Followers

Aku HanYa PenYampai

Sunday, February 25, 2007


SalamuLLAH alaikum buat semua teman dan pelayar blog ini..maaf dpinta kerna dh brp lama tidak menitipkan kata2 di arena ini. Bukan malas mahupun bosan dg blog tapi hambatan tugas dan misi ang belum terlaksan membuatkan masa agak terhad untuk diperuntukkan buat mengisi slot ini.

Sememangnya manusia akan berasa kerdil jika dia benar2 meneliti hakikat diri dan ilmu yang diberikan Allah. Kan terasa apa ang ada itu hanyalah setitris cuma jika dibandingkan dengan selaut ilmu Allah. Ya Tuhanku!!! Alangkah luasnya ilmu Mu, dan alangkah kerdilnya makhluk Mu yang bernama insan.

Bagaimanakah seorang yang bergelar insan boleh merasa cukup dengan dirinya?Boleh menganggap bahawa apa yang diberi oleh-Nya adalah kekal? Kekayaan dianggap hasil dari kecerdikannnya dan usahanya sejak sekian lama. Kemahiran dirinya dianggap sebagai semulajadi dan natijah dari asahannya bertahun-tahun. Ke'intelek'an yang ada padanya dirasakan berpunca dari gaya kehidupan dan ketekunannya. Waduh!!!! inikah saja tahap manusia yang akan menjadi khalifah di muka bumi?

Aku berjalan lagi di celah kehidupan spesis ang sama denganku, makhluk ang sama denganku. Kata mereka : Biarkan kami dengan dunia kami. Tidak pernah kami mengganggu kehidupan kamu sebagai orang yang kolot beragama."

"Kita perlu terbuka,bersosial, barulah kita akan maju dan dapat seiring dengan merka yang berada di Barat. Lihat saja pada kami..dengan sikap dan cara hidup kami yang tidak terkongkong dengan kepompong agama maka kami dapat kumpulkan kekayaan ini, kami senang, apa yang kami mahu, kami dapat. sedang kamu semua yang dakwa 'orang Tuhan' tetap dalam keadaan daif, naif. Orang2 seperti kamu yang selalu ke sana ke mari mta duit simpati atas dasar agama kononnya. Nah!!! Siapakah yang mendapat bantuan Tuhan?? Siapakah yang Tuhan suka? kalau kami tidak disukai Tuhan, knapa kami diberi kesenangan ini?
AstaghfiruLLah!!!!!
teringat aku satu firman Allah :

"Jika sekiranya Allah melimpah ruahkan rezeki untuk hamba-Nya, pasti mereka akan melampau di muka bumi.."

juga Allah berfirman:

"Janganlah orang yang kufur itu mengangggap bahawa Kami membiarkan mereka (dengan kesenangan dan kemewahan) itu merupakan satu kebaikan untuk mereka tetapi (sebenarnya) Kami biarkan mereka supaya mereka semakin rancak melakukan dosa, dan azab yang pedih akan menunggu mereka"

Semoga sekalian akan sedar, bertaubat,insaf. Apa yang aku mahu hanyalah membaiki setakat yang termampu.Terserah. Aku hanyalah sampaikan apa yang menjadi kewajipan.