Followers

Tundukkanlah Pandanganmu....!

Thursday, September 27, 2007

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tidak ada yang lebih menguntungkan dibandingkan menundukkan pandangan bagi seseorang daripada melihat apa yg tidak sepatutnya dilihat.

Saidina Ali bin Abi Talib ditanya tentang apa yang dapat membantu sesorang untuk menundukkan pandangannya. Beliau berkata, “Kepasrahan pada kekuasaannya yang mengetahui segala rahsiamu. Mata adalah pancaran hati dan cerminan akal, kerana itu tundukkanlah pandanganmu dari apapun yang tidak disukai oleh hatimu dan dari apa pun yang dianggap oleh akalmu tidak patut”.

Sabda Nabi s.a.w:

“ Tundukkanlah matamu dan kamu akan melihat keajaiban-keajaiban”.

Allah swt berfirman:

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pendangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

- (Surah An-Nur ayat 30)

Nabi Isa a.s berkata pada muridnya. “Waspadalah untuk tidak melihat hal-hal yang dilarang, kerana itu merupakan benih nafsu dan menuntun kepada perilaku yang menyimpang.”

Seorang cerdik pandai berkata. “Aku lebih memilih kematian daripada memandang sesuatu yang tidak perlu”.

Abdullah bin Mas’ud berkata kepada seorang lelaki yang mengunjungi seorang wanita pada saat wanita itu sakit. “Akan lebih baik olehmu untuk kehilangan matamu daripada mengunjungi wanita sakit itu.”

Setiap kali kita melihat pada sesuatu yang dilarang, sesimpul nafsu dikaitkan pada hati kita, dan simpul ini hanya dapat dilepaskan melalui salah satu dari dua jalan ini, iaitu menangis dan menyesali dalam taubat yang sungguh-sungguh. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Pohonlah keampunan daripadanya. Islam menyeru kita untuk menundukkan pandangan bagi menjaga pandangan daripada melihat apa yg tidak patut. Ini semua adalah demi kemaslahatan dan kebaikan pada diri kita sekaligus pd diri orang-orang disekeliling kita juga.Semoga kita semua sentiasa didalam redha Ilahi.. Wslm

p/s: Hidup sia-sia tanpa amal, amal bermula dari hati bersih. Bersih hati maka bersihlah amalan. Jadi,peliharakanlah pandangan kita daripada memandang pd perkara yg tidak sepatutnya kerna ia akan mencalitkan kekotoran pada hati. Semoga kita semua menjadi hambaNya yg bertaqwa. Mulakanlah hidup ini dengan jiwa yg sebenar..

0 comments: