Followers

::Azhar Bergegar Lagi::

Wednesday, May 30, 2007

Harus Penyusuan Terhadap Rakan Sekerja??

Azhar bergegar sekali lagi. Kalau dulu Syeikhul Azhar sendiri iaitu Tantawi, telah mengeluarkan fatwa bolehnya bermuamalat dengan muamalat riba (di malaysia juga saut ketika dulu pernah ade sorang pensyarah UM yang kuarkan kenyataan boleh ).



Kali ini masyarakat di Mesir ini dan umat pelajar; utamanya pelajar Malaysia digegarkan balik dengan kenyataan yang dikira sebagai satu perkara yang besar. Ape dia?

Fatwa dari Ketua Jabatan Hadis di Universiti Azhar telah keluarkan kenyataan sebagaimana berikut:



" Harus bagi mana-mana wanita yang bekerja, menyusukan rakan kerja lelakinya bagi membolehkan mereka bekerja dengan lebih selesa, tanpa batasan aurat sebagaimana mereka berada bersama dengan mahram mereka".



Beberapa dalil diberikan, yang paling kuat ialah dalil hadis yang terdapat dalam Sahih Bukhari :

(maaf aku tak ingat kat mana rujukan tepat, jadi aku nukilkan mafhumnya)



" Abu huzaifah ra mempunyai seorang anak angkat (yang asalnya hamba kepada beliau)yang dinamakan Salim. Setelah turunnya ayat tentang haram mem'bin'kan anak angkat kepada ayah angkat dan batasan anak angkat adalah tidak sama dengan anak sendiri, beliau dan isteri ( Suhailah binti Sahl) terasa susah untuk mengawal aurat. Lalu Abu Huzaifah bertemu Nabi saw untuk bertanya tentang permasalahan ini. Nabi seterusnya menyatakan supaya Salim disusukan oleh Suhailah (isteri Abu Huzaifah) bagi menjadikan beliau sebagai anak susuan."

Ketika itu Salim merupakan seorang yang telah dewasa.(telah melebihi umur 2 tahun)

Dalam permasalahan ni, memang ade ulama yang telah haruskan penyususan terhadap mereka yang melebihi umur penyusuan bayi. Sebagai contoh Ibnu Qayyim rahimahuLLAH, dan gurunya Ibnu Taimiyyah. Namun perlu kita tengok alasan (illah) kepada fatwa mereka itu. Setiap fatwa bukan boleh diamalkan sewenang-wenangnya sepanjang zaman. Ia mungkin berubah pada setiap tempat,keadaan,alasan dan syakhsiah seseorang.

Pertama sekali kita nak lihat kata-kata ulama tentang hadis tersebut:-

Imam Nawawi rah, dalam permasalahan hadis tersebut menyatakan ianya KHUSUS untuk Abu Huzaifah sahaja. Ini beerti ianya tidak boleh diguna pakai oleh semua orang dan menjadi sandaran hukum umum. (Sila lihat syarah Muslim oleh Imam Nawawi bab Penyusuan )

Dan lagi, qiyas yang digunakan untuk mengharuskan penyusuan kepada lelaki sekarang ini, amat jauh perbandingannya untuk diqiyaskan. ini kerana :

a. Salim merupakan seorang yang dijaga oleh Abu Huzaifah dan dijadikan anak angkat, manakala lelaki di pejabat/tempat kerja bukanlah seorang hamba atau anak angkat

b. Salim sekalipun telah melepasi umur penyususan tetapi masih lagi diandaikan (mengikut salah satu dari pandangan ulama)berumur kurang dari 15 tahun (dengan kata lain, belum baligh)

c. Adakah keadaan begitu terdesak bagi perempuan sekarang untuk bekerja? Sedangkan Salim ketika itu memang bekerja untuk keluarga Abu Huzaifah, yang memerlukannya sentiasa kuar masuk rumah.Bukan wanita yang pergi ke tempat kerja.

Tambahan pula Syeikh tersebut nyatakan boleh menyusu pada tetek wanita tersebut. SubhanaLLAH!!!!!

Kenapa begini? Dalam Hadis dinyatakan Salim menyusu bukan terus dari tetek Suhailah, bahkan Suhailah meletakkan dalam bekas yang kemudian diberi kepada Salim

Besar kesannya kepada masyarakat sekiranya fatwa sebegini dikeluarkan tanpa terlebih dahulu dibuat perbincangan sesama ulama. Tambahan pula institusi Al Azhar yang memang diiktiraf dan akan diikuti segala fatwa yang dikeluarkan olehnya.

Ya Allah semoga kebaikan umat Islam dan keamanan mereka terpelihara

0 comments: