Followers

:: Lawak Di Ambang Imtihan::

Tuesday, April 14, 2009

Satu malam tika ana asyik berdiskusi kitab 'nusus' tahun 4 Kuliah Ain Syams, 'mailbox' handphone berbunyi dari kerabat ana di Alex (Iskandaria)

"Ustaz, betul ke ape yang ana dengar ni?..byk jg berita yg ana dgr pasal ustaz ni.biasalah org ramai peminat..kdg ana xtau nk fikir macamane"
Terdetak di benak ana ni, apa pula kisah hangat tentang ana dekat musim imtihan ini..
Sahabat diskusi ana gelak je bila ana bagitau mesej td

Teringat sewaktu ana mula jejakkan kaki di bumi Mesir awal 2007, hampir imtihan fasal kedua, tersebar 2 cerita sensasi tentang ana.
Yang pertama, ana meninggal..(mati i jangan memain)..Keluarga ana di malaysia menerima panggilan telefon menyatakan Md Saiful (ana la) telah meninggal di Mesir. Terkedu mama ana,tak terkata. ABah yang sedang sakit, menangis .Jiran dan rakan-rakan, diberitahu,ramai datang rumah ana untuk takziah..Memang la orang yang buat lawak tahap apa tah, tak pernah fikir perasaan orang ke??

Yang kedua...di Mesir, ana taqdim (pinang la kiranya) dua orang akhawat sini sekaligus dalam masa yang sama. Wah hebatnya ana ni,boleh buat macam tu. Mulanya naik bengang juga dengan berita ni, maklumla kita ni tidak biasa .lain la kalau sang artis, dah masak dengan dunia gosip..lagi la glamour ( tak nak populariti murahan)

Namun atas nasihat seorang sahabat dan adik sedaerah (tapi meneteap di Kuala Lumpur, gosip tu ana biarkan.

Setahun selepas itu pada 2008, di saat sibuk nak menghadapi imtihan fasal 2 juga, timbul kembali gosip (fitnah) tentang ana..kali ini agak memberi kesan terhadap perancangan yang sedang ana jalankan. Nun di malaysia sana, wakil ana sedang berbincang dengan keluarga perempuan. Wakil itu amat marah pada ana kerana sampai ke telinganya, ana sedang 'usha' akhawat lain. AstaghfiruLLAH!!!! Ana tidak tahu menahu fitnah itu wujud di sini, sedang wakil sudah terima berita itu. Pelik bin ajaib. Akhirnya, perancangan tidak menjadi kerana keluarga perempuan tidak mengizinkan

Peristiwa gosip (fitnah/lawak antarabangsa) kembali lagi pada tahun ini (2009)dengan mengatakan ana sedang dalam proses dengan seorang akhawat luar kelantan. Ana berang betul pada mulanya, tapi alhamduliLLAh nasib baik anak babah nasihat :

"Allah menguji hamba-NYA dengan kenikmatan dan dugaan. Diuji kita hingga kita merasa buntu menghadapi kehidupan.Sabarlah wahai hati,Allah memilihmu kerana ingin dirimu dekatpada-NYA. Mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan merasa manisnya sebuah kehidupan..InsyaAllah(",)"

Aku tersenyum sendirian tatkala ada mesej dari seorang sahabat :

"Tu laaa..ore surh bini bnyok alase..gotu la, go ni la"
Di terjemah kepada ( itulah, kita suruh kahwin, banyak alasan, itu la ini la)

Tersenyum lagi kerana kata kerabat thai " SENYUM SEINDAH SURIA"

0 comments: