Followers

:: Pulangnya Seorang Sahabat ::

Tuesday, July 28, 2009

Pada post kali ini, saya tidak bercerita panjang, biarlah gambar-gambar ini berbicara



antara adik-adik yang datang ziarah


rakan-rakan yang ingin wida'


bersama kesemua housemates kami


sebelum check in


Akan menyusul lagi beberapa ahli bait yang akan pulang ke malaysia pada minggu-minggu akan datang. Hanya seorang sahaja yang akan menjadi penunggu setia rumah sewa kami. Siapakah dia?

:: Ramah Mesra Bersama Tetamu :::

Saturday, July 25, 2009

YDP KPKM menyampaikan cenderahati buat Sohibul Fadhilah dato Timbalan Mufti



Malam bersama tetamu dari Malaysia di Rumah Kelantan Baru



Ada 4 penceramah malam itu, iaitu Sohibul Fadhilah Dato' Timbalan Mufti, wakil YADEIM, wakil dari Bahagian Guru Takmir, juga seaorang lagi yang tak ingat namanya



Alhamdulillah secara amnya , saya tertarik pada ucapan ustaz Zamri selaku wakil Bahagian Guru Takmir Kelantan (under JAKIM). Beliau menyebut peri penting ilmu dan berpersatuan



Sesi soal jawab, saya bertanyakan beberapa soalan :



  • Apakah hubungan Jabatan Mufti dengan MAIK ?


  • Apakah YADEIM ada bekerjasama dengan Persatuan Cina Muslim dan Persatuan India Muslim serta beberapa persatuan Islam yang lain? Diberitakan beberapa persatuan dipinggirkan



  • Pengislaman orang asli yang kemudiannya ditinggalkan tanpa tindakan susulan, sebagai contoh meletakkan guru pembimbing dengan elaun agak tinggi atau apa-apa sahaja


  • Adakah bahagian guru Takmir ada hubugan dengan guru halaqat. Bagaimanakah pemilihan guru Takmir yang jika dilihat ramai tetapi kurang menepati tahap keilmuan yang diinginkan



Kesemua soalan dijawab secara rambang sahaja. Utamanya dalam masalah orang asli, hanya difokus di kelantan sahaja sedangkan kelantan kita tidak gusar kerana kerajaan Negeri sudah sediakan elaun dan beberapa keistimewaan bagi mereka yang hendak ditugaskan ke kawasan orang asli



Seterusnya berkenaan dengan pertemuan dengan Persatuan Cina Muslim dan sebagainya, hanya pertemuan peribadai sahaja sedangkan ustaz Husin Yee dan juga Ustaz Ridhuan Tee pernah suarakan tiadanya sokongan dari agensi seperti ini terhadap mereka.



Keinginan saya untuk menyoal balik terbantut berikutan pengerusi menutup sesi soal jawab kerana masa yang agak lewat ( jam 11.30 malam)

:: Berakhirnya BAZARIA ( Hilang Penat ) :::

Bazaria telah berakhir, sepanjang empat hari berkampung di Rumah Kelantan Baru, terasa kepenatan yang amat.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar



para ikhwah yang sedang menunggu pesanan


Pada hari terakhir, saya tidak dapat menjaga gerai selepas maghrb kerana perlu mengisi slot kuliah buat adik-adik matrik azhar di awwal sabi'.



akh Hariz, yang setia menanti di gerai. Dialah yang bertungkus lumus membantu jazakaLLAH


Pepun sejurus selepas kuliah, saya memohon pertolongan akh syazwan untuk menghantar saya ke bazaar selat melak dii rumah Melaka, ada hagah dari ketua kelas 4 Syariah banat Kaherah. JazakiLLAH kerana masih ingat saya.



suasana sibuk di gerai-gerai


Sejurus menerima hagah, saya terus bawa (saya hanya pembonceng) ke Rumah Kelantan, dan akh memesan Nasi Lemak Ayam Pedas, juga semangkuk ABC special.

Kami berbual di situ agak lama sambil ditemani Ustaz Faisal. Waktu operasi gerai pada malam terakhir masih rancak dan akan ditutup jam 11.30 malam



bersama housemate, dari kiri, akh Bahruddin, SyehHasnul, Ust. Faisal, penulis dan akh Bukhari



ps: Terima kasih kepada yang sudi membeli di gerai kami, juga kedengaran ada yang mendapat laksa yang 'lama', saya memohon maaf kerana malam itu, saya tidak berada di gerai, tetapi dijaga seorang sahabat. Kepada yang terlibat,bolehlah menuntut balik wang anda

:: BAZARIA ::;

Monday, July 20, 2009

bersama exco lajnah Ekonomi KPKM, ust Suffian Kadir


Coretan kali ini lebih berkisar pada Bazaria KPKM. Walau pada awalnya saya tidak betah untuk meneria tawaran Lajnah Ekonomi KPKM, namun atas dasar ingin bersama-sama meriahkan suasana, saya menerima tawaran itu.


Bazaria akan berlangsung sepanjang 4 hari bermula 18 hb- 21hb Julai.


Asalnya menu utama ialah Nasi Beriani namun diberitakan ada gerai lain yang sudah menawarkan Nasi Beriani ( Nasi Kromok??). Pada ilmu saya, Nasi Beriani dan Nasi Kromok, lain rempahnya, tetapi akur dengan penender tersebut, saya mengalah.



Proses undian gerai dijalankan, saya mendapat gerai No 5



ni siapa ye? bubuh banyak sikit akh, nanti kena komen


Menu gerai 5 ialah:

  1. Nasi dagang
  2. mee bandung
  3. laksa/laksam
  4. pasembur



Hari pertama amat memenatkan saya, bayangkan gerai yang sepatutnya dibuka pada jam 10 pagi, hanya dapat dibuka pada jam 1.30 pm .. huhu baru tahu betapa penatnya buat kerja tanpa bantuan sahabat, pepun jazakaLLAH kahiran kathiran pada akh Baharudin kerana bertungkus lumus ulang alik dari rumah kami ke RKB.


Hari kedua (2) agak kurang penatnya pabila sudah dapat merancang dengan lebih kemas,

Saya menerima komen yang pelbagai dari pelanggan antaranya Nasi dagang yang terlalu banyak dan mahal, juga kekurangan beberapa bahan dalam menu yang sama.


Insya Allah saya terima teguran, harga sudah dikurangkan dan masalah kekurangan bahan ialah kerana tugas menyediakan tempahan menu diserahkan kepada rakan yang mungkin kurang biasa. Pepun terima kasih atas semua kritikan.


Memang dalam berniaga, perlu jujur dan banyak tasamuh dengan pelanggan. Teringat hadith Nabi SAW yang berbunyi :


عن أبي سعيد عن النبي صلى الله عليه وسلم قال التاجر الصدوق الأمين مع النبيين والصديقين والشهداء

Maksudnya : Daripada Abu Said alkhudri ra, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Peniaga yang benar lagi amanah akan bersama para Nabi, Siddiqin (yang benar) dan para Syuhada'

( hadith Riwayat Tirmizi)



Kepada teman sahabat handai, sila la datang ke BAZARIA KPKM..beli banyak-banyak ek, utama menu gerai no 5 :d



Moga apa saja bidang yang kita lakukan, tidak terkeluar dari landasan agama




sekadar hiasan- Haziqah Ula bt Abdul Azib




::: Sketsa :::

Wednesday, July 15, 2009

bersama akh amin ( 2 dari kanan) yang akan berlepas



Dua malam berturut-turut saya ke airport kaherah. Menjadi musyrif bagi akhawat yang hendak ke sana, di samping saya juga pingin ketemu sama teman yang akan berangkat pulang

Waktu berlepas menggunakan flight egyptair ialah jam 4.50am. para penumpang dikehendaki berada di sana jam 2.00am.



rasanya akhawat (pengiring) paling ramai berbanding ikhwah


Macam biasa, suasana d airport kaherah, bila musim sebegini (bulan 6,7,8 ) sememangnya akn dipenuhi dengna rakyat Malaysia.

Yang tolong hantar teman ke airport (macam pengiring mungkin) sememangnya berkali ganda berbanding yang nak balik.



bandingkan dengan akhawat..::)



Dalam kotak minda, terlintas bahawa, keuntungan utama egyptair datangnya dari rakyat malaysia ( atau mungkin airport terbaru ini siap hasil 'sumbangan' rakyat Malaysia :p)

Mungkin satu hari nanti (dalam masa terdekat) saya juga merupakan penyumbang kepada hasil pendapatan egyptair….hehe




::: Jaulah ala AJKT :::

Friday, July 10, 2009


Semalam bersama dengan seorang saudara, saya bertolak ke Iskandariah (Alexandaria). Van yang kami naiki mula jalan tepat jam 12.30pm dan lebih kurang jam 2.30pm kami diturunkan di " Amiriyah" yang kami pun tidak pernah kenal, tersadailah kami di situ hampir sejam sebelum menaiki bas mini ke mauqaf kabir (hentian besar) untk mengambil van lain ke Asofiroh.



AlhamduliLLAH dalam jam 4.30pm barulah kami sampai di Suq Asofiroh ( Pasar Asofiroh) dan berhenti solat di situ. Seusai solat kami berjalan kaki dengan perut sudah mula 'memainkan gendang dan tarian'. Kalau sebelum ini saya datang ada yang sudi sediakan makanan tetapi kali ini, mata melilau mencari kedai haha..tapi tak apa, boleh mencuba masakan kedai kat sini.


Sebetulnya, kedatangan kami ke Alex, untuk menziarahi kawan, yang kini bergelar abu auni ( orang lain ade ke panggilnya dengan gelaran ni?, hentam jela), mungkin kami orang yang terkebelakang dalam senarai penziarah sebab dia sebenarnya dah hampir dua bulan mendapat cahaya mata . BAARAKALLAHU LAKUMA …TAHNIAH!!!!



Seputar keberadaan kami di rumahnya, saya teringat hadith Nabi SAW


عن ‏ ‏أبي هريرة
عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن رجلا زار أخا له في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا فلما أتى عليه قال أين تريد قال أريد أخا لي في هذه القرية قال هل لك عليه من نعمة تربها قال لا غير أني أحببته في الله عز وجل قال فإني رسول الله إليك بأن الله قد أحبك كما أحببته فيه


Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi SAW bahawa seorang lelaki ( di kalangan Bani Israel, dalam perjalanan untuk) menziarahi saudaranya (seislam) di kampong yang lain, lalu Allah SWT mengutuskan malaikat ketika perjalanannya itu, apabila malaikat datang, ia bertanya : kemana kamu hendak pergi?dia menjawab: Aku ingin bertemu saudaraku (seislam) di kampong ini.Malaikat bertanya: adakah kerana kamu ingin menuntut hak? Dia menjawab: Tidak, melainkan aku mengasihinya kerana Allah AWJ.Malaikat berkata: Aku adalah utusan Allah kepadamu (untuk memberitahu) bahwa Allah mengasihimu sebagaimana kamu kasih terhadapnya (saudara seislam)

( Hadith Riwayat Muslim no 4656)



akh Bukhari bersama Abu Auni ( sedang memegang baby)


Kami juga sempat menziarahi seorang lagi teman, walau beliau juga dah lama bergelar Abu Ahnaf. nampak gayanya Abu Ahnaf sibuk benar, dengan tender memasak untuk pelajar-pelajar tajaan MARA, wah, hebat.


ada gaya bapa tak?



Sebetulnya, kami harus meneruskan perjalanan ke Damanhur untuk menziarahi seorang lagi sahabat di sana, namun keterbatasan waktu, tidak memungkinkan kami untuk berbuat demikian. Lantas kami mengambil macrobus untuk pulang ke Kaherah.Semoga Allah akan menyediakan ruang untuk kami bertemu nanti Aaamiiin


p/s : tajuk post tidak ada kena mengena dengan sesiapa, hanya rekaan

pic Abu Ahnaf tak dapat upload

:: Ulama Muqarrar ::

Wednesday, July 8, 2009


Seusai memberikan kuliah maghrib, menggunakan matan Aqidah Tohawiyah, saya bersembang bual dengan penghuni asrama pelajar matrik al Azhar. Rumah agak besar, namun penghuninya masih sunyi, banyak bilik belum dipenuhi. Penghuni sekarang berjumlah 24 orang.15 ikhwah dan selebihnya akhawat Dengar khabarnya, akan dipenuhi oleh pelajar akan datang selepas raya nanti, mungkin seramai 34 (kalau tidak silap dengar)


Saya rasakan, mereka semua ini pelajar yang cintakan ilmu, rajin belajar talaqqi di masjid al Azhar. Terkadang malu dan rasa tak layak untuk menjadi tenaga pengkuliah mereka, namun atas dasar berkongsi ilmu dan bermunaqasyah, saya gagahkan juga


Saya berpendapat, semacam ada jurang antara mereka dengan pelajar yang datang dengan STAM, muadalah dan seumpamanya. Mungkin persepsi terhadap mereka yang datang dengan MoU ini dipandang enteng dan tetapi mereka tidak harus dituding jari lantaran projek matrik ini biarpun orang kenamaan dikatakan berada di belakang projek ini.


Keinginan junior untuk meneroka ilmu di bumi mesir tidak harus dinafikan, mungkin cara yang mereka susuri kurang disenangi banyak pihak,namun, apa salahnya jika kita menerima mereka. Bukan kita sahaja yang ingin menyedut setitis ilmu di sini. Adakalanya mereka lebih baik dari kita yang telah lama pasakkan kaki, mendakwa sebagai pelajar al-Azhar.


Bahkan bagi saya, kebanyakan kita hanya akan menjadi ulama muqarrar dek kerana hanya membaca dan sibuk mencari muqarrar tatkala musim imtihan. Kita terkadang terikut-ikut dengan trend beberapa pelaja arab yang kurang sesuai untuk kita. Trend pemakaian, cara belajar, sikap dan beberapa lagi(saya tidak menafikan sebilangan pelajar al-Azhar yang istiqamah bertalaqqi menggali permata ilmu ).Apa yang mendukacitakan , pada imtihan yang lepas, kertas usul feqah diulang periksa disebabkan protes pelajar yang menyatakan soalan di luar muqarrar. Apakah semua ini??


Tidak mustahil suatu hari nanti, kualiti pelajar al-Azhar, yang suatu ketika dulu, amat dipandang tinggi, sekarang ini bagaikan dedaun kering yang berterbangan, tuntas mengikut rentak angin, tanpa arah tuju


Fikir-fikirkanlah. Senyum aja

:: Senyum Aja ::

Saturday, July 4, 2009




Kebelakangan ini, ramai sahabat yang melangsungkan perkahwinan. AlhamduliLLAh, gembira di hati ,elihat sahabat menyemputnakan sebahagian dari tuntutan agama.


Beberapa malam lepas, di Dewan Tok Kenali, ketika membacakan kitab Jawahir AlBukhari, satu tajuk amat menarik perhatian saya. Tajuk " Berpuasa bagi mereka yang bimbang status bujangnya "



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya : Rasulullah SAW bersabda: Wahai pemuda, sesiapa yang mampu untuk berkahwin dikalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih trjaga maruah. Sesiapa ynag tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah umpama kekangan baginya (dari nafsu)

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Nampaknya saya perlu usaha untuk berpuasa sebab tidak mampu membina masjid. Sekarang agak sukar melakukan ibadah sunat itu. Kenapa? Senyum aja.



Saya juga sudah mengurangkan aktiviti 'terjelepuk ' depan computer dalam seminggu dua ini . Kenapa? Senyum aja






Saya juga disarankan agar mengambil tender untuk Bazaria Ikhwah KPKM 09 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya kurang berminat walaupun ramai sahabat menyarankan agar saya menjadi penggerai kerana mereka ingin menikmati masakan Nasi Afghan atau Beriyani.Kenapa? Senyum aja.






Keceriaan yang terpancar dari hati saya, beberapa hari lalu, dipadam serta merta oleh satu sms, sama seperti tahun lepas yang kemudian membawa saya menyusuri jalan ke Mekah. Mungkinkah Allah memanggil saya lagi untuk menziarahi rumahNYA, atau Nabi SAW juga meminta saya menziarahi pusara Baginda, demi melenyapkan kelam di hati? Kenapa? Senyum aja



TAHNIAH PADA SAHABAT YANG BERKAHWIN



بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير



p/s: Terkadang fikiran sentiasa terbayang pada dia yang bergembira dengan ujian, cemburu dengan belaian rahmat Allah, yang menganugerahkan sakit kepadanya.(ohya, hati unta untuknya, belum dapat dikirim)