Followers

:: BAGAIMANA JIKA.....:::

Tuesday, December 25, 2007

Suatu petang di kala anda (lelaki perempuan tu, kias sendiri la ek) asyik leka menonton video klip penyanyi pujaan anda di komputer anda, tiba-tiba loceng pintu berbunyi

"Isk..sape la yang datang..time camni jgk le dia datang"

Anda membukanya lantas bertanya,

"Siapa?"
"Muhammad bin Abdullah,Rasulullah"
"Hah?"
Betul?!!!! Ternganga
" Aku datang menziarahi kamu kerana kamu mendakwa adalah umatku"

Anda terlopong, jika benar dia Rasulullah..
Alamak!!! komputer aku masih terpasang video klip

" Er sekejap ye.." Lantas anda berlari untuk off kan pc anda

Ok dah.Senyum. Isk!! Gambar sekeliling bilikku, artis pujaan, penyanyi, pelakon.
Kena tanggalkan ni!!Em dah kemaskan.. LOceng berbunyi sekali lagi
Ingin anda buka..Eh!! Tv ni plak terpasang, alamak ..Tentu Rasulullah tak suka ni..off jgk le

Senyum..Em dah boleh buka pintu..
Rasulullah mahu masuk
Handset anda tiba-tiba berbunyi, ringtone'nya lagu juga..bukan nasyid, tiada zikir.
Geramnya ..sape pulak yg kol ni..
Isk..my kapel laa (sorry sayang..kena matikan hp, takleh agkat ni)
Malunya, tadi bunyi ringtone, muzik lagi (jangan le ditanya Rasul ape/siapa tu)

Rasulullah tenung anda...
Berdebar juga.Adoii, aku segan..Kuku!Alamak aku simpan kuku panjang la pulak. Ala satu jari je ni..Isk harapnya Rasulullah tak terpandang
Rambut?Adehh..panjang melebihi yang Rasullullah punya laa.Ade warna lagi..Mengerbang lak..

Rasulullah tak nak masuk ke?Em..
Tiba2 anda terpandang lak..Hah!! Patung binatang kat dalam rumah.Camane ye?

Ohya..Aku belum solat lagi laa..Aduhai..janganla Rasul tanya tentang tu..

Rasulullah seakan-akan hendak beredar..Legakah hati anda?Riangkah?atau Sedih tika Rasulullah enggan masuk, bahkan beredar terus?

p/s
Mungkin ini satu gambaran yang anda fikir dan rasa tidak logik :-

1. Rasulullah dah meninggal, macamane nak datang..
Memang telah meninggal namun adakah mustahil jika ini terjadi?Jika terlampau jauh untuk diterima, bukankah Malaikat di kanan kirimu ade?Mereka menulis segalanya bukan?Dan lagi, ini hanyalah andaian..jika berlaku bagaimana?

2. Macamana leh tau yang tu betul2 Rasulullah?:
Kalau anda belajar tentang sifat dan rupa Nabi SAW anda takkan bertanya soalan ini. Kalau anda belum mempelajarinya..Silalah belajar

3.Rasulullah takkan datang jumpa mereka yang berdosa, jadi ni takkan berlaku:
Rasulullah akan dapat dilihat dalam mimpi, tidak kira sama ada dia berdosa atau tidak. Takwilannya,terpulang kepada sifat dan amalan individu.

4. Itu kalau mimpi, ya. Kalau secara sedar tak akan ade :
Kalau mimpi pun ade yang boleh lihat, tidak mustahil di sisi Allah, ia boleh berlaku di alam realiti cuma belum berlaku.

0 comments: