Followers

:: Perihal TAG ::

Friday, April 17, 2009

Em kena TAG pulak dah..minggu lepas anak babah TAg, mnggu ni pula sahibah pakistaniah TAG ana..Tak pe2..kita ready je nak jawab :p

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog " Sesuci HidayahMU Seindah KasihMU ". Pilih nama ni semga apa yang tertulis dalam blog ni akan membawa hidayah dan kasih Allah


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Nama blog ialah salmanku.blogsot.com . sebab pilih nama ni ialah kerana 'SALMAN adalah nama timanganku yang diberi leh kawan-kawan Arab masa belaja kat Pakistan dulu.

3)Apakah method penulisan dalam blog anda?

Methd penulisan adalah santai dn berilmiah dalam segenap aspek dan kategori supaya tidak terlalu berat atau ringan sangat

4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Tidak pernah terasa nak hapuskan blog ni tapi kadang-kadang blog ni tinggal cam nyawa-nyawa ikan je...tersadai ( bagi yang salu 'cabar' dan rangsang ana post dan update (khasnya anak babah)maaf la ek

5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

em macamanae ye..banyak luahan hati (sempoi ke? <<< pinjam kata2 yang tuan blog tu cakap kat ana hahah

6)Senaraikan 5 orang yang akan anda TAG

1. Tentunya anak babah ( Insyirah )
2. Akh Nazri
3. Akh Marzuki
4. Laoshi
5. Ukht Sibah

:: Lawak Di Ambang Imtihan::

Tuesday, April 14, 2009

Satu malam tika ana asyik berdiskusi kitab 'nusus' tahun 4 Kuliah Ain Syams, 'mailbox' handphone berbunyi dari kerabat ana di Alex (Iskandaria)

"Ustaz, betul ke ape yang ana dengar ni?..byk jg berita yg ana dgr pasal ustaz ni.biasalah org ramai peminat..kdg ana xtau nk fikir macamane"
Terdetak di benak ana ni, apa pula kisah hangat tentang ana dekat musim imtihan ini..
Sahabat diskusi ana gelak je bila ana bagitau mesej td

Teringat sewaktu ana mula jejakkan kaki di bumi Mesir awal 2007, hampir imtihan fasal kedua, tersebar 2 cerita sensasi tentang ana.
Yang pertama, ana meninggal..(mati i jangan memain)..Keluarga ana di malaysia menerima panggilan telefon menyatakan Md Saiful (ana la) telah meninggal di Mesir. Terkedu mama ana,tak terkata. ABah yang sedang sakit, menangis .Jiran dan rakan-rakan, diberitahu,ramai datang rumah ana untuk takziah..Memang la orang yang buat lawak tahap apa tah, tak pernah fikir perasaan orang ke??

Yang kedua...di Mesir, ana taqdim (pinang la kiranya) dua orang akhawat sini sekaligus dalam masa yang sama. Wah hebatnya ana ni,boleh buat macam tu. Mulanya naik bengang juga dengan berita ni, maklumla kita ni tidak biasa .lain la kalau sang artis, dah masak dengan dunia gosip..lagi la glamour ( tak nak populariti murahan)

Namun atas nasihat seorang sahabat dan adik sedaerah (tapi meneteap di Kuala Lumpur, gosip tu ana biarkan.

Setahun selepas itu pada 2008, di saat sibuk nak menghadapi imtihan fasal 2 juga, timbul kembali gosip (fitnah) tentang ana..kali ini agak memberi kesan terhadap perancangan yang sedang ana jalankan. Nun di malaysia sana, wakil ana sedang berbincang dengan keluarga perempuan. Wakil itu amat marah pada ana kerana sampai ke telinganya, ana sedang 'usha' akhawat lain. AstaghfiruLLAH!!!! Ana tidak tahu menahu fitnah itu wujud di sini, sedang wakil sudah terima berita itu. Pelik bin ajaib. Akhirnya, perancangan tidak menjadi kerana keluarga perempuan tidak mengizinkan

Peristiwa gosip (fitnah/lawak antarabangsa) kembali lagi pada tahun ini (2009)dengan mengatakan ana sedang dalam proses dengan seorang akhawat luar kelantan. Ana berang betul pada mulanya, tapi alhamduliLLAh nasib baik anak babah nasihat :

"Allah menguji hamba-NYA dengan kenikmatan dan dugaan. Diuji kita hingga kita merasa buntu menghadapi kehidupan.Sabarlah wahai hati,Allah memilihmu kerana ingin dirimu dekatpada-NYA. Mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan merasa manisnya sebuah kehidupan..InsyaAllah(",)"

Aku tersenyum sendirian tatkala ada mesej dari seorang sahabat :

"Tu laaa..ore surh bini bnyok alase..gotu la, go ni la"
Di terjemah kepada ( itulah, kita suruh kahwin, banyak alasan, itu la ini la)

Tersenyum lagi kerana kata kerabat thai " SENYUM SEINDAH SURIA"

::: Perihal TAG ::

Wednesday, April 1, 2009

Tak semena2 kena tag la pulak..
kalau orang len tag, rasanya nak biarkan je aje, tapi TAG dr 'anak babah' ni, len sikit..jadi kena amik masa la jugak

1. Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?

Boikot memang wajib sekarang ni.Cuma kita laksanakan secara mengikut kemampuan. Maksudnya kalau nak boikot secara sekaligus semua sekali barang keluaran Yahudi dan sekutunya, mungkin 'nampak' susah tapi tindakan juga perlu diambil..mungkin orang perlekeh la bab boikot ni sebab macamane nak boikot, semua barang keperluan kita 'dikelilingi barang yahudi..huhu..kadang lawak la jugak kata-kata ni..tapi kalau tak boikot,nak buat ape?guna semuanya?em tak logik la..bak kata kaedah usul " apa yang tak termampu dilakukan semua, janganlah ditinggalkan semua..
jadi..boikot la sekadar mampu


2. Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan?

Tindakan? Kekuatan umat Islam dahulu dan kini bergantung kepada 3 kekuatan utama iaitu:
a) Kekuatan Iman
b) Kekuatan Ukhuwwah
c) Kekuatan Persenjataan

Namun ketiga-tiga kekuatan ini berpaksikan kekuatan Aqidah (Iman) jadi saya amat setuju dengan ukh Insyirah dalam masalah ni (yela takkan nak jawab lain pulak..dah jawapan sama..bukan tiru ni )


3. Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel? Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

Saya sebagai pemimpin? Pemimpin ape ni? OIC ke? Pemimpin Liga Arab? Berat juga ni..nanti kena soal di akhirat. Tapi oleh kerana soalan adalah berbentuk 'imaginasi', kita jawab je ikut 'imaginasi'. Memang dah lama nak jadi pemimpin ni, jadi bila dah diberi peluang ni..kena ada tindakan (isk nape jadi cam terfikir sama je pelan tindakan dengan 'anak babah' ni..):

<1> Membuka dan menyediakan penempatan khas rakyat Palestin di negara (jajahan) takluk saya..yela pasti bila kena serang ni..kena ada tempat berlindung..dah mereka kena usir,jadi nak duk tang mana?dahla negara jiran (Mesir) pun turut sama 'usir' rakyat Palestin. Bekalan makanan ubatan dan lain-lain pun boleh disalurkan

<2> Menyekat segala kemasukan barang yang ada hubungan langsung dengan dengan Yahudi.Kalau setakat individu je nak boikot tapi barangan tetap masuk ke negara..tak efektif la boikot tu kan?

<3> Yang ni tindakan kasar la pulak..menghantar sebilangan pasukan sniper.ni penting ni dari duk perang berdepan gitu. Lagi elok wat latihan,kursus dan tanam 'iman' pada mat-mat rempit ni, kemudian hantar la dorang pi Plaestin sana..dorang ni memang tak takut mati ape...aset berguna ni..pejuang berani mati..huhu..daripada mati katak kat malaysia (kalau saya jd pemimpin malaysia la)..lebih baik mati dorang semua ni syahid kat Palestin..syurga Insya Allah)

Em AlhamduliLLAH..dah terjawab TAG ni, cuma kenapa ye nak dikumpulkan TAG ni? Mungkinkah?????emmmmm (tengah fikir gak ni...)

Saya tak nak TAG sape2 sebab masih berfikir lagi ni..hehe..sori ek