Followers

:: Sketsa ::

Sunday, November 1, 2009

Encik Ba berlari-lari ke tempat tinggalnya. Dalam kepalanya banyak fikir. Masih belum terungkai kebanyakkan yang di a fikir. Dia kali ini nekad ingin bertanya, biarpun kaumnya akan mengejek-ejek akan soalannya itu.


Puan Bi masih menyusukan anak-anak. Comel pula anak-anak mereka kali ini . Puan Bi yang leka menyusu, tiba-tiba tersentak. Dia lihat pasangannya itu mundar mandir. Sudahlah pulang dalam tergesa-gesa, mundar mandir pula. Kehidupan mereka selama 3 tahun ini, tidak pula kelihatan suaminya sebegitu . Semua tenang. Okey sahaja.


“ Abang, rungsing sahaja kelihatan pada riak wajah abang, tidakkah mahu berkongsi rasa?

Encik Ba tahu, isterinya amat kasih padanya. Dia bahagia . Dia bangga

“ Aku sudah lama fikir perkara ini, dari awal tahun lagi, namun tiada aku jumpa jawapan”


Puan Bi senyum. Setahunya, Encik Ba bukanlah ahli fikir. Encik Ba hanyalah makhluk biasa yang hidup berlandaskan tabiat alam mereka. Bahkan Puan Bi tidak pernah ikuti mana-mana perjumpaan tergempar kaum mereka untuk berfikir . Kaum mereka bukanlah dicipta untuk berfikir. Kaum mereka hanyalah perlu ikut aturan alam.Itu Sahaja.Jadi apa perlunya Emcik Ba berfikir?


Aku akan jumpa ketua kaum kita di sini untuk bertanya” Encik Ba luahkanhasrat hatinya


Encik Ba beredar. Qasadnya untuk bertemu ketua di hujung tanah ini. Ketuanya bukan sahaja penyayang, bahkan mengambil berat terhadapa anak buahnya. Kalau hendak digantikan dengan yang lain, kebanyakan kaumny atidak setuju. Hanya itulah ketua mereka. Nan satu, tiada tara.


“Tok Ketua, aku punyai hajat, yang aku pendam sejak lama,” Suara Encik Ba tiba-tiba menerjah telinga Tok Ketua

“ Wah, Encik Ba rupanya, terkejut aku. Kalau aku ada penyakit jantung, mahu mati aku dengar pekikan kamu “



Encik Ba tersengih . Telinganya tidak pernah terdengar ada kaumnya yang punyai sakit itu.Tidak. Yang terdengar semenjak dua menjak ini, hanyalah yang cirit birit terkena renjatan pagar eletrik sekitar lading getah atau sawit.Itu sahaja. Yang lain pula mati sebab usia. Nanti Tok Ketua pun akan menyusul juga.


“ Apa hajat kamu Encik Ba?”

“ Tok Ketua, aku punyai persoalan, masih belum terjawab walau sudah lama aku fikir”

“ Iya, khabarkanlah”

“ Tok Ketua, kenapakah manusia sering salahkan habitat dan makhluk lain bila berlaku bencana?”

“Maksud kamu?”

“ Beberapa tahun dulu, kaum burung disalahkan. Manusia namakan sakit mereka ‘selsema burung’. Sekarang mereka namakan penyebab kematian mereka, ‘selsema BABI, bukankah itu satu penghinaan terhadap kaum kita?”

“ Apa kaitan kita?, Sejak dahulu, kita dipuja ramai. Hanya Orang Islam sahaja tidak menjamah kita. Kita juga rasa selamat, kerana Orang Islam itu sepertiga dunia tidak meratah kita”

Tok Ketua ketawa berdekah. Wah, dahsyat juga hilai dari TokKetua.Bingit telinga Encik Ba.

“Memang itu sifat manusia, kesalahan tidak mahu dituding pada mereka. Tidak mahu akui kesilapan dan dosa”

“ Tuhan melarang manusia untuk menikmati tubuh kita, tapi itulah yang dilaku mereka. Tuhan cipta kita untuk menguji manusia, tapi manusia menyusuri jalan celaka. Kita disiat-siat, untuk hidangan istimewa kata mereka”


“Tapi Tok Ketua, jelek bunyinya pabila Tuhan haramkan kita untuk manusia.Kaum kita dituduh pengotor, tidak bertamadun”

“Tuhan itu Maha Adil. Dia tidak mencela kita, walau kita sebegini rupa. Kita juga tidak mengeluh, bahkan syukur pula .Tuhan yang cipta semua, sakit segar, itu hak-NYA. Tuhan juga yang uji manusia melalui kita”

“Selsema BaBi?”

“Itu kerna manusia berdosa mungkin. Larangan Tuhan banyak dicabuli, perintah Tuhan tolak ke tepi”

“Kaum kita akan pupus, semua akan mati.Manusia bunuh kaum kita, guna racun, guna jarum. Mereka gali lubang untuk humban kita”

“ Hidup dan mati, kembang biak dan pupus itu perancangan Tuhan. Seblum ini kita tidak tahu kita dicipta, sementelah juga kita tidak tahu kita mati bila. Tuhan ada kuasa, Dia penentu segala”


Encik Ba angguk-angguk. Faham barangkali. Encik Ba sengih pula. Hatinya kini makin tenang. Tiada lagi yang harus dia fikir. Dia kemudian berlari-lari lagi. Ingin maklumkan pada Puan Bi bahawa hatinya telah hilang bungkam. Hatinya kini girang. Bukan salah kaum mereka, bukan dosa kaum mereka. Manusia yang alpa. Puas, hatinya benar-benar puas. Hebatnya Tok Ketua, tidaklah mengaji tinggi tapi buah katanya tetap bermakna……


p/s: tulisan ini bukan menghina sesiapa, apa jua persepsi pembaca, penulis tidak bertanggungjawab;)

0 comments: