Followers

:: NegaRAku ::

Saturday, March 28, 2009

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat


PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak

perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.


Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

"Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu," kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

INILAH NEGARA KU .. IBU BAPA MARAH JIKA ANAKNYA DITEGUR UNTUK BERPAKAIAN SOPAN.
SANG GURU PULAK TAK BERANI NGAKU...
MEMANG BENAR SABDA NABI SAW:

" SUATU MASA NANTI TIDAK ADA YANG TINGGAL PADA ISLAM KECUALI HANYA NAMA SAHAJA, JUGA TIDAK TINGGAL APA PADA ALQURAN KECUALI HANYA TULISAN SAHAJA "

BAGINDA SAW JUGA BERSABDA:

" SEBAIK-BAIK JIHAD IALAH BERKATA BENAR DI HADAPAN PEMIMPIN YANG ZALIM "

Tuesday, March 24, 2009

Kerancakan pengajian dan kuliah sekarang makin ketara..Bagi pelajar yang istiqamah dengan kuliah, pastinya sedang menghirup madu ilmu..
Di sebalik itu,ada jua mahasiswa yang masih belum dapat berenggang dengan tilam empuknya ( aku kah itu??)moga dijauhi.

Dalam pada itu, kelas2 tutorial juga makin rancak..yang menjadi 'mangsa' (istilah yang digunakan oleh seorang sahabatku) ialah para ustaz.
Sering terdengar di corong telinga ini,bualan teman yang mengatakan para ustaz jadi 'cair' bila diminta untuk mengendalikan kelas tutorial bagi akhawat. Kalau ikhwah yang minta, banyak plak songehnya..ade ke?

Ada juga yang mengatakan, pihak akhawat ni hanya nak tengok ustaz je..tension kalau tak tengok (teman cakap ni biasa kat 'A' ). sebab tu amik je ustaz memana walau ustaz tu dah bertahun tak lulus..wah..betul ke

Kedengaran juga, para ustazah ni pilih2 ustaz, yang si ustaz ni pulak demand

Teman rapat ada yang bagitau,para ustazah ni seoalah2 tak hargai langsung (atau mungkin kurang hargai) pengorbanan masa,tenaga para ustaz untuk mengendali kelas tutorial.Katanya, si ustaz penat2,habis masa duk telaah kitab dorang, wat nota tapi bentuk penghargaan hanyalah kuih..katanya lagi, kenapa tak 'ijmak' (kumpul2) duit pastu bagi kat ustaz tu..<<<< wah ni nampak gaya marah sangat sahabat ana tu ek... la

Emmm.. apa yang dapat ana simpulkan

1.Kalau si sutaz nak jadi tutor,tanamlah dalam diri ia sebagai pertolongan yang akan diberi ganjaran Allah

" Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan.."

Juga Nabi SAW bersabda mafhumnya :

" Dan Allah akan sentiasa menolong hamba-NYA selama mana hamba menolong saudaranya yang lain "


2. Para ustaz/zah hendaklah hadir kelas ni bukan hanya nak tengok ustaz mane ngaja, pastu hari kedua..dah xdatang dah sebab ...(em paham2 la )

3.Para ustazah ni sebenarnya ramai di kalangan mereka yang mampu menguasai ilmu dengan baik, jadi berbincanglah sesama sendiri kerna ia lebih banyak manfaatnya

4. Mereka (para ustaz) yang tidak memberi apa2 sumbangan ilmu,tenaga dan masa janganlah terlalu cepat menuduh akhawat (ke iri hati..haha)

:: TiTik TaNPa NoKtAh :::

Friday, March 20, 2009

Alhamdulillah..
Butang Keyboard kembali menari di sini..Sekian lama ia dibiar beku..
Bukan kerana malas, bukan kerna hambatan waktu...

Sepanjang ketiadaan coretan di laman ini..banyak perkara yang berlaku dalam mahupun luar malaysia.

Hari ini, jumaat,sekali lagi menjadi pentas yang dinantikan umat Islam yang sedar keagungan Hari Jumaat..Penghulu segala hari, juga mini hariraya
Yang pasti, padanya ada suatu keceriaan

Diriwayatkan sebagaiman dalam kitab Ar Ruuh, Karangan ulama terkemuka, Ibnu Qayyim, beliau menukilkan melalui 'sanad beliau sebuah hadis yang mafhumnya:

" Pada malam jumaat, setiap ruh dibenarkan untuk melihat amalan anak cucunya di dunia, jika baik amalan mereka,gembiralah ruh tadi, jika sebaliknya, mereka pulang dalam keadaan duka nestapa"

Juga diriwayatkan segala binaatang amat keluh kesah menanti hari jumaat kerana dibimbangi berlakunya Qiamat.

Namun dalam pada itu, Allah mengurniakan satu ketika pada hari jumaat, waktu mustajab berdoa,walau berlaku perselisihan,bukanlah menjadi satu penghalang untuk kita merebutnya..waktu tersebut ialah bermula dari imam duduk antara dua khutbah sehinggalah imam memberi salam pertama solat. Jika kita tidak sempat untuk ini, maka rebutlah peluang tika lepas asar hingga maghrib (menurut Ubay bin Ka'ab sebagaiman termaktub dalam Taurat)

Apa yang penting..bukansekadar kita mendengar tapi berusaha mengamalkannya..bukan sekadar berselisih tapi berusaha mencari kasih-NYA