Followers

Risik

Sunday, September 9, 2007

Ramai orang berpandangan kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan. Tanpa perkenalan,mustahil cinta bertandang..Tanpa percintaan,mustahil keserasian dikesan. Mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan.

Taaruf itulah mendedahkan keserasian. Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘keserasian’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan. Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan. Bukan taaruf melalui bercinta sakan.

Islam mengajar keserasian dengan ajaran Tuhan. Bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta Al-Rahman menjana kebahagian. Lantaran itulah, batasanNya tidak boleh dipermainkan..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya; Imam yang adil; pemuda yang membesar dgn beribadat kpd Allah; insan yg hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah; mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata; ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’; insan yg bersedekah dgn cara yg tersumbunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.

“ Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(Riwayat Muslim)

p/s: Cinta sejati itu berteraskan kepada redha Ilahi…

0 comments: