Followers

Tundukkanlah Pandanganmu....!

Thursday, September 27, 2007

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tidak ada yang lebih menguntungkan dibandingkan menundukkan pandangan bagi seseorang daripada melihat apa yg tidak sepatutnya dilihat.

Saidina Ali bin Abi Talib ditanya tentang apa yang dapat membantu sesorang untuk menundukkan pandangannya. Beliau berkata, “Kepasrahan pada kekuasaannya yang mengetahui segala rahsiamu. Mata adalah pancaran hati dan cerminan akal, kerana itu tundukkanlah pandanganmu dari apapun yang tidak disukai oleh hatimu dan dari apa pun yang dianggap oleh akalmu tidak patut”.

Sabda Nabi s.a.w:

“ Tundukkanlah matamu dan kamu akan melihat keajaiban-keajaiban”.

Allah swt berfirman:

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pendangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

- (Surah An-Nur ayat 30)

Nabi Isa a.s berkata pada muridnya. “Waspadalah untuk tidak melihat hal-hal yang dilarang, kerana itu merupakan benih nafsu dan menuntun kepada perilaku yang menyimpang.”

Seorang cerdik pandai berkata. “Aku lebih memilih kematian daripada memandang sesuatu yang tidak perlu”.

Abdullah bin Mas’ud berkata kepada seorang lelaki yang mengunjungi seorang wanita pada saat wanita itu sakit. “Akan lebih baik olehmu untuk kehilangan matamu daripada mengunjungi wanita sakit itu.”

Setiap kali kita melihat pada sesuatu yang dilarang, sesimpul nafsu dikaitkan pada hati kita, dan simpul ini hanya dapat dilepaskan melalui salah satu dari dua jalan ini, iaitu menangis dan menyesali dalam taubat yang sungguh-sungguh. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Pohonlah keampunan daripadanya. Islam menyeru kita untuk menundukkan pandangan bagi menjaga pandangan daripada melihat apa yg tidak patut. Ini semua adalah demi kemaslahatan dan kebaikan pada diri kita sekaligus pd diri orang-orang disekeliling kita juga.Semoga kita semua sentiasa didalam redha Ilahi.. Wslm

p/s: Hidup sia-sia tanpa amal, amal bermula dari hati bersih. Bersih hati maka bersihlah amalan. Jadi,peliharakanlah pandangan kita daripada memandang pd perkara yg tidak sepatutnya kerna ia akan mencalitkan kekotoran pada hati. Semoga kita semua menjadi hambaNya yg bertaqwa. Mulakanlah hidup ini dengan jiwa yg sebenar..

Jodoh Pertemuan itu Adalah Kehendak Allah

Monday, September 24, 2007

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


"....tidaklah sesuatu Penciptaan Allah itu sia-sia..."

Renungkanlah sedalam-dalamnya...................

Tidak.....!! Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai meniti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 setiap kali bersembahyang. Allah Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right or Mrs Right, dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu,ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yangmemandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yangdituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama.

Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yangterpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu atau pun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Cuba kita renungi...


"Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Sesuatu yg kita tak perasan @ tak terfikir..

Thursday, September 13, 2007

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

Risik

Sunday, September 9, 2007

Ramai orang berpandangan kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan. Tanpa perkenalan,mustahil cinta bertandang..Tanpa percintaan,mustahil keserasian dikesan. Mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan.

Taaruf itulah mendedahkan keserasian. Cuma takrif ‘taaruf’ dan ‘keserasian’ dalam fikiran manusia berlainan. Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan. Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan. Bukan taaruf melalui bercinta sakan.

Islam mengajar keserasian dengan ajaran Tuhan. Bukan serasi dengan kehendak pasangan. Cinta Al-Rahman menjana kebahagian. Lantaran itulah, batasanNya tidak boleh dipermainkan..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:

“Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya; Imam yang adil; pemuda yang membesar dgn beribadat kpd Allah; insan yg hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah; mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata; ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’; insan yg bersedekah dgn cara yg tersumbunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.

“ Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah ( dan bukan kerana suatu tujuan duniawi) ; dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(Riwayat Muslim)

p/s: Cinta sejati itu berteraskan kepada redha Ilahi…

::: AhLan YA RamAdHan :::

Wednesday, September 5, 2007

Sempena kita nak menyambut keadatangan Ramadan Al mUbarak ini..mari kita amalkan cara dan tips makan Rasulullah SAW
Adab Makan
Cara Rasulullah

  • Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya (ramai orang dalam satu hidangan )
  • Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
  • Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
  • Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
  • Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
  • Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
  • Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
  • Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
  • Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
  • Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
  • Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
  • Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
  • Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
  • Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
  • Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
  • Menyukai roti dengan minyak samin.
  • Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
  • Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
  • Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
  • Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
  • Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
  • Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
  • Tidak menggemari dhab.
  • Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
  • Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
  • Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
  • Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
  • Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
  • Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
  • Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
  • Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.