mampu sesuaikan diri dengan kehidupan kampung saya?

Rumahnya yang selesa untuk didiami, siang dan malam sama sahaja sedangkan jika dia menjadi sebahagian keluarga saya, mampukah dia bertahan dalam sebarang cuaca.

Seekor nyamuk pun tidak pernah bertandang ke rumahnya, dan pabila dia jejakkan kaki ke rumah saya, mampukah dia menyedekahkan setitis darah bagi rezeki sang nyamuk?

Saya punyai seorang ayah yang sering sakit dan banyak karenah. Tahankah dia dengan situasi yang sebegini?

Saya punyai seorang ibu yang jiwanya kekampungan, bolehkah dia hayati sifat orang kampung?

Saya punyai hati dan jiwa untuk dihadiahkan kepada bakal bidadari saya di dunia, itu sahaja, kemewahan dan keselesaan hidup tidak termaktub dalam manifesto saya.

" Sediakanlah tempat tinggal untuk mereka (isteri kamu ) di mana kamu diami mengikut kemampuan kamu, dan janganlah kamu susahkan mereka dengan tujuan untuk menyempitkan mereka "
( Attalaaq 65 : 6)


Saya bukanlah seorang cerewet dan pemilih. Jika dia belum bersedia untuk itu, saya juga tidak akan memaksanya bahkan lebih selesa untuk terus berstatus 'azib' dan berkhidmat untuk ibu bapa saya .

Uwais Al Qarni sanggup tidak ke mana-mana sekalipun menanti sesaat untuk berjumpa RasuluLLAh saw hanya kerna ingin berkhidmat pada ibunya .

Jom Heboh Semakin Hampir

Monday, March 22, 2010


Semakin ramai bercakap-cakap berkenaan Jom Heboh di Kelantan yang akan bermula pada 26 dan 27 Mac ini . Penganjuran kali ini memberi impak besar . Rata- rata bukan semua yang menerima kehadiran 'rombongan' Jom Heboh.




Semasa dalam perjalanan ke Cameron Highlands , topik utama yang dibualkan kami sekeluarga ialah Jom Heboh.


" Eh oghe nak wak nyanyi plok ko di kelate?" Maksu memulakan
bicaranya


Kalu lagu tu, tokse eh kito , tambah maksu lagi


" Hola, tapi buke nyanyi hok tino tuh tapi nasyid, pah pulok jate lako"
celah Abang Mat, sepupu saya.


" Mawi maghi jugok ko?" saya mula bersuara


Dio dop maghi, tak keno jadual dio" jelas Abang Mat lagi. Beliau agak arif
tentang perjalanan kerajaan Kelantan, maklumlah Pengerusi Tabung Tok Kenali yang
menggantikan YB Saifudin Nasution.




Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam itu, tidak terasa dek topik hangat.


Apa yang dapat disimpulkan ialah bukan semua rakyat Kelantan sukakan hiburan. Walau pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Kerajaan Kelantan tentang kawalan hiburan, namun hakikat sebenarnya, rakyat Kelantan bukannya yang jenis 'terhegeh-hegeh' untuk menerima dunia hiburan .


Kewujudan sekolah agama yang bertaburan dan juga tradisi rakyat kelantan yang meneruskan legasi pengajian pondok adalah tunjang utama mengapa mereka tidak kisah jika tidak dimomokkan dengan hedonisme. Tanpa petikan gitar mahupun alunan melodi piano, mereka tetap dihiburkan dengan alunan ayat suci, melodi zikir dan sebagainya .


Ada atau tidak Jom Heboh sama sahaja .


Apa pun, kita menyambut baik jika format Jom Heboh ditukar, selaras dengan Enakmen Kawalan Hiburan di Kelantan. APatah lagi Tok Guru Nik Aziz diberikan slot ceramah pada program itu nanti. Sama-sama kita ramaikan program ceramah Tok Guru!!!!!


Kahwin : Ada Cemburu?

Friday, March 12, 2010

Musim cuti sekolah di Malaysia telah bermula. Rata-rata yang paling gembira ialah pelajar. Tentunya para pendidik turut rasainya.



Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SIjil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.



Tidak terkecuali , mereka yang bakal mendirikan rumahtangga, semoga berbahagia hingga ke syurga insya ALlah. Ramai juga dikalangan para sahabat yang dan kenalan yang berumahtangga musim cuti ni.

Berkeping-keping undangan majlis perkahwinan diterima . Ada juga yang tangguhkan majlis kenduri, hanya sekadar akad je dulu, walimahnya, tunggu dulu . Istilah nikah gantung le tu hehe.

Usikan kawan-kawan dan sahabat tentang diri ini juga agak nakal. Namun telinga ini sudah betah.

" Eh dah berumah ke belum ni" tanya seorang sahabat.

" Rumah dah ada, umah mak ayah hihi" Spontan je dengan muka tak bersalah.

" Isk, serius la sikit, enta dah lebih dari patut dah ni , rugi betul kalau enta tak kahwin awal"

" Aha, ejas la adik enta untuk ana ni :p "

" Nak ke? ejas la sendiri, ni amik no hp"

Isk isk ada ke patut .

Teringat kisah Umar Al Khattab ra tika Hafsah kehilangan suami, beliau menawarkan kepada para sahabat untuk mereka kahwini puteri beliau dan akhirnya dikahwini oleh RasuluLLAH SAW. ( opss, jangan salah faham - zaman cyber ni, orang mudah prasangka buruk- saya bukan hendak samakan diri dengan RasuluLLAH, juga bukan hendak berkahwin dengan tsayyib )

Zaman sekarang bagaimana? Anak-anak yang mencari pasangan hidup masing-masing, ibu bapa hanyalah mengiyakan sahaja. Itu yang biasa kita dengar bahkan ia adat zaman moden. Pun begitu masih ada segelintir yang berperanan menjodohkan anak mereka tapi awas, janganlah pula dikahwinkan anak yang masih di alam sekolah rendah!!! Sunnah ke?

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DI MUSIM CUTI SEKOLAH INI

Kematian : Pengerat Hubungan

Thursday, March 11, 2010

Kematian dan makhluk umpama isi dengan kuku, tidak boleh dipisahkan. Kematian adalah pintu perpisahan dengan kaum keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan kenalan .

Kematian akan memutuskan segala kelazatan dan nikmat dunia . RasuluLLAH SAW sering mengingatkan umat agar sentiasa:


" Ingatilah pelebur kelazatan; iaitu MATI"

Benar, seseorang yang mengingati kematian, pasti gementar jiwa raga, hatinya luluh, resah bercampur gelisah .

Itu pada sisi mereka yang berfikir tentang kematian. Namun jika kita lihat pada pandangan yang lain, bila berlaku kematian, ia sebenarnya penghubung tali persaudaraan. Mungkin pengerat hubungan.

Pengalaman yang dilalui sendiri tempoh hari ( juga sebelum ini ) mengesahkan 'teori' ini .

Datuk sepupu meninggal tempoh hari dan saya sempat menziarahi juga bersolat jenazah untuk arwah. Ketika hendak menghidupkan enjin kereta, ma melambai-lambai supaya datang ke arahnya.

Rupanya ma ingin perkenalkan sepupu arwah datuk yang tinggal di Dewan Beta . SubhanaLLAH, rupanya orang yang saya sapa sebelumnya tadi ialah sanak saudara saya. Panjang bualan kami. Maklumlah pakcik tu pun dah bercucu yang belajar di Kolej Masterskill Kota Bharu ( baru sahaja berhenti sebab masalah kewangan )


Apa pun, saya bersyukur kerana ada hikmah (kalau boleh gunakan perkataan ini ) di sebalik kematian. Bukan satu ini sahaja peristiwa yang saya sendiri alami tika ada kematian bahkan banyak kali.

Itulah yang saya katakan, KEMATIAN PENGERAT HUBUNGAN



Saya juga yakin, bukan hanya majlis kematian sahaja yang mempertemukan sanak saudara tapi juga Hari Raya dan Majlis Perkahwinan .

Ma selalu bercerita, jika Hari Raya, biasanya akan ke Thailand, menziarahi sanak saudara, atau mereka dari Thailand bertandang ke Kelantan. Tatkala nenek ada, ziarah menziarahi agak rancak, namun setelah ketiadaan orang tua, amalan itu kini berkurangan.

Teringat akan sabda RasuluLLAH SAW :

" Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, atau dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia hubungkan silaturrahim"

Ayuh, kenali dan hubungkan tali persaudaraan dengan sanak saudara kita